Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Monday, May 05, 2008

Blog dan gelombang informasi alternatif


Blog Dr Mahathir...sila teliti....Dr Mahathir adalah pencetus gelombang IT di Malaysia tetapi kini baru beliau sedar implikasi dan kesan IT pada norma dan gaya masyarakat menerima dan mempercayai maklumat. Budaya monopoli maklumat oleh BN selama beberapa dekad melalui media cetak dan elektronok kini TERBUKTI tidak berkesan lagi kepada golongan muda yang mula mencari media alternatif yang mana mereka lebih dengan di skrin PC melebihi skrrin TV dan surat khabar (jauh sekali)....
http://www.chedet.com/

Makkal Shakti


Tuesday, April 01, 2008

Tender terbuka di Pulau Pinang


UMNO masih teringin untuk berucap tentang keadilan antara kaum di Pulau Pinang. Pak Lah yang jelas tidak lagi popular di Pulau Pinang sendiri telah menasihati Kerajaan baru Pulau Pinang agar tidak terlalu optimis dengan keadilan melalui tender terbuka projek kerajaan negeri.

Pak Lah berani berkata sedemikian kerana BN lah parti yang selama ini telah melakukan banyak tender tertutup serta mengutamakan suku sakat mereka sahaja.

Memang secara logiknya hanya yang kaya dan mampu sahaja boleh bersaing merebut tender. Namun ketidakseimbangan taraf kontraktor, imej dan pengalaman semua kontraktor kebanyakkannya tumbuh secara tidak adil di zaman pemerintahan BN yang mementingkan ‘bulu’ dalam pemilihan tender.

Mereka semestinya termalu kerana Kerajaan Pulau Pinang sanggup telus membuka tender terbuka agar semua kaum Melayu,Cina dan India dapat memiliki tender secara adil. Soal kaum dan kouta itu persoalan kedua. Namun usaha kerajaan negeri ini jelas menemplak budaya lama kronisme di KOMTAR pada era pentadbiran BN dahulu.

Tuesday, March 18, 2008

Siapa melacur demokrasi?

Sudah nyata BN tidak belajar untuk kalah. Antara elemen penting DEMOKRASI ialah flaktualiti (naik atau turun) sesuatu kerajaan atau parti adalah perkara biasa. Di Jepun, USA, Britain dan lain-lain negara maju, perubahan kabinet, pemimpin, parti dan kerajaan adalah perkara biasa dan menjadi amalan demokrasi yang tulen. BN telah lama mendoktrin masyarakat Malaysia agar jangan berubah, takut berubah, taksud dan obses hanya pada satu parti. BN dan regimnya adalah diktator, monolitik, uni-power dalam pemerintahan. Pembangkang dianggap menganggu demokrasi. Pembangkang dianggap jijik dan dipinggir terus dari sistem demokrasi. Lantaran itu mereka takut kalah.

Laporan akhbar arus perdana semalam menyebut Parti Gerakan Perak mencadangkan Barisan Nasional (BN) membubarkan kesemua 14 parti komponennya supaya BN boleh menjadi satu parti untuk semua kaum dan terus relevan untuk masa depan.
Pengerusinya, Datuk Chang Ko Youn berkata, perubahan drastik itu penting memandangkan keputusan pada pilihan raya umum lalu menunjukkan politik berasaskan pecahan kaum yang diamalkan sejak sedekad lalu tidak dapat menjamin kelangsungan parti komponen BN.

Jelasnya sekali jika mereka kalah, mereka sendiri akan melatah hingga menggadai prinsip yang mereka cipta sendiri.

Politik perkauman adalah senjata lapuk penjajah yang diberi versi baru saban Pilihanraya. Menakutkan rakyat, desperado, mengungkit-ungkit, merosakkan nama peribadi adalah pencak silat mereka. Ayuh rakyat Pulau Pinang tidak akan terpengaruh lagi dengan politik perkauman. Prinsip keagamaan dijaga, keharmonian antara kaum adalah juga saranan Al Quran...bergerak bersama..ke arah Malaysia yang Adil dan Sejahtera.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)