Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Wednesday, August 27, 2008

Perjuangan terus menapak ke hadapan.

Perjuangan terus menapak ke hadapan.

Pakatan rakyat memang rapuh da tidak kukuh. Jika kukuh bermakna masing-masing (parti) tiada ideology, tiada idealism lah jawabnya.

Jika Pakatan kukuh bermakna mereka dogmatis dengan arahan pengerusinya (jika ada) maka seolahnya regim dinasti Barisan Nasional kembali mula akan muncul….tiada lagi check and balance…

Perjuangan ini mengapa disertai PAS yang berfahaman Islam? Bukankan perjuangan PAS semstinya berlainan sangat dengan PKR dan DAP?

Jawapannya mudah….dalam memperjuang Islam, gerakan Islam memerlukan landskap dan ruang kerja yang telus serta terhapus unsur kezaliman.

Hari ini Malaysia pernuh dengan partikel-partikel dan unsur-unsur bejat yang amat mencengkam rakyat iaitu:



. Rasuah dan Memperalatkan polis
· Zalim dan diskriminasi
· Media massa ibarat Diari harian UMNO
· ISA yang mahazalim
· Budaya aristocrat yang double standard
· Pembaziran yang melampau
· Penyelewengan harta kerajaan dan harta awam oleh BN
· Dan banyak lagi…
Jadi ini perlu dihapuskan dahulu…..mangsa ISA perlu dibebaskan….rasuah perlu diperangi hingga bersih…ekonomi perlu diagih secara adil….

Kemudian? Barulah semua parti komponen Pakatan rakyat berdiskusi, berdebat, berwacana cara terbaik membawa Negara……asalkan tiada kezaliman dan penindasan perkara dharuri rakyat….

Inilah yang mungkin ada yang tidak memahami…..yang penting dalam berpakat secara politik perlu bersabar…Al Banna berkata….jika ingin memetik buah sebelum masaknya jangan berserta dengan kami (Ikhwan Muslimin)..jika ingin dakwah Islam berjaya dalam masa yang singkat…..lebih baik jangan berjuang…..

Jadi…. Pakatan Rakyat akan terus menapak…..

Kamera lebih berguna daripada pistol.

Paling menarik semasa hari pengundian adalah peristiwa polis diburu oleh petugas Pakatan rakyat dengan kamera. Mulanya polis cuba menakutkan pertugas-petugas Pakatan Rakyat. Akibatnya mereka berpakat membawa kamera untuk menangkap polis yang kelihatan gagah pada mulanya itu….

Hari ini…kamera lebih berkuasa daripada peluru dan bom…..salah jugak BN bila buat spekulasi kononnya PKR ada bubuh bom pada pusat gerakan BN di Permatang Pauh baru-baru ini…..daripada bawa bom…baik bawa kamera…..

Tuesday, August 26, 2008

BANTAH KONSERT AVRIL

Kenyataan Media . BANTAH KONSERT AVRIL

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril Lavigne walaupun sebelumnya Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, malang ia diluluskan kembali apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri .

Konsert ini adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada bulan september ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap ummat Islam , walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini.

Ini menunjukkan tidak ada sedikit pun rasa hormat dan sensitif jemaah menteri kepada perasaan majoriti umat Islam dan warga pribumi di negara ini. Tarikh 29 Ogos 2008 sekurang – kurang berhadapan dengan suasana penting bagi negara ini khasnya ummat Islam .

Pertama ummat Islam bakal menghadapi bulan ibadah yang penuh kemuliaan dan keberkatan . Sepatutnya ia tidak dicemari oleh konsert seperti ini yang membawa masuk seorang artis simbol seks Avril Lavigne . Pastinya konsert ini akan membawa ummat leka dan lalai malah merosakkan moral dan akhlak mereka .

Kedua , berhadapan pula dengan ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 ogos . Lazimnya pihak kerajaan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak – anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme . Konsert seperti ini sekali lagi tidak akan membantu motivasi rakyat untuk menjadi rakyat yang baik , bermoral dan berdaya saing , sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka sekaligus mengheret mereka tenggelam dibawah gelora nafsu.

Pembatalan konsert sebelum ini, rupanya bukanlah kerana menghormati hari kemerdekaan ke-51 tetapi hanya kerana kelewatan memohon permit. Maruah umat Islam dan rakyat Malaysia seperti dipijak-pijak dan dipermain oleh para jemaah menteri, semata-mata untuk menjaga hati Avril Lavigne.

Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan Kerajaan UMNO dan BN , di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya hendak memperjuangkan nasib umat Melayu dan Islam di negara ini. Mana perginya konsep AL-Falah laungan Najib dan Islam Hadhari yang di banggakan oleh Pak Lah?. Apa yang Shafie Afdal buat dalam KEKKWA untuk mempertahankan hak kesenian dan warisan bangsa, atau Shafie telah menyenaraikan budaya kebebasan barat sebagai salah satu budaya warisan bangsa?

Dewan Pemuda PAS Pusat tegas menyatakan sikap bahawa konsert seperti ini mesti dibatalkan segera dan ini adalah amaran keras kepada pihak penganjur agar tidak mencabar sensitiviti ummat Islam . Andai mereka tidak peduli amaran ini , Dewan Pemuda PAS Pusat tidak teragak – agak akan mengerahkan seluruh pemuda Islam agar turun membantah Konsert tersebut daripada terus berlangsung .

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyeru dan mengajak NGO-NGO Islam seperti GPMS, PPIM, PEKIDA, ABIM, JIM, TERAS dan GAMIS turut bersama-sama membantah konsert tersebut. Ini bukan untuk kepentingan politik tetapi melibatkan maruah dan harga diri ummat Islam . Jika begini terus menerus sikap kerajaan UMNO dan BN , mereka bukan sahaja jauh dari rahmat dan berkat Ilahi tetapi insyaallah akan terus dibuang dan dihumban oleh rakyat yang semakin hari semakin jelak dan muak dengan sikap berpura – pura Islam mereka .

Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa agar seluruh mufti menunjuk sikap dan menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta maksiat ini agar mereka tidak hanya responsif terhadap isu seperti sumpah saiful bahri tetapi diharap turut menunjuk sikap bagi membersihkan bumi ini dari maksiat dan mungkar .

Yang Menjalankan Tugas
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sunday, August 24, 2008

30 Dasar yang Telah Dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang



30 Dasar yang Telah Dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang

1. Kenaikan elaun Guru KAFA sebanyak RM50 sebulan;
2. Memperkenalkan urustadbir CAT (contingency-berpasukan, accountability-bertanggungjawab dan transparency-telus dan adil) pertama di Malaysia;
3. Pembatalan saman atas penjaja kecil dan saman kesalahan letak kereta;
4. Sebut Harga Tender Terbuka menerusi Internet dengan pelancaran e-perolehan;
5. Kajian Semula Prosedur Pentadbiran Tanah/Penyiasatan Penyelewengan Tanah;
6. Pembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak RM500 000;
7. Melantik ahli NGO dan juga ahli OKU pertama sebagai ahli Majlis Kerajaan Tempatan;
8. Pembinaan struktur telekomunikasi memerlukan Kelulusan Kebenaran Perancangan dan Kelulusan Pelan Bangunan;
9. Pelaksanaan sistem e-perolehan yang membolehkan tender terbuka menerusi Internet dan tempoh bantahan;
10. Usaha menarik pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi RM1 billion;

11. Menarik pelaburan asing yang ingin memilih destinasi lain seperti Ibiden(RM1.2 billion) dan Honeywell(RM115 juta);
12. Menarik sektor IT menambah dan memilih Pulau Pinang sebagai satu pusat serantau seperti AXON(yang menyediakan sistem penyelesaian perniagaan SAP, Syarikat Jerman terbesar di dunia) melabur RM100 juta yang boleh mewujudkan 250 peluang pekerjaan dalam masa 3 tahun;
13. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300 000;
14. Memberikan wang ihsan RM100 kepada lebih 100 000 keluarga miskin;
15. Mengecualikan semua sekolah yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1;
16. Penubuhan Jawatankuasa bersama ahli-ahli profesional dari 5 pertubuhan pakar dan profesional bagi memperbaiki dan mempermudahkan prosedur urusan tanah;
17. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;
18. Sumbangan RM200 dan RM300 bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM dan STPM(straight A’s);
19. Pemberian bantuan beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;
20. Melantik Timbalan Ketua Menteri pertama di Malaysia daripada kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk investPenang
21. Penubuhan Pemantau Pengguna(Consumer Watch) untuk mengawal kenaikan harga;
22. Penubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat(CAT)-ke arah kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan kekangan;
23. Cadangan penukaran hakmilik daripada pajakan kepada Pegangan Bebas/99 tahun untuk tanah industri/komersial dan hakmilik kekal untuk kediaman demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;
24. Had masa larangan kenderaan berat atas jambatan Pulau Pinang dan pengeluaran Pas Khas untuk mengatasi masalah kesesakan di jambatan;
25. Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri melalui Internet Web TV;
26. Memberikan penganugerahan pingat dan bintang berdasarkan sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya latar belakang politik di mana buat kali pertama tidak ada seorang ahli EXCO, ADUN ataupun ahli majlis kerajaan tempatan menerima pingat yang menyebabkan bilangan Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri dan Dato’ dikurangkan daripada 82 tahun lepas kepada 38 tahun ini;
27. Menganjurkan Hari Sambutan Georgetown disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO yang ditaja penuh oleh pihak swasta tanpa perbelanjaan wang awam dan juga pesta Bon-Odori yang paling berjaya dalam sejarah dengan 50 000 pelawat;
28. Melarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan;
29. Menetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam kepada mangsa-mangsa, dan
30. Mengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK kepada RM200 dan RM150 sebulan daripada RM600 dan RM500 masing-masing.

