Thursday, October 23, 2008

Kerajaan tidak akan kaji semula ISA

Perdana Menteri benar-benar telah mengistiharkan bahawa beliau tegar dan tidak akan sesekali membuat reformasi atau pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun menerima pelbagai tekanan dan desakan dalam dan luar negeri berkaitan salah guna akta berkenaan.

Dalam Perasmian Perhimpunan MCA ke-55 baru-baru ini, Perdana Menteri telah membuat kenyataan bahawa membuat kajian semula terhadap akta ini seolah-olah melepaskan orang yang benar-benar bersalah.
“ Pembaharuan tidak bermakna, kita semua hendak apa yang ada dalam undang-undang atau apa-apa kesalahan mesti dianggap sebagai tidak salah lagi. Tidak boleh begitu” kata beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa akta ISA juga mirip kepada beberapa akta keselamatan di Amerika Syarikat dan Britain.

Apa yang kita kesalkan disini adalah dalam suasana penyalahgunaan ISA berlaku, kepincangan kehakiman dan imej polis yang belum dipulihkan sepenuhnya, masih ada beberapa individu yang ingin mengiktiraf beliau sebagai Bapa Demokrasi. Gelaran bapa seolah-olah menjadi kewajipan kepada setiap perdana menteri walaupun mungkin tidak wajar mendapat gelaran.

Rakyat berasa kecewa jika hanya disebabkan permit Harakah dibenarkan kembali 2 kali seminggu, serta Suara Keadilan telah diberikan permit, maka beliau layak dinobatkan sebagai Bapa Demokrasi sedangkan permit-permit akhbar berkenaan adalah ‘hak’ bagi setiap pertubuhan yang memohon. Malah pemberian semula hak bukan bermakna demokrasi di Malaysia telah pulih malah ia jauh mesti melalui proses baikpulih yang cukup besar dan menyeluruh.

Perdana Menteri bukan sekadar dikritik oleh pihak pembangkang dalam kes ISA, malah juga didesak oleh komponen BN yang lain serta oleh menteri undang-undangnya sendiri, Dato’ zaid Ibrahim.
Gabungan Mansuh ISA Pulau Pinang sekali lagi mendesak kerajaan agar serius dan ikhlas dalam membaikpulih system perundangan di Malaysia yang saban lama makin menampakkan imej yang negative di mata antarabangsa.

Pendita Bitara
Pulau Pinang

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)