AKTA HASUTAN ; APA KATA MEREKA
Muhammad Nuruddin Bashah
Latar belakang kes/isu:
Tulisan
ini disusun rentetan tangkapan dibuat pada jam 3 pagi terhadap Meteri Besar
Kedah Dato Seri Hj Mohd Sanusi Md Nor baru baru ini. Dua pertuduhan dikenakan
kepada Menteri besar Kedah 18 Julai yang lalu.
Pertuduhan
pertama, Menteri besar Kedah itu didakwa ddilakukan di Simpang 4, Taman
Selayang Mutiara pada jam 11 malam, 11 Julai : mengeluarkan kenyataan berbaur
hasutan yang boleh mencetuskan ketidaksetiaan kepada Raja-raja. (Pertuduhan
dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman
denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
sekali, jika sabit kesalahan.)
Pertuduhan
kedua: di tempat yang sama: didakwa mempertikaikan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan
Perpaduan. (Mstar, 2023, Julai 18).
Untuk
mengetahui punca pertuduhan, video ucapan MB Kedah boleh diakses melalui tik
tok dan FB dan disir dalam Malaysiakini.
Pertuduhan pertama
Sultan, satu-satunya
Sultan yang ada susur galur daripada hari pertama kerajaan Kedah ditubuh sampai
sekarang ini Sultan tu dari satu susur jalur tak pernah putus, Kedah Darul
Aman. Haa.. hebatnya Sultan Kedah nih.. bukan koman-koman, Sultan tara tu, hangpa
bayangkan tengok Menteri Besaq. Sultan hebat macam tu tak akan pilih Menteri
Besaq cokia macam Amir tuh. Inci pon tak berapa cukup.. hahaha. Tarik balik
pasal inci.
Pertuduhan kedua
Pada Ketika, Anwar Ibrahim dia rasa nak untung dia, dia akan guna titah
Diraja nih habis-habisan walaupun orang lain tak dengaq. Tuan-tuan dengaq tak
kata Agong kata tubuh Kerajaan Perpaduan, Tuan-tuan dengaq tak? Takdak sapa di
dunia inl dengaq dia sorang ja. Takdak.. takdak sapa dengaq. Dalam vid dalam
video takdak, dalam tv takdak, dalam surat habaq takdak, takdak sapa dengaq,
Anwar Ibrahim sorang dengaq. Satu Malaysia percaya kat dia. Dia habaq kata
Agong titah tubuh kerajaan perpaduan, ada sapa pi tanya Agong Tuanku titah ka
Tuanku? Takdak haaa.. dia guna titah diraja tu di kata untuk tubuhkan kerajaan
perpaduan himpunkan segala hoi ya
Latar belakang akta
Akta
Hasutan 1948 telah diterima pakai oleh raja-raja British dari abad ke-19 dari
India penjajah ke Tanah Melayu sebelum merdeka. Tujuannya adalah untuk
memerangi ancaman Komunis.
Akta
Hasutan berasal sebagai suatu Enakmen (Enakmen 13/1939), kemudian sebagai
Ordinan (Ordinan 14/1948) dan kemudiannya dipinda dan diluluskan sebagai Akta
Hasutan (Akta 15/1970), yang telah dikuatkuasakan pada14 April 1970.
Akta
itu sejak itu telah melalui dua pindaan besar. Pindaan pertama memperkenalkan
peruntukan yang berkaitan dengan perlindungan Bumiputera kedudukan istimewa di
bawah Perlembagaan Persekutuan, monarki
dan terunggul kedudukan bahasa kebangsaan. Pindaan kedua menyekat dan meluaskan
takrifan menghasut dengan menghapuskan perbuatan menghasut terhadap kerajaan dan
kehakiman sambil menambah perbuatan menghasut yang berkaitan dengan agama dan
ceramah pemisahan. (Ramlee, M. H., & Norkhair, M. I., 2016)
Terdapat
bangkangan yang kuat terhadap Akta Hasutan terutamanya ahli politik pembangkang,
aktivis sosial, SUARAM dan juga Majlis Peguam Malaysia. Mantan Perdana Menteri,
Dato’ Seri Najib Tun Razak telah bercakap mengenai pemansuhan akta pada 11
Julai 2012 yang akan digantikan dengan
Akta Keharmonian Nasional,tetapi dia kemudian mengisytiharkan padea 27 November 2014 untuk mengukuhkan akta itu. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana
Menteri bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri semasa untuk mengekalkan
akta tersebut tetapi beliau juga mengingatkan bahawa perbuatan itu sendiri
bukanlah alat atau cara untuk mengekalkan kuasa. (Ramlee, M. H., &
Norkhair, M. I., 2016)
Tun
Abdullah telah membuka lembaran baru pendemokrasian negara ini dengan dasar lunak
beliau terhadap perkembangan media baru. Walaubagaimanapun pengenduran kawalan
ini telah memberikan kesan terhadap integrasi nasional. Semenjak penghapusan
ISA, pindaaan Akta Media Cetak dan Penerbitan dan Akta Buang Negeri pada 2012 kes-kes
yang melibatkan perkara sensitif atau yang bersifat sentimen kerap dilaporkan. Kebebasan
bersuara yang mempertikaian hak istimewa dan perkara sensitif telah mencetuskan
konflik etnik yang tiada kesudahan. Kebebasan bersuara yang termaktub dalam
perkara 10 menggariskan limitasi seperti institusi Raja, agama Islam, bahasa
Melayu dan hak istimewa Melayu. Namun pertikaian hak kebebasan dan kesaksamaan
ini sering menjadi sumber konflik sejak awal pembentukan negara. (Zakaria,
J., & Daud, S. 2018).
