Sungai Rapat- 1 Oktober 2012
Ceramah Hak Asasi Rakyat : Rohingya Menangis telah berjaya dianjurkan di tapak Padang Bola Taman Song Choon malam tadi. Ceramah yang bermula seawal 9.30 malam itu dipengerusikan oleh Al Fadil Ustaz Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat (PAS).
Ceramah suntikan semangat ini dianjurkan oleh jawatankuasa UPU Taman Taufik, Surau Taman Song Choon, Dewan Pemuda Kawasan Gopeng dan MAPIM.
Antara penceramah yang menyerikan program tersebut adalah Dr Aziz Bari bekas pensyarah UIA yang juga mendapat jolokan sebagai Pakaar Perlembagaan Malaysia. dengan senyuman dan nada yang cukup tenang, beliau menyampaikan fakta-fakta berkenaan hipokrasi regim dunia termasuk pemerintah negara ini berkenaan isu hak asasi dan isu nyawa umat Islam luar negara.
Penceramah kedua iaitu ustaz Nor Azli Musa telah menghangatkan majlis dengan laungan jihad dan ayat-ayat Al Quran berkenaan kewajipan umat islam mengambil tahu dan perhatian hal umat islam seaqidah.
Tayangan slide kekejaman terhadap Rohingya memulakan sesi ceramah oleh Cikgu Azmi Abdul Hamid sebagai tetamu jemputan utama. Cikgu Azmi menceritakan bagaimana sikap kerajaan Bangladesh yang sanggup bermatian untuk tidak menjual bahan makanan kepada MAPIM untuk diagihkan kepada mangsa pelarian. Malah Bangladesh tidak mahu membenarkan Flotilla yang akan diserrtai oleh lebih puluhan negarauntuk berlepas daripada perlabuhan Bangladesh.
Bagaimana pula umat Islam Malaysia mahu meletak muka jikla tiada seorang dermawan pun sanggup menyewakan kapal atau kontena sekalipun untuk misi Flotila ke Arakan. sebaliknyabeberapa individu berbangsa India sanggup menghulurkan bantuan meminjamkan kontena untuk MAPIM tanpa sebarang bayaran!
Putera 1 Malaysia pula hanya bertindak dan bergegas untuk menghantara makanan ke Arakan selepas terpukul dengan sikap pro-aktif NGO-NGO lain terhadap misi kemanusiaan ini. Namun sikap gopoh mereka yang menggunakan kapal TLDM untuk membawa makanan ke sana mengundah rasa marah Myanmar seolah-olah mahu berperang dengan Myanmar! Suatu yang cukup lucu bagi sebuah ketumbukan yang hanya mengangguk isu umatIslam untuk kepentingan politik.
Ustaz radzi selaku wakil PAS Kawasan Gopeng telah menyerahkan dana sebanyak RM 2000 hasil kutipan cawangan-cawangan,individu, surau-surau dan masjid sekitar kawasan Gopeng.
Muhammad Nuruddin Bashah
Pengarah Program
gambar-gambar ihsan http://www.mapim.org/
No comments:
Post a Comment