Apa Kata Ulama’ Tentang Fitnah Terkini Terhadap DSAI?


Apa Kata Ulama’ Tentang Fitnah Terkini Terhadap DSAI?

“Dalam Islam sesiapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tetapi bukanlah dengan memegang kitab suci al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika bersumpah.”
-Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS.

“Tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. Kaedahnya dalam kes ini adalah orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud.”
-Sohibus Sohamah Dato’ Dr. Harussani Zakaria,
Mufti Kerajaan Negeri Perak.

“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan qazaf adalah menyalahi hukum syarak.”
-Dato’ Hashim Yahya,
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

“Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan? Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka(keluarga) tidak melakukan kesalahan.”
-Dato’ Dr. Haron Din,
Timbalan Mursyidul Am PAS.

“Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon. Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral, Anwar tidak bersalah. Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.”
-Y.B. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.



“Anwar Ibrahim adalah putera terbaik yang dikurnia oleh Allah S.W.T. untuk Malaysia. Amat rugilah jika rakyat Malaysia gagal memanfaatkannya sebagai pemimpin. Mengikut Islam yang menuduh liwat hendaklah dengan 4 saksi bukan dengan bersumpah. Jika penuduh gagal membawa saksi hukumnya adalah 80 kali sebatan, rujuklah al-Quran surah An-Nur, ayat 4.”
-Prof. Dr. Taha Jabir al-Alwani,
Presiden Cordoba University.

“Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuatkan ketahanan bangsa, demi menghadapi pakatan-pakatan jahat yang menghancurkan kaum muslimin secara khas. Itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara sedangkan umat dalam bercakaran sesama sendiri.”
-Sheikh Yusof al-Qaradhawiy,
Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa.

“Apa maknanya bersumpah dengan al-Quran jika yang bersumpah itu tidak beriman dengan al-Quran(rujuk kes Rafidah Aziz sanggup bersumpah dengan al-Quran yang kononnya dia tidak terlibat dengan rasuah AP sedangkan seluruh dunia tahu dia melakukannya). Apa maknanya bersumpah dengan nama Allah jika orang itu tidak takut pada Allah?”
-Ustaz Dr. Badrul Amin

“Dalam syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud(dalam bab zina) dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah fiqah ‘al bayyinah alal mudda’i wal yaminu ala man ankara’ pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti(empat orang saksi) manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah.”
-Dr. Wan Salim Md. Noor,
YDP Persatuan Ulama’ Pulau Pinang(PUMPP).

“Sumpah syarak dibenarkan dalam kes-kes qisas dan hudud dalam keadaan-keadaan yang tertentu sahaja. Sumpah juga hanya terdapat dalam kes-kes mal, yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta. Sumpah syarak perlu dilakukan di dalam Mahkamah, setelah diperintahkan oleh Hakim, bukan di tempat awam atau di dalam masjid. Sumpah yang dibuat oleh Saiful secara tidak langsung telah mencemarkan institusi masjid sebagai tempat beribadat umat Islam.”
-Musa bin Awang,
Setiausaha Agong, Persatuan Peguam Syarie Malaysia(PGSM).

Khidmat untuk Rakyat !!



Hampir kesemua ketumbukan Polis dihimpunkan di Permatang Pauh hampir seminggu sudah.

Semalam pun dua helikopter PDRM berlegar-legar di atas kepala rakyat yang sedang mendengar ceramah dan tazkiran oleh Dr Haron Din dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam di Guar Perahu. ‘Mereka tolong suluh!’ kata seorang petugas PKR yang sedang berpayung.

FRU juga dipanggil untuk menjaga keselamatan para petugas dengan gigihnya berlegar-legar dengan trak sambil makan-makan di sekitar Permatang Pauh.

Mungkin bekerja keras di sana. Bagaimana dengan keamanan di kawasan lain? Adakah kesemua Unit dalam PDRM dikhaskan untuk kerja-kerja politik?

Fakta terbaru yang saya baru ketahui adalah, hampir 80 orang tahanan reman di bawah jagaan polis telah mati dalam tempoh 2001 hingga tahun 2004. Ada jugta alasan menarim dari polis kepada kes salah seorang tahana tersebut. “ Dia meningal dunia kerana mengidap peparua berair”. Aneh dalam tempoh 9 hari reman terus mengudap peparuberair yang mengambil masa hampir sedekad untuk dihidapi….

