Tuesday, April 01, 2008

Tender terbuka di Pulau Pinang


UMNO masih teringin untuk berucap tentang keadilan antara kaum di Pulau Pinang. Pak Lah yang jelas tidak lagi popular di Pulau Pinang sendiri telah menasihati Kerajaan baru Pulau Pinang agar tidak terlalu optimis dengan keadilan melalui tender terbuka projek kerajaan negeri.

Pak Lah berani berkata sedemikian kerana BN lah parti yang selama ini telah melakukan banyak tender tertutup serta mengutamakan suku sakat mereka sahaja.

Memang secara logiknya hanya yang kaya dan mampu sahaja boleh bersaing merebut tender. Namun ketidakseimbangan taraf kontraktor, imej dan pengalaman semua kontraktor kebanyakkannya tumbuh secara tidak adil di zaman pemerintahan BN yang mementingkan ‘bulu’ dalam pemilihan tender.

Mereka semestinya termalu kerana Kerajaan Pulau Pinang sanggup telus membuka tender terbuka agar semua kaum Melayu,Cina dan India dapat memiliki tender secara adil. Soal kaum dan kouta itu persoalan kedua. Namun usaha kerajaan negeri ini jelas menemplak budaya lama kronisme di KOMTAR pada era pentadbiran BN dahulu.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)