Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Sunday, May 29, 2016

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI KERAH TENAGA BAIKI RUMAH MANGSA RIBUT

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI KERAH TENAGA BAIKI RUMAH MANGSA RIBUT

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI- 29 Mei 2016

Berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan Sungai Petani minggu lalu, sekitar 6 rumah di Simpor mengalami kerosakan bumbung dan siling.

Kelmarin sebuah rumah milik En Fitri Ahmad (35 tahun) di Simpor berjaya dibaiki bumbungnya selepas projek bermula sejak jam 8 pagi sehingga 4 petang.

Jabatan Amal Sungai Petani yang diketuai oleh saudara Khairul Nizal Bin Othman  telah mengerahkan ahli-ahli untuk menyumbang tenaga membaiki selain terus mencari dana untuk menyelesaikan beberapa rumah lagi. Selain Khairul, operasi mendapatkan dana diterajui oleh Muhammad Izwan Ismail.



“ Berdasarkan makluman yang kami terima sekitar 6 buah rumah terjejas dan kami baru memulakan projek membaiki bumbung untuk rumah pertama. Selain itu serentak dengan projek kelmarin beberapa ahli diminta untuk membersih jalan, memotong dahan pokok yang tumbang: jelas Izwan Ismail selaku penasihat Jabatan Amal Sungai Petani.

Menurut Izwan juga dimaklumlakn sekitar 130  kes ribut telah dibuat laporan polis di Balai Polis Kota Kuala Muda, namun 6 kes yang akan diberi penumpuan awal oleh Jabatan amal memandnagkan kekangan dana dan tenaga sukarela.

“ Jabatan Amal adalah badan sukarela amal dan kami akan sedaya upaya membantu masyarakat selain bantuan-bantuan NGO atau kerajaan yang lain demi meringankan beban rakyat”, jelas  Khairul Nizal pula semasa ditemubual media kelmarin.

Sebarang dana untuk bantuan diminta hubungi Muhammad Izwan Ismail di talian :


017-5714916










Monday, May 02, 2016

PASTI SUNGAI PETANI KONTIJEN SUKAN PASTI TERBAIK KEDAH

PASTI SUNGAI PETANI KONTIJEN SUKAN PASTI TERBAIK KEDAH

SUNGAI PETANI- 2 MEI 16


Kontinjen PASTI Sungai Petani telah dinobat sebagai Kontinjen terbaik seluruh negeri Kedah dalam Temasya Sukan PASTI Negeri Kedah pada 30 April yang lalu.

Kedua dua pasukan utama Sungai Petani iaitu pasukan bolasepak dan bola jaring memasing-masing menajdi johan bagi peringkat negeri.

Ustaz Haikal Mutallib selaku Pegarah PAS Kewasan Sungai Petani mewakili tuan rumah mengucapkan terima masih kepada pihak Jabatan PASTI Kedah yang sudi memilih Sungai petani sebagai tuan rumah.

“Tuah penganjuran di tempat sendiri, mungkin ini rezeki Allah untuk anak-anak PASTI bawah seliaan PAS Sungai Petani”, ulas Haikal semasa diminta memberi komen rentetan kemenangan besar PASTI Sungai Petani.

Temasya Sukan PASTI Peringkat Kedah tahun ini dirasmikan oleh Cikgu Rosli Bin Suhaime Setiausaha PASTI Pusat.





PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)