Banyak kes yang dikemukakan bahawa tahanan reman di paw (diminta duit kopi) hingga RM 50 untuk mendapat makanan ketika berada dalam lock up sedangkan kesalahan mereka belum dibuktikan lagi. Bukankah makanan perlu ditanggung oleh pihak balai apabila ada tahanan? Macam penjaralah..laratkah banduan membeli setiap hari sedangkan mereka tidak bekerja? Air masak bayarannya adsalah RM 3 !! Macam minum d KLIA !

Saya bersama rakan-rakan berbangsa Cina dan India tadi telah berbengkel berkenaan hak asasi masyarakat yang semakin terancam di bumi sendiri terutama melibatkan kadar jenayah. Tahniah kepada SUARAM yang tidak jemu-jemu mengadakan bengkel sebegini.

Polis bukan sekadar perlu taat dan setia kepada Raja dan Pemerintah seperti yang etera pada selogan dan etika kerja mwreka malah perlu menanam mentaliti ‘berkhidmat untuk RAKYAT’ bukan sekadar setia berkhidmat yang menjurus kepada pemerintah sahaja. Rakyat perlukan polis……polis wajib menjaga rakyat….


Pendita Bitara
Bakti USM

Wednesday, August 20, 2008

Sambutan Konvo macam Pasar Malam?

Konvokesyen UM macam Pasar Malam Kerinchi!!. Begitulah antara rungutan adik perempuan saya berkaitan sambutan FESKUM atau Festival Konvokesyen Universiti Malaya tahun ini.

Ada kampus yang menggelar Pesta, Ekspo, Festival, Sambutan atau apa sahaja gelaran terhadap majlis sambutan Konvokesyen yang menyambut graduasi mahasiswa saban tahun. Walau bagaimanapun saya lebih gemar akan panggilan Ekspo seperti yang USM gunakan iaitu mencerminkan agenda pameran (exhibition) melebihi agenda jual beli ala pasar malam.

Sinonimnya sambutan Konvokesyen hari ini di hampir semua kampus seluruh negara adalah;
• Bosan
• Pasar malam
• Tidak ilmiah atau gersang program seperti wacana dan diskus terbuka
• Gila hiburan secara melampau
• Pentingkan koprat yang berduit berbanding peluang perniagaan kepada mahasiswa.
• Ingin mempamerkan nama gah universiti berbanding penonjolan bakat dan upaya mahasiswa mengurus selia program mega berkenaan.
• Mendiskriminasikan gerai anak negeri dan persatuan tertentu yang bukan pro HEP.
• Membazir.
• Macam pergi Disneyland!!
• Tapak mahal dan cekik darah.

Hari ini majlis konvokesyen bukan lagi bertujuan menampilkan hasil pemikiran dan kerja keras ahli akademik dan mahasiswa, tetapi lebih kepada penonjolan siapa lebih meriah dan siapa lebih banyak penaja.

Dahulu semasa golongan pro mahasiswa Islam memegang EKSKUM (Ekspo Konvokesyen UM), banyak aktiviti ilmiah dan menampilkan kreativiti, hiburan yang sederhana dan terhormat serta keuntungan kepada mahasiswa keseluruhannya tanpa diskriminasi. Menjelang 2004 barulah muncul suatu gerakan tidak malu bernama Majlis Konsortium Pengetua Kolej Kediaman yang mengadakan hiburan dan sambutan terpinggir di celahan kemeriahan EKSKUM tajaan mahasiswa. Mereka adakan program HARAM tanpa kebenaran Pengarah EKSKUM dan pada tahun berikutnya, EKSKUM diubah nama kepada FESKUM hingga kini yang lebih erat di ertikan dengan sambutan Pasar Malam Kampung Awal UM....

Ada kampus yang mengadakan pameran tidak logik seperti pameran jual kereta! Mahasiswa yang PTPTN pun tak terbayar mana mampu nak bayar wang pendahuluan Pesona dan Naza yang ditayangkan? Pameran buku dan bahan-bahan ilmiah tidak diadakan atau terpinggir. Dahulu jualan kitab-kitab dan kaset agama bercambah di Konvokesyen UM. Hari ini?

Di USM hampir kesemua Pusat Pengajian (Fakultinya) membuat pameran hasil kerja dan kajian mereka dengan menarik sekali. Sambutan Konvo mereka menarik bukan sahaja perhatian golongan mahasiswa, malah pelajar sekolah yang berminat mendalami ilmu sains. Ini baru Sambutan Konvo!

