Sunday, May 29, 2016

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI KERAH TENAGA BAIKI RUMAH MANGSA RIBUT

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI KERAH TENAGA BAIKI RUMAH MANGSA RIBUT

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI- 29 Mei 2016

Berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan Sungai Petani minggu lalu, sekitar 6 rumah di Simpor mengalami kerosakan bumbung dan siling.

Kelmarin sebuah rumah milik En Fitri Ahmad (35 tahun) di Simpor berjaya dibaiki bumbungnya selepas projek bermula sejak jam 8 pagi sehingga 4 petang.

Jabatan Amal Sungai Petani yang diketuai oleh saudara Khairul Nizal Bin Othman  telah mengerahkan ahli-ahli untuk menyumbang tenaga membaiki selain terus mencari dana untuk menyelesaikan beberapa rumah lagi. Selain Khairul, operasi mendapatkan dana diterajui oleh Muhammad Izwan Ismail.



“ Berdasarkan makluman yang kami terima sekitar 6 buah rumah terjejas dan kami baru memulakan projek membaiki bumbung untuk rumah pertama. Selain itu serentak dengan projek kelmarin beberapa ahli diminta untuk membersih jalan, memotong dahan pokok yang tumbang: jelas Izwan Ismail selaku penasihat Jabatan Amal Sungai Petani.

Menurut Izwan juga dimaklumlakn sekitar 130  kes ribut telah dibuat laporan polis di Balai Polis Kota Kuala Muda, namun 6 kes yang akan diberi penumpuan awal oleh Jabatan amal memandnagkan kekangan dana dan tenaga sukarela.

“ Jabatan Amal adalah badan sukarela amal dan kami akan sedaya upaya membantu masyarakat selain bantuan-bantuan NGO atau kerajaan yang lain demi meringankan beban rakyat”, jelas  Khairul Nizal pula semasa ditemubual media kelmarin.

Sebarang dana untuk bantuan diminta hubungi Muhammad Izwan Ismail di talian :


017-5714916










Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)