Monday, April 14, 2008

Kerajaan Negeri akan bantu SAR


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan bantu SAR
Mohd Sabri Said Mon Apr 14, 08 7:21:51 am MYT
TASEK GELUGOR, 14 April (Hrkh) - Bagi memartabatkan Islam di samping menjamin kesucian Islam berkembang maju Kerajaan Pulau Pinang berhasrat membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) seluruh negeri yang dinafikan hak perkapita oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) beberapa tahun lalu. -->-->
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohd Fairuz Khairudin dalam kenyataannya selepas berucap di majlis Pidato Perdana di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini menambah, perbincangan telah dilakukan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan kata putus akan dibuat dalam masa terdekat.
Namun beliau tidak memberitahu jumlah yang bakal disalurkan dan sekolah mana yang akan menerima bantuan berkapita terawal sejurus ianya ditarik balik oleh kerajaan BN di era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Siapa kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengabaikan tanggungjawab terhadap Islam. Sejak dua minggu memerintah kita telah memberikan bantuan elaun tambahan sebayak RM863 ribu melibatkan 1, 450 orang guru dan 11 penyelia Kelas Fardhu Ain (KAFA). Tidak lama lagi sumbangan kapita akan disalurkan semula pada SAR. Itupun bergantung pada ekonomi negeri, " tegasnya.
Beliau kesal masih terdengar kata-kata kesat kononnya beliau hanya Timbalan Ketua Menteri boneka yang diguna pakai oleh kerajaan pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk berhadapan dengan masyarakat Melayu.
Ujar beliau seterusnya, semua kenyataan itu bernada kecewa daripada bekas kepimpinan Umno atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang tewas dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Rakyat jangan terpengaruh dengan kenyataan sebegitu sebaliknya mendengar daripada saluran maklumat yang betul, " katanya yang juga Adun Penanti, Bukit Mertajam.
Penyerahan bantuan itu kelak sekali lagi menghakis 'kenyataan basi' Umno terhadap barisan kepimpinan yang sedang memerintah pulau yang bergelar Mutiara Timur.
Justeru itu, beliau berharap rakyat terutamanya masyarakat Islam jangan sangsi dengan pemerintahan sekarang kerana ianya diperintah oleh kepimpinan yang membenci rasuah, anti korupsi dan tidak mengamalkan kroni dalam sesuatu projek yang dimiliki kerajaan.
"Masyarakat Islam di Pulau Pinang kena bekerja kuat membantu kerajaan negeri yang sedang dan akan melakar beberapa tindakan yang dianggap pelik untuk rakyat kerana selama ini semuanya melabelkan kerajaan BN kuat rasuah dan menindas, " tambahnya.
Berucap sama dalam program anjuran PAS Negeri Pulau Pinang itu ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu, Exco Kerajaan Negeri, Haji Malek Kasim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - mks.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)