Peruntukan akta ini
Akta Hasutan 1948 Antara
peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 (Sedition Act) ialah Tafsiran ‘menghasut’ bermaksud ‘apabila dipakai bagi atau digunakan
berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda
lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan lain itu sebagai yang
mempunyai kecenderungan menghasut’.
Peruntukan dalam
seksyen 3 (1) iaitu:
“Sesuatu
“kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan- (a) bagi mendatangkan kebencian
atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana
Raja atau kerajaan.”
Seterusnya dalam
seksyen 3(1)(f) iaitu:
“ bagi mempersoalkan
apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau
prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III
Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan
Persekutuan.”
Maka sesiapa yang
melanggar peruntukan diatas boleh dihukum dibawah Seksyen 4 bagi kesalahan
pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjara selama
tempoh tidak melebihi lima tahun. (Yusof,
F., & Hassan, M. S. 2020)
Pakar undang-undang
memberi komen: Jika hendak
mengekalkan Akta Hasutan, kita perlu perihalkan supaya jelas perkara ini.
Adakah takrifan menghasut, menimbulkan kebencian? Apabila kita terlalu umum, ia
akan menimbulkan penafsiran yang mengelirukan.
Keperluan Akta Hasutan
satu persektif.
Satu
kes yang cukup biadab berlaku melalui tindakan
penulis blog iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuat naik gambar di dalam
laman Facebook dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut The (babi)…
wangi, enak, menyelerakan!)’ dan mengandungi logo Halal pada 12 Julai 2013.
Mereka telah disiasat mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 298A
Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghasut dan mencetuskan permusuhan serta perbalahan
antara agama.
Selain
kes-kes tersebut, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) menunjukkan bahawa 21296 kes telah diterima yang berkaitan
dengan kandungan berunsurkan perkauman, keagamaan dan menghina etnik, agama dan
institusi beiraja (3R-race, religion and royalty) dalam tempoh enam minggu
pertama penubuhan Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM, MCMC sejak ditubuhkan pada
17 Ogos 2019. Angka ini sangat membimbangkan kerana penghinaan terhadap
institusi beraja dapat menggugat keamanan dan mencetuskan huru-hara. Hal ini kerana
sebarang tindakan atau ancaman untuk membangkitkan perasaan tidak suka terhadap
YDPA adalah termasuk ke dalam salah satu perbuatan subversif dan memudaratkan
ketenteraman awam. (Razali, N. A., Razali, A., & Abdullah, M. S. 2021)
Kata
Tun Salleh Abbas, “Di Malaysia kebebasan bercakap adalah satu sistem nilai
yang menekankan kepada satu tugas dan juga hak yang perlu kepada keharmonian
sosial-politik. Kebebasan bercakap dan bersuara ini dihadkan kepada kata-kata
yang tidak menjadi fitnah (defamation). Kata-kata yang tidak menjadi hasutan,
kata-kata yang tidak mencerca mahkamah, atau kata-kata yang melanggar hak
keutamaan parlimen dan dewan negeri”. (Yusof, F., & Hassan, M. S. 2020)
Kes hina raja dan
istana yang berjaya sabit hukum.