Pendita Bitara
Bakti Permai USM

Sunday, August 17, 2008

Semboyan Perkauman mula dimainkan semula.

Semboyan Perkauman mula dimainkan semula.


Pengamat politik hanya menggeleng kepala melihat aksi pejuang idealis mahasiswa daripada UiTM baru-baru ini. Memang benar mereka pejuang melayu….pejuang mahasiswa….memang benar mungkin merekalah selama ini pejuang isu yuran pelajar, pengkomersialan kampus, isu AUKU yang mengongkong pelajar dan merekalah mungkin pejuang agar intelek varsiti bukan sekadar penggiat akademik ala kangkung….ilmiah tak ke mana….pangkat yang lebih…mungkin mereka jugalah yang bersungguh benar mungkin agar universiti di Malaysia ini kembali mengutamakan program akademik dan bukannya melatih menjadi kader politikus tertentu….hebat dan syabas….(mungkin)…

Kepada mahasiswa UiTM yang mengamuk terhadap Menteri Besar Selangor atas isu kuota melayu dan bumiputra di UITM al malayuiyyah di sini ada beberapa persoalan, tugasan yang wajar dijawab oleh kalian….

Siapakah yang membuka kuota untuk bukan bumiputera di MRSM suatu ketika dahulu? Adakah Menteri Besar Selangor? Adakah saat itu PKR dan Pakatan Rakyat telah wujud memerintah di bumi Selangor?

Siapakah yang membuka ruang bukan melayu di Matrikulasi atas dasar dan alasan meritokrasi? Adakah Tan Sri Khalid?

Kalian menyokong agenda masyarakat majmuk. Ada di kalangan politikus mengamuk sakan jika dilaksanakan hukum Islam di Malaysia atas alasan masyarakat majmuk. Jika benar majmuk kenapa perlu takut UiTM diberi peluang kepada kaum bukan bumi dan melayu? Jika benar ia sebuah institusi pendidikan melayu yang mendokong Islam, bukankah UIA juga memberi ruang kepada kaum bukan melayu mendekati dan mempelajari ilmu-ilmu agama di UIA. Berapa ramai intelek bukan Islam yang mula memahami kondisi hukum Islam hanya selepas mengikuti kelas-kelas tamadun Islam dan bahasa Arab di UIA. Bukankah itu positif? Mengapa perlu pertahankan nama Melayu seolah-olah bangsa yang menjadi ukuran dalam segenap aspek? Mengapa dahulu pelajar MRSM dan Matrikulasi tidak digesa oleh ‘pihak’ tertentu untuk mengamuk sakan apabila ada usaha memasukkan bukan bumi dan melayu ke dalam institusi tersebut?

GPMS mula ingin diheret semula memasuki dunia kampus UM dengar katanya…tak tahulah kebenaran cerita ini. Agenda pro melayu mula berdegar-degar, sedangkan parti pemerintah dihempuk penafian 2/3 hanya juga antaranya di sebabkan keris Hishamuddin yang terhunus. Tidak serik kah ingin bermain api perkauman di Malaysia dan kini juga di kampus-kampus? Gelaran aspirasi tidak lagi relevan kerana aspirasi bermaksud aspirasi Kerajaan sedangkan telah banyak negeri di malaysia yang berkerajaankan pembangkang. Bukankah UiTM Shah Alam sendiri berada di bawah kerajaan pembangkang?

Saya menyokong tindakan HEP USM yang menggalakkan pelajarnya berniaga dan mempamerkan bakat keusahawanan sepanjang pesta Konvo. Bukan itu sahaja setiap gerai pelajar wajib bersifat multi rasial untuk menggalakkan integrasi. Bukan kah ini idea yang baik? Bukannya memancar api perkauman dan keresahan kaum lain sedangkan pendapat Menteri Besar Selangor belum tentu menjadi kenyataan kerana UiTM bukannya di di bawah Selangor tetapi di bawah menteri pelajaran yang masih ‘suci’ di bawah kerajaan pusat.

Ingat satu pesanan ini….apabila sesebuah kerajaan itu lemah, propaganda perkauman antaranya akan dimainkan….lihat peristiwa 13 Mei. Lihat sahaja kini perjumpaan PAS UMNO dipolitikkan. Lihat kini hujah biasa tentang melayu di UiTM mula dimainkan dengan galaknya. Orang melayu kini hilang rasa sensitif dengan hujah sebegini kerana pada mereka baik melayu atau nama keturunan apa pun jika kebejatan sosial dan ekonomi mencengkam mereka…mereka tetap akan hidup begitu juga tiada perubahan….

