Sunday, October 19, 2008

Pertandingan Nasyid PASTI Zon Pulau


Ahad- 19 Oktober 2008, Pulau Pinang
Jawatankuasa PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Pulau Pinang berjaya menganjurkan Pertandingan Nasyid Pasti Zon Pulau , Pulau Pinang. Program meriah ini diadakan di Bagunan HBP, USM bertempat di lokasi Dewan E48A, E48B.

Program ini adalah usahasama Jawatankuasa Pasti negeri, Jawatankuasa Pasti Kawasan-kawasan, guru-guru dan ajk Pasti cawangan, Dewan Pemuda Pulau pinang serta Unit Amal Pulau Pinang. Gemblengan tenaga para jundullah dan mujahidah ini menyaksikan bagaimana sistem pentarbiahan PAS sebenarnya bermula sedari kecil lagi malah PAS serius dalam pemupukan fardul muslim sejak kecil lagi.

Antara pertandingan lain selain nasyid yang diadakan adalah, pertandingan pidato, bercerita, sajak, hafazan dan Azan. Penyertaan pula amat ramai dan bersepadu meliputi Pasti Kg Perlis, Pasti Nuril Ain Sg Burung, Pasti An Nur Pmtg Pasir, Pasti Darussalam Sg Rusa, Pasti Ummu Aiman Kongsi, Pasti Al Huda Sg Batu, Pasti Nurul Hidayah Teluk Kumbar, Pasti Ababil Pmtg Damar Laut, Pasti Al Hijrah Bayan Lepas, Pasti Al Hidayah Sg Ara, Pasti Az Zuhdiyah 2 Pantai Jerjak, Pasti Al Hidayah Tg Bungah dan lain-lain.

Program ilmiah ini bermula pada jam 8 pagi dan para pelajar setia hingga pukul 3 petang. Cikgu Rahim iaitu Timbalan Pengarah Pasti Pulau Pinang telah merasmikan majlis penutup pertandingan. Apa yang amat membanggakan adalah kualiti dan tahap pencapaian para pelajar sedari usia 5 hingga 6 tahun yang petah berhujah, berpidato lengkap dengan petikan dalil dan doa, hafazan ayat-ayat suci Al Quran serta mahir pula mengawal intonasi suara dan gaya semasa bersajak. Nyatalah mereka layak untuk menjadi penerus mata rantai pendakwah di muka bumi ini melalui pentarbiahan dan bakat yang mereka miliki.

Moga Pasti terus mara dan maju.

Pendita Bitara












No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)