Monday, November 03, 2008

Pihak majlis agama perlu bertindak

Surat saya yang disiarkan dalam Berita Harian Isnin, 3 November 2008
Pihak Majlis Perlu bertindak Tangani Isu Menara Pemancar Telekomunikasi di Masjid-Masjid.

Saya terpanggil untuk menulis surat ke ruangan pembaca kali ini untuk mengenengahkan isu berkaitan pembinaan menara telekomunikasi di masjid-masjid Pulau Pinang.

Saya berharap agar Pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) memberikan jawapan atau maklum balas berkaitan isu permohonan sebuah syarikat telekomunikasi swasta yang ingin menggunakan kawsan masjid sebagai lokasi pembinaan menara telekomunikasi mereka. Mereka telah memberi surat rasmi serta berjumpa dengan ahli jawatankuasa dengan setiap kariah masjid. Walaupun banyak kariah yang menolak atas alasan menjaga kesucian masjid serta alasan kesihatan dan impak radiasi, masih ada kariah yang menerima perlawaan berkenaan.

Pihak syarikat berkenaan juga menjanjikan lampu limpah yang bakal menerangi kawasan masjid dan wang RM 500 sebagai ganjaran sewa bulanan selama 10 tahun kepada pihak masjid.

Seperti yang ramai maklumi, masjid adalah rumah Allah dan menjadi pusat kegaiatan amal dan usaha pendidikan Islam. Masjid bukanlah sebuah pusat perniagaan yang boleh diambil keuntungan. Malah pembinaan menara yang terlalu dekat dengan penduduk kampong juga bakal membawa penyakit yang berbahaya kelak.

Pihak kariah-kariah terutama di Balik Pulau masih kabur dengan polisi dan status kebenaran menggunakan kawasan masjid sebagai telekomunikasi dan amat mengaharapkan makluman pihak kerajaan, Majlis Agama atau Jabatan Agama Islam Pulau Pinang berkaitan isu ini. Keputusan dan maklum balas daripada pihak berwajib akan mengelakkan pertelingkahan sesama anak kariah berkaitan isu penting ini.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Hadapan 360 MKJ
Kampung Terang
11000 Balik Pulau,
Pulau Pulau.

jihadin82@yahoo.com

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)