Sunday, August 17, 2008

Semboyan Perkauman mula dimainkan semula.

Semboyan Perkauman mula dimainkan semula.


Pengamat politik hanya menggeleng kepala melihat aksi pejuang idealis mahasiswa daripada UiTM baru-baru ini. Memang benar mereka pejuang melayu….pejuang mahasiswa….memang benar mungkin merekalah selama ini pejuang isu yuran pelajar, pengkomersialan kampus, isu AUKU yang mengongkong pelajar dan merekalah mungkin pejuang agar intelek varsiti bukan sekadar penggiat akademik ala kangkung….ilmiah tak ke mana….pangkat yang lebih…mungkin mereka jugalah yang bersungguh benar mungkin agar universiti di Malaysia ini kembali mengutamakan program akademik dan bukannya melatih menjadi kader politikus tertentu….hebat dan syabas….(mungkin)…

Kepada mahasiswa UiTM yang mengamuk terhadap Menteri Besar Selangor atas isu kuota melayu dan bumiputra di UITM al malayuiyyah di sini ada beberapa persoalan, tugasan yang wajar dijawab oleh kalian….

Siapakah yang membuka kuota untuk bukan bumiputera di MRSM suatu ketika dahulu? Adakah Menteri Besar Selangor? Adakah saat itu PKR dan Pakatan Rakyat telah wujud memerintah di bumi Selangor?

Siapakah yang membuka ruang bukan melayu di Matrikulasi atas dasar dan alasan meritokrasi? Adakah Tan Sri Khalid?

Kalian menyokong agenda masyarakat majmuk. Ada di kalangan politikus mengamuk sakan jika dilaksanakan hukum Islam di Malaysia atas alasan masyarakat majmuk. Jika benar majmuk kenapa perlu takut UiTM diberi peluang kepada kaum bukan bumi dan melayu? Jika benar ia sebuah institusi pendidikan melayu yang mendokong Islam, bukankah UIA juga memberi ruang kepada kaum bukan melayu mendekati dan mempelajari ilmu-ilmu agama di UIA. Berapa ramai intelek bukan Islam yang mula memahami kondisi hukum Islam hanya selepas mengikuti kelas-kelas tamadun Islam dan bahasa Arab di UIA. Bukankah itu positif? Mengapa perlu pertahankan nama Melayu seolah-olah bangsa yang menjadi ukuran dalam segenap aspek? Mengapa dahulu pelajar MRSM dan Matrikulasi tidak digesa oleh ‘pihak’ tertentu untuk mengamuk sakan apabila ada usaha memasukkan bukan bumi dan melayu ke dalam institusi tersebut?

GPMS mula ingin diheret semula memasuki dunia kampus UM dengar katanya…tak tahulah kebenaran cerita ini. Agenda pro melayu mula berdegar-degar, sedangkan parti pemerintah dihempuk penafian 2/3 hanya juga antaranya di sebabkan keris Hishamuddin yang terhunus. Tidak serik kah ingin bermain api perkauman di Malaysia dan kini juga di kampus-kampus? Gelaran aspirasi tidak lagi relevan kerana aspirasi bermaksud aspirasi Kerajaan sedangkan telah banyak negeri di malaysia yang berkerajaankan pembangkang. Bukankah UiTM Shah Alam sendiri berada di bawah kerajaan pembangkang?

Saya menyokong tindakan HEP USM yang menggalakkan pelajarnya berniaga dan mempamerkan bakat keusahawanan sepanjang pesta Konvo. Bukan itu sahaja setiap gerai pelajar wajib bersifat multi rasial untuk menggalakkan integrasi. Bukan kah ini idea yang baik? Bukannya memancar api perkauman dan keresahan kaum lain sedangkan pendapat Menteri Besar Selangor belum tentu menjadi kenyataan kerana UiTM bukannya di di bawah Selangor tetapi di bawah menteri pelajaran yang masih ‘suci’ di bawah kerajaan pusat.

Ingat satu pesanan ini….apabila sesebuah kerajaan itu lemah, propaganda perkauman antaranya akan dimainkan….lihat peristiwa 13 Mei. Lihat sahaja kini perjumpaan PAS UMNO dipolitikkan. Lihat kini hujah biasa tentang melayu di UiTM mula dimainkan dengan galaknya. Orang melayu kini hilang rasa sensitif dengan hujah sebegini kerana pada mereka baik melayu atau nama keturunan apa pun jika kebejatan sosial dan ekonomi mencengkam mereka…mereka tetap akan hidup begitu juga tiada perubahan….

Di kampus-kampus….menjelang pilihanraya ini, pelajar Akademi Islam, Fakulti Islam atau yang pro agama akan dipinggir dan diselar secara terbuka….rayuan untuk tinggal di kolej kediaman juga dimainkan isu perkauman dan sentimen kepartian…inilah modal insan caturan kita….(mungkin)

Mahasiswa yang bijak akan mengatur isu mana yang wajar diperjuangkan…isu FTA umpamanya…isu alam sekitar umpamanya…isu manipulasi wanita, isu penataran nilai akademik golongan intelektual sebagai contohnya….bukan sekadar melaung agenda bangsa tanpa sedar siapa sebenarnya menjahanamkan bangsa….kepada yang berbangsa melayu..baiklah anda berjuang untuk agama anda…lebih daripada perjuangan bangsa yang tak kunjung sudah….(mungkin)….


Pendita Bitara

Pondok Upeh

Bestari Tuition Centre Balik Pulau


GPMS di luluskan oleh HEP seminggu selepas MHS. Majlis perasmian adalah pda 22hb Julai 2008 dengan bekas Pengerusi GPMS satu ketika dahulu. En Suhaimi.

1 comment:

Azizul Salehudin said...

saya tertarik dgn sikap anda yg kritis dikala mahasiswa lain di tanah air sdg terikut2 semangat nasionalisme sempit melayu.teruskan perjuangan.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)