Monday, November 24, 2008

Umat Islam perlu mengambil peluang yang ada


Ahad yang lalu (23 November 2008) saya pulang ke Pulau Pinang dan mengikuti mesyuarat bersama Haji Halim yang merupakan Ahli Majlis Dewan Perbandaran Pulau Pinang merangkap Ketua Penerangan PAS P.P.

Antara perkara yang Haji tegaskan adalah bagaimana umat Islam boleh mengambil peluang untuk dominan dalam siasah di Pulau Pinang. Bagaimana pengisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandar Bersejarah dan Bandar Warisan oleh UNESCO dilihat sebagai satu peluang baik. Bagaimana pula umat Islam mengambil peluang menonjol dan memain peranan sekiranya ada peluang-peluang perniagaan dan sebagainya.

Saya ada memberi cadangan agar PAS Pulau Pinang mengadakan barisan wartawan dan penulis politik yang akan menyalur maklumat segera ke Harakah. Ia sekaligus menjadi medan alternatif penyelesaian masalah masyarakat. Di Utara kini telah ada Skuad Cakna Sinar daripada akhbar Sinar yang menjalankan kerja-kerja hebahan masalah tempatan melalui akhbar tempatan. Pada saya barisan wartawan atau agen Harakah boleh dibina di setiap kawasan bagi membantu Lajnah Penerangan mempromosi PAS sekaligus menjayakan misi PAS menjadi Duta Penyelamat dan Kasih Sayang.

Sebelum saya pulang ke Ipoh, Haji ada memberi nasihat…….kumpul pengalaman sebanyak mungkin serta bantu agama dengan pengalaman yang bakal kita terima….kurangkan musuh terutama sesama ahli gerakan, tambah rakan dan kawan terutama daripada kalangan agama lain...

Pendita Bitara
24 November 2008

1 comment:

Muhammad said...

nasihat yg cukup bagus din!

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)