Di kampus-kampus….menjelang pilihanraya ini, pelajar Akademi Islam, Fakulti Islam atau yang pro agama akan dipinggir dan diselar secara terbuka….rayuan untuk tinggal di kolej kediaman juga dimainkan isu perkauman dan sentimen kepartian…inilah modal insan caturan kita….(mungkin)

Mahasiswa yang bijak akan mengatur isu mana yang wajar diperjuangkan…isu FTA umpamanya…isu alam sekitar umpamanya…isu manipulasi wanita, isu penataran nilai akademik golongan intelektual sebagai contohnya….bukan sekadar melaung agenda bangsa tanpa sedar siapa sebenarnya menjahanamkan bangsa….kepada yang berbangsa melayu..baiklah anda berjuang untuk agama anda…lebih daripada perjuangan bangsa yang tak kunjung sudah….(mungkin)….


Pendita Bitara

Pondok Upeh

Bestari Tuition Centre Balik Pulau


GPMS di luluskan oleh HEP seminggu selepas MHS. Majlis perasmian adalah pda 22hb Julai 2008 dengan bekas Pengerusi GPMS satu ketika dahulu. En Suhaimi.

Saturday, August 16, 2008

PAS membantu PKR. Kenapa?


Menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh hari ini ramai juga yang berterusan bertanya kepada saya dan sahabat yang lain mengapa PAS ingin membantu PKR sedangkan PAS hanya melukut di dalam Pakatan Rakyat malah nama Tuan Guru Presiden juga tidak dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri. Mereka beranggapan usaha membantu PKR tidak akan memartabatkan Islam. Malah ada yang berpendapat bahawa ianya tidak syari’y.

Sepanjang pengetahuan saya, ahli PAS yang berusrah serta mengikuti program-program parti tidak akan keliru atau tertanya-tanya perihal ini kerana soalan ini adalah soalan budak kecil sahaja.

Pertama, saya akan bertanya balik kepada yang bertanya itu, adakah awak mengundi? Awak pernah mengundi? Atau awak tidak percaya dengan sistem pilihanraya, malah awak hanya gemar akan teori Islam yang indah semata-mata?

Jika tidak, saya tidak mahu menjawab soalan awak….ini jawapan saya.

Jika ya, jawapannya adalah kerana maslahah dan pandangan jauh ulama’ di dalam Syura PAS berkaitan halatuju dan masa depan Islam di Malaysia. Ilmu maslahah bukan ilmu di mulut tetapi praktikal dan pemahaman fiqh waqie adalah amat penting sekali. Ulama’ meletakkan hukum-hukum dalam maslahah adalah secara terperinci dan tafsili( mendasar) bukan sekadar bermain kata-kata ini maslahah dan itu maslahah.

Jika PKR tidak melaksanakan Islam atau ada usaha yang akan menyempitkan syariah Islam di Malaysia, maka PAS akan menegur atau membantah jua walaupun dalam pakatan ia adalah sahabat baik. Bagi kami yang terlibat dalam politik, ia bukan masalah atau kekangan. Malah ramai sahabat daripada PKR dan DAP yang berusaha untuk memulihkan suasana bejat sosial dan ekonomi akibat salah urus oleh kelompok tertentu. Akan tetapi Dasar PAS tetap Islam. Ini jelas dan ia akan terus memperjuangkan Islam dalam segala aspek yang mampu. Ini yang saya faham dan saya akui.



Pendita Bitara
GIANT Bayan Baru

Sumpah dengan Nama Allah; adakah benar kita memuliakan namaNya?

Rakyat Pulau Pinang terkejut dengan tindakan Saiful untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meliwat beliau. Beliau bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan niat akan dilaknat Allah jika pengakuannya itu suatu pendustaan. Cukup berani. Adakah ia boleh mengubah sikap rakyat Permatang Pauh untuk mengalih undi mereka?

Hari ini sumpah atas nama Allah menjadi suatu tindakan mempermainkan nama Allah! Inilah pandangan sebilangan rakyat Pulau Pinang yang saya temui. Semua terkejut. Sumpah hanya boleh diadakan selepas kes jenayah Islam yang diselesaikan di Mahkamah Syariah menghadapi jalan buntu. Sumpah hanya dijalankan selepas prosedur sistem SYARIAH diikuti secara total. Adakah Saiful mengikuti keseluruhan sistem Islam dalam usaha beliau membawa kes jenayah syariah ini? Di Mahkamah Syariah mana beliau bawakan kes ini? Adalah beliau pro kepada perjuangan sistem Islam di Malaysia? Ramai yang geleng kepala apabila nama Allah dipermainkan.

