Saturday, August 16, 2008

Sumpah dengan Nama Allah; adakah benar kita memuliakan namaNya?

Rakyat Pulau Pinang terkejut dengan tindakan Saiful untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meliwat beliau. Beliau bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan niat akan dilaknat Allah jika pengakuannya itu suatu pendustaan. Cukup berani. Adakah ia boleh mengubah sikap rakyat Permatang Pauh untuk mengalih undi mereka?

Hari ini sumpah atas nama Allah menjadi suatu tindakan mempermainkan nama Allah! Inilah pandangan sebilangan rakyat Pulau Pinang yang saya temui. Semua terkejut. Sumpah hanya boleh diadakan selepas kes jenayah Islam yang diselesaikan di Mahkamah Syariah menghadapi jalan buntu. Sumpah hanya dijalankan selepas prosedur sistem SYARIAH diikuti secara total. Adakah Saiful mengikuti keseluruhan sistem Islam dalam usaha beliau membawa kes jenayah syariah ini? Di Mahkamah Syariah mana beliau bawakan kes ini? Adalah beliau pro kepada perjuangan sistem Islam di Malaysia? Ramai yang geleng kepala apabila nama Allah dipermainkan.

Mengapa perlu sumpah sebelum penamaan calon Anwar di Permatang Pauh? Kenapa tidak bersumpah selepas habis kes? Kenapa perlu tergesa-gesa? Sebelum didapati bersalah dan belum dibicarakan mengapa Anwar perlu dibebani dengan tuduhan wewenang sebegini. Saya bukan penyiasat dan bukan pula menyebelahi Anwar. Akan tetapi cubalah fikir akan tujuan tersirat kelompok tertentu yang mengadakan ‘majlis sumpah’ malam tadi. Di mana 4 saksi yang adil yang dibawa oleh Saiful untuk membawa kes ini kononnya mengikut syariah? Mengapa sumpah sahaja mengikut cara Islam?

Kepada yang berakal tidak akan mengubah pendirian dan hati hanya disebabkan sumpah ini. Pada pandangan ahli Usuluddin, ia lebih kepada penghinaan nama-nama Allah yang mulia!

Ayuh kita sebarkan maklumat ini .

Pendita Bitara

GIANT Bayan Baru

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)