Sunday, November 27, 2016

PROFESIONAL PRO PAS KEDAH TEKAD MENANGKAN PARTI PAS DALAM PILIHANRAYA

PROFESIONAL PRO PAS KEDAH TEKAD MENANGKAN PARTI PAS DALAM PILIHANRAYA

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 26 NOV 2016

Pemuda PAS Kedah berjaya menghimpun nseramai 50 orang anak muda berlatar belakang kerjaya profesional dalam program Himpunan Profesional Muda PAS Kedah di Emerald Puteri Hotel Sungai Petani petang tadi.

Menurut Peguam Ibrahim Ismail Exco Lajnah Profesional Dewan Pemuda PAS Kedah, program ini julung kali diadakan oleh Pemuda PAS Kedah dalam usaha menyelaraskan para pendokong dan penyokong PAS di kalangan tenokrat, profesional dan berlatar belakang akademik.

“ Kami menghimpun sejumlah besar pendaftaran di kalangan peguam, doktor, pensyarah swasta, jurutera, pengurus industri, arkitek dan akauntansekitar 100 nama walaupun yang ahdir pada petang ini hanya 50 orang sahaja. Namun ia satu tapak asas untuk lonjakan seterusnya PAS menyediakan barisan kepimpinan profsional yang teguh mempertahan syariah Islam serta memiliki wawasan agenda kebajikan rakyat dan kemasyarakatan. Malah rata-rata peserta hari ini juga merupakan aktivis NGO, program amal dan kebajikan”, jelas beliau yang juga merupakan pengarah program berkenaan.

Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Timbalan Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau mengingatkan para profesional untuk mendapat maklumat berkenaan PAS dari suber parti itu sendiri serta mengelak sikap terburu menyebarkan berita yang tidak beretika. Beliau menyeru para profesional yang hadir agar memainkan peranan memenangkan parti berkenaan dalam pelbagai aspek yang mampu berdasarkan kisah burung kecil yang berusaha memadam api bear yang membakar Nabi Ibrahim.

“ Kita orang Islam, jika kita tidak mahu pertahan Islam, jangan kita halang orang Islam lain menjaga agama Islam” tambah beliau sebagai penutup perasmian.

Program juga disrrikan dengan majlis penyampaian anugerah Khidmat Profesional Kemasyarakatan kepada Dr Khairul Fikri anggota NGO PAPISMA yang aktif dalam misi kemanusiaan di Syria, Anugerah Ikon Profesional Muda Kedah jurutera  Saifuddin @ Nakhaie Hassan seorang jurutera projek yang aktif dalam kerja amal, Anugerah Jasa Profesional Jurutera Mukhtar Suhaili jurutera projek Shell yang juga merupakan Bendahari Pemuda PAS Malaysa sertaAnugerah Muslimah Profesional Kedah Suhaidah Saloman Paris seorang kas pelajar terbaik King College London.

Sebagai penutup himpunan, satu sesi dialog ilmiah bersama Tuan Haji Sanusi Mohd Nor Timbalan  III Pesuruhjaya PAS Kedah serta saudara Mukhtar Suhaili diadakan secara dua hala.












Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)