Candle Light Vigil terakhir semalam ( 17 Oktober 2008) berjalan dengan lancar. Ramai yang berucap dan kali ini kelihatan sedikit keseimbangan komposisi kaum di kalangan hadirin. Walaupun hujan, kelihatan ramai yang tidak mahu berganjak malah membuka payung untuk melindungi rakan-rakan lain yang lupa membawa payung.

Lagu-lagu anti ISA yang berkumandang juga menarik perhatian semua. Mungkin SB-SB juga terbuai apabila mendengarnya.
Saya juga diminta berucap mewakili kaum Melayu, umat Islam s

erta JIM Pulau Pinang. Saya masih menegaskan betapa perlunya gemblengan tenaga semua kaum untuk bersatu secara progresif dan konsisten demi mendesak kerajaan memansuhkan ISA.
Pendita Bitara
No comments:
Post a Comment