Mengapa perlu sumpah sebelum penamaan calon Anwar di Permatang Pauh? Kenapa tidak bersumpah selepas habis kes? Kenapa perlu tergesa-gesa? Sebelum didapati bersalah dan belum dibicarakan mengapa Anwar perlu dibebani dengan tuduhan wewenang sebegini. Saya bukan penyiasat dan bukan pula menyebelahi Anwar. Akan tetapi cubalah fikir akan tujuan tersirat kelompok tertentu yang mengadakan ‘majlis sumpah’ malam tadi. Di mana 4 saksi yang adil yang dibawa oleh Saiful untuk membawa kes ini kononnya mengikut syariah? Mengapa sumpah sahaja mengikut cara Islam?

Kepada yang berakal tidak akan mengubah pendirian dan hati hanya disebabkan sumpah ini. Pada pandangan ahli Usuluddin, ia lebih kepada penghinaan nama-nama Allah yang mulia!

Ayuh kita sebarkan maklumat ini .

Pendita Bitara

GIANT Bayan Baru

Non-Muslim dalam PAS; akan menyemarakkan lagi dakwah

Saya ada berbual dengan rakan-rakan saya mengenai halatuju dakwah PAS. Antara topik yang agak hangat dibincangkan di peringkat cawangan-cawangan terutama dalam usrah kecil ialah mengenai status keahlian non-muslim jika benar ia terlaksana dalam PAS. Ada yang berhujah pro dan kontra dan saya bersetuju dengan kesemua hujah mereka. Pada saya mereka berbahas kerana pengalaman mereka yang luas, keterlibatan yang bersungguh-sungguh dalam dakwah PAS serta mereka bercakap atas keilmuan mereka masing-masing.

Saya ada menghubungi Ustaz Dr.Mujahid Rawa iaitu AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Parit Buntar mengenai kes ini. Beliau adalah antara individu awal yang berjuang untuk mempromosikan idea ini agar non-muslim diberikan hak untuk menjadi ahli penuh PAS. Beliau adalah pejuang yang gigih memperjuangkan Kelab Penyokong PAS. Terlalu ramai ahli Kelab ini yang memberi sokongan padu agar pemerintahan Islam PAS terlaksana di Malaysia. Mereka lebih gemarkan PAS berbanding MCA, MIC malah ada yang juga memilih PAS berbanding DAP. Ini adalah usaha yang positif.

Ustaz Mujahid berhujah bahawa golongan non-muslim akan diberikan keahlian dalam PAS serta akan berada dalam Lajnah khas yang berasingan dengan ahli Islam yang lain memandangkan gerak kerja agama adalah khusus untuk kaum Muslim sahaja.

Bukankah PAS didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah? Parti politik selalunya akan menerima sesiapa sahaja untuk menyertainya. Lantaran PAS adalah Harakah Islamiyyah yang berteraskan dakwah Rasul, maka tidak sesuai golongan non-muslim menjadi tenaga penggerak (amilin) yang wala’ kepada kepimpinan Islam. Mereka perlu Islam sepenuhnya barulah boleh menjadi rakyat kepada pemimpin gerakan Islam secara total. Akan tetapi mereka masih berhak menjadi ahli ‘parti PAS’ sebagai ahli parti politik.

Bukankah suatu berita gembira apabila golongan non-muslim memohon unuk menjadi ahli PAS? Bukankah ia suatu yang menggembirakan apabila non-muslim bersedia mendokong kepimpinan Islam, meletakkan perlembagaan Islam di atas mereka serta bersedia dengan segala arahan parti? Bukankah mereka akan lebih memahami Islam apabila dekat dengan sistem Islam yang tulen malah jauh daripada penyelewengan dan penistaan fakta oleh media massa dan bahan bacaan terbitan umum yang prejudis terhadap Islam? Di sinilah peranan kita. Kita tidak memusuhi golongan bukan Islam malah berhasrat bersahabat karib dengan mereka selagi mereka patuh dan akur dengan kepimpinan Islam yang adil.


Pendita Bitara
GIANT Bayan Baru

Sunday, August 03, 2008

Speaker Corner's Cafe dengan laungan mansuhkan ISA!

Simpang Ampat – 2 Ogos 2008

Gerakan mansuhkan ISA (GMI) cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan forum anti ISA bertempat di Speaker Corner’s Café, Taman Merak Nibong Tebal.

Seramai 3 orang penceramah telah dijemput. Antaranya ialah Mr Ong daripada GMI Penang, Pengerusi GMI Penang Cheah Hooi Giam, saya sendiri Muhd Nuruddin Bashah mewakili Jamaah Islah Malaysia Pulau Pinang serta Mr Ramji iaitu Pengasas Hindraf.

Saya diminta oleh GMI untuk membentangkan penentangan akta zalim ISA menurut perspektif Islam. Maka saya menyediakan beberapa dalil pendakwaan menurut Islam, anti diskriminasi dalam pengadilan serta cara Islam melayan pemberontak (Bughah).

