Sunday, October 26, 2008

Rumah Allah menjadi pusat Menara Pemancar

Berat atau tidak kes ini, ia telah lebih seminggu berlaku di Balik Pulau. Kini ada sebuah syarikat yang membina menara dan peralatan telekomunikasi mula menjelajah dari masjid ke masjid untuk membina menara telekomunikasi di mana ia akan digunapakai untuk perantaraan syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia seperti talian telefon bimbit.

Kariah yang menjadi tempat saya berusrah telah membantah sekeras-kerasnya tindakan untuk menerima kawasan masjid sebagai lokasi pembinaan menara telekomunikasi atas alasan ia membawa syubhah dan sebagainya. Walaupun alasan syarikat berkenaan adalah untuk membina lampu limpah yang bakal menerangi seluruh kawasan masjid, impak negatif yang bakal diterima selama 15 tahun (mereka ingin menyewa tapak selama 15 tahun) adalah tidak berbaloi.

Hari ini saya dikhabarkan bahawa ada pula sebuah kariah masjid yang bersetuju menerima penyewaan daripada syarikat itu. Malah kariah yang terkenal dengan tradisi mengaji kitab dan tradisi dakwah itu mungkin alpa dengan isu semasa terutama perkara yang melibatkan percaturan kapitalis ini.

Hujah yang amat keras saya berikan kepada beberapa sahabat saya di kariah berkenaan terutama melibatkan isu kesihatan. Bayangkan rakan-rakan kita di Kampung Pegang Baling sedang menderita akibat radiasi yang melampau bahana daripada menara sebegini. Kini menara sedemikian ingin dipasang betul-betul dalam kawasan ibadah umat Islam. Penyakit kanser, mutasi bayi dan sebagainya akan menimpa penduduk Balik Pulau nanti.


Malah kadar gelombang telekomunikasi di Malaysia melebihi yang disyaratkan oleh WHO iaitu sebanyak 25 v/m sahaja sedangkan Malaysia menggunakan hampir 40 V/M ! malah Amerika Syarikat juga hanya menggunakan hanya 4 V/M sahaja !
Masjid juga bukan tempat perniagaan, mainan kapitalis yang jelas akan membayar sewa kepada masjid dengan wang syubhah, penuh dengan riba dan sebagainya. Masjid di Balik Pulau bukannya muflis sehingga WAJIB menerima pelawaan syarikat-syarikat gergasi sebegini.

Kami belum menerima arahan mufti atau kenyataan Majlis Agama Pulau Pinang lagi berhubung isu ini. Pihak berwajib perlu segera menangani isu ini. Kesucian masjid daripada dijadikan alat mengaut keuntungan perlu diselesaikan oleh pihak Majlis dan Mufti.

Saya telah menghubungi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan akan memberi maklumat yang diperlukan untuk kajian selanjutnya.


Mereka mungkin mengatakan ingin menyewa selama 15 tahun (masa yang cukup untuk menghasilkan kanser), tetapi bolehkah ada jaminan mereka akan mencabut menara selepas tempoh berkenaan? Mungkin masjid pula menjadi mangsa apabila terpaksa membayar pampasan ribuan ringgit untuk selenggaraan membuang menara berkenaan. Adakah mereka dapat menberi jaminan bahawa mereka tidak akan memasang piring gelombang melebihi had mudarat? Ini tidak terjawab. Kepada yang membaca tulisan ini, sila ambil tindakan menyelamatkan Rumah Allah ini.


Pendita Bitara

Kampung Terang

2 comments:

Kembara Hati Sang Jejaka said...

di kg ku juga ada Celcom letak kat menara mesjid...tapi yg kecik punya pemancar...

xjadi issue plak...

azizi said...

Salam, saya Mohd Izzatul Azizi B Romli, pelajar Senibina tahun ke 5, pernah bekerja sebagai pembantu arkitek, dan kini menyambung pengajian dalam Ijazah sarjana Muda Senibina, ingin meberikan pendapat saya mengenai arikel tuan.. Menurut apa yang saya faham daripada juruteknik yang tahu tentang sedikit sebanyak tentang menara pemancar, bayaran yang diberikan apabila syarikat telekomunikasi ingin menyewa / meletakkan pemancar 3G yang berbentuk segiempat ialah sebanyak RM2500. Ini sedikit sebanyak, boleh memberikan sumber pendapatan kepada masjid. Yang mana sesetengah masjid kadangkala, dilihat seperti tiada sumber kewangan kerana bilik air yang tidak terurus dan kotor. Pihak telekomunikasi mungkin boleh mengambil langkah bijak dengan memasang pemancar di setiap kariah dengan kadar gelombang 4 V/M. Maknanya di sini, pengurangan 10 kali ganda dari jumlah yang asal. Kesannya, secara tidak langsung, syarikat ini akan memberikan promosi kepada syarikat mereka sendiri, kerana , mereka memasang di tempat yang berlainan. Mungkin dari segi kos pemasangan akan meningkat, tetapi dari segi promosi, penduduk setempat dapat mengetahui syarikat telekomunikasi apakah yang memasang system 3G di kawasan mereka, dengan ini akan menjadikan mereka untuk menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang berkenaan kerana semestinya ‘line’ syarikat tersebut lebih jelas. Bagi pihak masjid pula, jurutera yang tidak berkepentingan patut dilantik untuk melihat kadar gelombang yang dipancarkan supaya tidak melebihi sepertimana yang ditetapkan. Pihak yang berkepakaran juga patut dirujuk untuk mengetahui kadar pancaran gelombang apakah yang tidak memberikan kesan radiasi kepada penduduk sekitar. Dalam senibina, sekiranya arkitek ingin memastikan sesebuah auditorium berjaya dari segi akustik(bunyi), jurutera perlu menjalankan ujian untuk memastikan tiada gema berlaku. Kiranya tidak, pengubahsuaian perlu dilakukan lagi. Begitu juga dengan kes pemancar gelombang ini. Ujian perlu dilakukan untuk mengetahui kadar pancaran gelombang. Penggunaan menara pemancar di menara masjid sebenarnya telah lama wujud. Kebaikan system 3G ialah bagi pendakwah, jika penggunaan ini dapat dioptimumkan, mereka boleh memuatturun kuliah2 misalan dari Sheikh Ahmad Deedat, dan meng’uploadkan’ ceramah-ceramah di kawasan mereka ke youtube. Meng’akses ke laman web berkaitan islam dan pelbagai lagi. Menurut pemerhatian penulis, sudah 3 tahun penulis melihat menara pemancar di masjid di sekitar Negeri Sembilan-Selangor. Manakala di Ampang Selangor, terdapat satu surau yang mengintegrasikan menara pemancar ini dengan baik sekali dengan menggunakan panel besi untuk menjadikan menara surau tersebut cantik. Di Pulau Pinang sendiri misalnya, boleh dilihat pemancar berada di atas bangunan-bangunan tinggi. Dari segi praktikalitinya, adalah amat baik kerana selain dari menjadi tempat pembesar suara, ia menjadi menara pemancar. Namun begitu kesihatan adalah perkara yang paling utama, dan kajian terhadap menara pemancar ini adalah amat perlu jika ingin diletakkan di tempat awam.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)