Saturday, August 16, 2008

Non-Muslim dalam PAS; akan menyemarakkan lagi dakwah

Saya ada berbual dengan rakan-rakan saya mengenai halatuju dakwah PAS. Antara topik yang agak hangat dibincangkan di peringkat cawangan-cawangan terutama dalam usrah kecil ialah mengenai status keahlian non-muslim jika benar ia terlaksana dalam PAS. Ada yang berhujah pro dan kontra dan saya bersetuju dengan kesemua hujah mereka. Pada saya mereka berbahas kerana pengalaman mereka yang luas, keterlibatan yang bersungguh-sungguh dalam dakwah PAS serta mereka bercakap atas keilmuan mereka masing-masing.

Saya ada menghubungi Ustaz Dr.Mujahid Rawa iaitu AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Parit Buntar mengenai kes ini. Beliau adalah antara individu awal yang berjuang untuk mempromosikan idea ini agar non-muslim diberikan hak untuk menjadi ahli penuh PAS. Beliau adalah pejuang yang gigih memperjuangkan Kelab Penyokong PAS. Terlalu ramai ahli Kelab ini yang memberi sokongan padu agar pemerintahan Islam PAS terlaksana di Malaysia. Mereka lebih gemarkan PAS berbanding MCA, MIC malah ada yang juga memilih PAS berbanding DAP. Ini adalah usaha yang positif.

Ustaz Mujahid berhujah bahawa golongan non-muslim akan diberikan keahlian dalam PAS serta akan berada dalam Lajnah khas yang berasingan dengan ahli Islam yang lain memandangkan gerak kerja agama adalah khusus untuk kaum Muslim sahaja.

Bukankah PAS didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah? Parti politik selalunya akan menerima sesiapa sahaja untuk menyertainya. Lantaran PAS adalah Harakah Islamiyyah yang berteraskan dakwah Rasul, maka tidak sesuai golongan non-muslim menjadi tenaga penggerak (amilin) yang wala’ kepada kepimpinan Islam. Mereka perlu Islam sepenuhnya barulah boleh menjadi rakyat kepada pemimpin gerakan Islam secara total. Akan tetapi mereka masih berhak menjadi ahli ‘parti PAS’ sebagai ahli parti politik.

Bukankah suatu berita gembira apabila golongan non-muslim memohon unuk menjadi ahli PAS? Bukankah ia suatu yang menggembirakan apabila non-muslim bersedia mendokong kepimpinan Islam, meletakkan perlembagaan Islam di atas mereka serta bersedia dengan segala arahan parti? Bukankah mereka akan lebih memahami Islam apabila dekat dengan sistem Islam yang tulen malah jauh daripada penyelewengan dan penistaan fakta oleh media massa dan bahan bacaan terbitan umum yang prejudis terhadap Islam? Di sinilah peranan kita. Kita tidak memusuhi golongan bukan Islam malah berhasrat bersahabat karib dengan mereka selagi mereka patuh dan akur dengan kepimpinan Islam yang adil.


Pendita Bitara
GIANT Bayan Baru

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)