Thursday, April 10, 2008

Surat kepada Menteri dalam Negeri

1 April 2008.
Kepada,

Datuk Seri Syed Hamid Albar,
Blok D 2, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya.

Tel: 03-88863000.
Fax 03-88891613.

Perkara: Rayuan untuk pembebasan segera tahanan ISA Mat Sah Bin Mohamed Satray dan 70 tahanan ISA yang lain.

Tujuan saya menulis surat ini adalah ingin mendesak supaya Mat Sah Bin Mohamed Satray yang ditahan semenjak 17 April 2002 dibebaskan segera. Beliau kini ditempatkan di Pusat Tahanan Kamunting di negeri Perak. Beliau dan beberapa tahanan lain dituduh menjadi ahli Jemaah Islamiyyah (JI) dan terlibat dalam aktiviti subversive menentang kerajaan.Walaubagaimanapun, tiada bukti kukuh telah dikemukakan untuk menyokong pertuduhan tersebut.

Mat Sah dan semua tahanan ISA yang lain sepatutnya diberi perbicaraan yang adil mengikut piawaian antarabangsa dan hak untuk diwakili oleh peguam dan bertemu dengan ahli keluarga.Sekiranya tiada bukti dapat disabitkan, tahanan sepatutnya dibebaskan dengan segera.Menahan mereka tanpa satu had masa berdasarkan sangkaan semata-mata adalah jelas mencabul hak asasi.

Saya juga amat perihatin bahawa tahanan ISA dilaporkan telah didera secara fizikal dan ditakut-takutkan serta dipaksa tinggal di dalam sel penjara yang sempitdan dikenakan peraturan yang ketat.Saya meminta agar pihak tuan dapat memastikan Mat sah dan tahanan yang lain dilayan mengikut piawai hak asasi manusia antarabangsa.Organisasi hak asasi manusia dan NGO sepatutnya diberi kebenaran dengan kadar segera akses kepada Pusat tahanan Kamunting.

Perkara yang lebih penting ialah, saya ingin mendesak supaya ISA di mansuhkan kerana ramai yang tidak berdosa telah menjadi mangsa kejahatan akta zalim ini.. Dan kini masih ramai lagi mereka yang ditahan tanpa pendakwaan atau diberi hak untuk diwakili oleh peguam.Penahanan itu dilanjutkan pada dua tahun berikutnya, semuanya hanya berdasarkan tuduhan yang berupa sangkaan semata-mata.

Jawapan segera dari pihak tuan amatlah dialu-alukan.



Yang ikhlas,


Tandatangan:_________________________

Nama :_________________________

Alamat :_________________________

__________________________


Diterbitkan oleh Islamic Human Rights Commission- Malaysia’s Internal Security Act(ISA)
Detention without trial Campaign, July 2007.web:www.ihrc.org -- email:info@ihrc.org
(KBT6T-ISA) & Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - Email: suaram@suaram.net

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)