Tuesday, October 21, 2008

Usrah: pasti menjaga konsistensi perjuangan anda


Baru sahaja selesai menghadiri majlis Usrah PAS Cawangan Simpang Empat Balik Pulau. Kebetulan usrah hari ini kena pada ayat Al Baqarah 129 yang menceritakan maratib al a’mal iaitu siasah, dakwah dan tarbiyyah. Ayat ini juga merupakan ayat utama jidal (debat) antara Imam Syafie dengan golongan engkar sunnah iaitu berkaitan maksud Hikmah yang dikatakan bukan bermaksud hadis.

Setiap kali selesai mengikuti usrah, perasaan dan hati menjadi lebih bersemangat untuk menjalani kegiatan sebagai muslim harakiy (seperti yang selalu diperingatkan oleh naqib kami, Ustaz Zainal).

Antara semangat yang datang adalah untuk terus berjuang dalam GMI, berusaha terus untuk memansuhkan ISA. Dalam GMI Penang memang tiada usrah. Majoriti ahli di dominasi oleh kaum bukan Islam. Jadi usrah kawasan dan cawangan akan menguatkan semangat dan fikrah agar tindakan beriltizam dan berjuang dalam mana-mana platform jelas dan berfokus.

Dulu perjuangan menentang ISA dan memperingati kes Memali banyak dilakukan oleh pemuda PAS dan suasana perjuangan diserapi ruh jihad. Kini jika ingin terus berpencak dalam banyak ruang dan landskap yang pelbagai, usrahlah yang menguatkan kita.

Semasa di kampus, usrah hanya dianggap ruang bertukar ilmu dan tempat belajar ilmu agama dan selok belok dakwah. Kini, keadaan berbeza. Usrah akan menghasilkan muslim harakiy yang kian tebal dengan fikrah dan azam. Individu hizbullah akan lebih bersemangat. Soal masa, gaji tidak mencukupi, anak tidak terjaga, kesihatan, ilmu belum cukup, masalah keluarga, rasa takut dan malas berjuang akan terjawab dan terjaga (atau diatasi) melalui usrah…..

Pendek kata perjuangan kita banyak. Saya suka mengikut banyak pentas dan ruang yang sesuai dengan kemampuan dan kelebihan yang ada. Jadi Usrahlah yang menjaga konsistensi kita untuk terus berjuang…

Nak tahu kelebihan usrah lagi….carilah di bumi anda berpijak….

Pendita Bitara

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)