Major Zaidi AJK JIM Seberang Perai Utara mengambil peluang untuk mengedar bahan bacaan dakwah (karangan Ahmad Deedat) kepada 2 panel GMI yang bukan beragama Islam.

Saya ditanya oleh Mr Ramji tentang dalil-dalil Al Quran yang telah saya bentang itu. Beliau meminta agar saya menyenaraikan ayat-ayat tertentu berkaitan perjuangan menegak keadilan menurut Al Quran kerana beliau belum menelitinya daripada Al Quran.

Saya amat tertarik dengan usaha sekelompok orang China yang berjaya membina kafe Speaker Corner’s café yang menarik ini dimana setiap hari akan ditayangkan ceramah-ceramah parti politik bukan kerajaan serta berita-berita perdana. Teringat saya sejarah UM dimana 'speaker corner' menjadi lumrah mahasiswa untuk memberi pandangan dan berkempen secara bebas. Penceramah-penceramah tertentu akan dijemput oleh pemilik kafe untuk mengadakan forum dan ceramah di premis persendirian ini. Jadi permit polis tidak diperlukan sedangkan agenda perjuangan boleh diwar-warkan. PAS Balik Pulau ada membina panggung PAS di Teluk Kumbar dan semasa PRU ke-12 dahulu diadakan hampir di setiap pasar malam. Akan tetapi mungkin kurang kondusif dan tidak berterusan. Kafe ini turut menjual makanan dan minuman. Jadi Panggung PAS juga perlu dibuat secara santai dan diadakan jualan minuman untuk menarik rakyat mendengar perjuangan kita. Sampailah masa kita untuk mengalihkan budaya rakyat yang hanya berlegar-legar bercakap politik di kedai kopi kepada kedai sebegini yang memberi peluang bercakap secara tersusun dan mencapai objektif.


Pada saya perjuangan menghancurkan ISA adalah perjuangan semua Umat Islam yang mempercayai Al Quran dan sunnah Rasulullah yang adil. Marilah bersama menyahut seruan agar akta zalim ini termansuh. Bacalah testimonial individu yang terseksa, ahli keluarga mangsa ISA yang menderita melalui buku-buku yang diterbitkan. Luangkan masa anda meneliti serta menghayati penderitaan ketika 60 hari pertama tahanan. Cukup menyeksakan. Moga Allah masukkan kita di kalangan golongan yang berjuang.

Muhammad Nuruddin Bashah

JIM Barat Daya

http://landskapsiasah.blogspot.com


Speakers' Corner Cafe's flyerThis is n evening with many differences from others: we went to a Speaker Corner Cafe in Simpang Empat in SPS to present an anti-ISA forum to the patron of the special cafe, located in the middle of no where. The venue's operator Jarvis Wong said that the Cafe hope to sell `political talks' by all political parties as well as NGOs instead of their food and drinks. They hope that people are interested enough to come over to listen to the speakers they line up every weekend and then spend on their simple food and drinks-which include alcohol. So: politial talks are saleable-what a marketting idea-which could be a 1st in the country!

Now this is our wonderful experience being recruited to speak at the Cafe: We were called to pesent a talk-any topic, at the Cafe by the manager Jarvis. We were offered this deal: we can talk on any topic-and we only need to bring the speakers to the venue. The rest they will handle eg applying for the neccesary police permits , make publicity and promote the forum in whatever ways they can. What an offer-so I look around for a suitable topic. Then there is an ISA campaign going on -so I suggested to them-which they readily agreed.

I put together 3 speakers to speak about their experience and understanding of the ISA: Cheah Hooi Giam from GMI, Muhd Nuruddin Bashah (JIM) and Ram Ji from Hindraf(who came from KL). They have to supply their personal details like Mycard no to enable the cafe to apply for police permit.

When we arrived at the cafe at 7.30pm it was too early yet. The Cafe is housed in a corner lot of a shop house -which allowed it to utilise the considerable spaces on the side as aopen air seating space. We were entertained with some food n drinks. Then the customers slowly rolled in -and the forum didn't start until 9.30pm. All this while there was a continuous screening of political ceramahs eg Anwar's latest talk-may be in KL. I was told that the customers were a bit slow tonite because there is also a Chinese festival in town that distracted the customers' attention. I thought that actually ISA is not a hot topic in Penang or anywhere yet. But we should still keep pushing it whether there is any votes in it or not-afterall we are doing this from a civil society rather than a party platform!

We finished about 10.30pm. It was a really refreshing experience. Hopefully we can organise more forums for the Cafe later. Hopefully readers here who think this is a good offer from the Cafe -why not contact the ever welcoming Cafe manager?

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)