Friday, November 07, 2008

Tidak mampu menjalankan ibadah korban?

Tidak mampu melakukan ibadah korban? Itulah yang bermain di fikiran saya sebelum ini dan selama ini. Bagi saya, ibadah ini hanya untuk mereka yang bergaji beribu-ribu ringgit dan memiliki aset yang banyak.

Bila diperhatikan secara mendalam, ibadah korban dan ibadah sedekah ini adalah suatu latihan perasaan dan emosi. Ibadah ini disyariatkan untuk melatih diri dan hati agar peka dan sensitif dengan kesusahan orang lain. Malah ia menjadikan kita bertambah yakin bahawa harta kita hanya pinjaman.

Semasa Qabil diperintahkan melakukan korban, adakah Allah ingin melihat aset dan pendapatannya? Bukankah Allah ingin menilai sikap ikhlas Qabil dan Habil?

Saya mengambil keputusan untuk menjalankan ibadah korban juga pada tahun ini melalui Muslim Aid. Saya berkongsi wang dengan 2 orang lagi sahabat yang juga berpendapatan tidak seberapa. Disebabkan kami ingin berkongsi korban seekor kambing, maka ia bukan lagi ibadah korban tetapi sedekah. Sedekah juga ibadah kata kawan saya di Muslim Aid. Jadi saya ingin bersedekah seekor kambing bersama rakan-rakan, berkongsi RM 100 seorang untuk menyembelih seekor kambing biri-biri pada Hari Raya Korban tahun ini.

Daging itu akan dihantar kepada masyarakat yang benar-benar jarang menikmati daging dan benar-benar lapar. Jadi kami akan berpuas hati dengan sedekah yang efektif sebegitu.

Jadi adakah gaji dan lebihan wang bulanan menjadi penghalang kita bersedekah dan bekorban? Jawapannya tidak. Malah diri, keikhlasan, hati dan iman lah yang menjadikan tangan kita ringan, poket kita tidak panas dengan wang serta kita akan lebih menghargai umat sekitar kita yang dhoif.

Penutup kata, marilah beribadah korban pada tahun ini. Jika kurang mampu, bersedekahlah melalui perkongsian bahagian korban anda. Amat mudah. Sekiranya tahun hadapan Allah kurniakan pendapatan yang lebih dan mencukupi, saya dan rakan-rakan bertekad pula untuk menjalankan ibadah korban yang sebenarnya seperti insan-insan lain. Moga Allah membantu kita.

Hubungi saya untuk keterangan.
Muhammad Nuruddin Bashah (004)
Muslim Aid Asia (Pulau Pinang)
017-6291368

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)