- 22 Jun 2022 (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/06/968619/pembantu-kedai-dipenjara-denda-rm5000-hina-raja-perlis
)
Nama: Muhamad Basri Shah
Rohani@Mahadi, 31, pembentu kedai runcit
Lokasi: Bukit Mas, Tanah Merah,
Kelantan
Hakim: Musyiri Peet
Kesalahan: menghina Raja Perlis di laman sosial
Hukuman: dipenjara setahun
dan denda RM5,000
Akta: Seksyen 4(1)(a) Akta
Hasutan 1948 (Akta 15)
Nama: Wan Ji Wan Hussin, pendakwah
bebas
Lokasi: Pejabat Perumahan
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul
Aziz Shah
Hakim: Datuk Abdul Halim Aman
Kesalahan: menerbitkan perkataan menghasut dan menghina
terhadap Sultan Selangor,
Hukuman: dipenjara setahun 9
Julai 2019
Akta: Seksyen 4(1)(c) Akta
Hasutan 1948
.
- 13 April 2023 (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/956510/buruh-dipenjara-6-bulan-kerana-hina-agong-bangkitkan-isu-perkauman
)
Nama: Abdul Rahim Abdullah,
49, buruh
Lokasi: KL
Hakim: N Priscilla Hemamalini
Kesalahan: menghina Yang di-Pertuan Agong dan
membangkitkan isu perkauman menerusi Facebook
Hukuman: dipenjara 6 bulan
Akta: Sesyen 233(1)(a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
- 13 Dec 2022 (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/12/1039021/pekerja-kilang-didenda-rm3500-hina-agong-permaisuri-agong
)
Nama: Ronney Soo Eng Lee, 44
pekerja kilang
Lokasi: Melaka
Hakim: Sharda Shienha Mohd
Suleiman
Kesalahan: menghina Agong dan Raja Permaisuri Agong di
kilang
Hukuman: didenda RM3,500
Akta: Seksyen 504 Kanun
Keseksaan
Nama: Prajiv Lionel Proctor,
40 sukarelawan
Lokasi: di KM4 Bukit Piatu
dalam daerah Melaka tengah
Hakim: Nariman Badruddin
Kesalahan: membuat dan memulakan penghantaran komunikasi
yang jelik menghina agama Islam dan institusi raja.
Hukuman: didenda RM5,000
Akta: mengikut Seksyen 233
(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
- 3 Julai 2020 ( https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/706919/denda-rm5000-hina-sultan-tengku-mahkota-johor
)
Nama: Mahadi Ibrahim, 58
pesara
Lokasi: Kajang
Hakim:
Kesalahan: kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,
menerusi aplikasi WhatsApp
Hukuman: didenda RM5,000
Akta: Seksyen 233 (1)(a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998
- 4 Julai 2020 ( https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penganggur-gagal-bayar-denda-rm27000-kerana-hina-agong-249735
)
Nama: Sahril Zainudin, 26
penganggur
Lokasi: Kajang
Hakim: M. M. Edwin Paramjoth
Kesalahan: menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menggunakan profil Facebook palsu
dan menggunakan nama Fatin Aslinda Abu Talib, 31, untuk membuat hantaran itu
telah banyak mendatangkan kemudaratan dan menganiayai wanita itu.
Hukuman: hukuman denda
RM27,000
Akta: Seksyen 233(1)(a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan
- 6 Julai 2020 ( https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/707904/pekerja-kilang-dipenjara-10-bulan-hina-agong-permaisuri-agong-di-laman
)
Nama: Shahril Mohd Sarif, 37
pekerja kilang.
Lokasi:
Hakim: MM Edwin Paramjothy
Kesalahan:
Hukuman: sebelum ini
dipenjara2 bulan kerana menghina Yang
di-Pertuan Agong, tidak serik sekali dikenakan
hukuman penjara 10 bulan atas tuduhan menghina Agong dan Raja Permaisuri Agong
di Instagramnya
Akta: Seksyen 233(1)(a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998
- 26 Mac 2018 (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/03/324651/suri-rumah-dijel-8-bulan-hina-yang-di-pertuan-agong
)
Nama: Samsiah Samsuddin 44
suri rumah
Lokasi: Pengkalan Chepa
Hakim: Ahmad Bazli Bahruddin
Kesalahan: Menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V,
Hukuman: penjara 8 bulan
Akta: Seksyen 233(1)(a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
- 7 Jun 2016 ( https://www.malaysiakini.com/news/344367
)
Nama: Muhammad Amirul Azwan
Mohd. Shakri, 19, remaja belum bekerja
Lokasi: JB
Hakim: Sabariah Atan
Kesalahan: menghina Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail
Sultan Ibrahim.
Hukuman: penjara setahun
Akta: Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998
Dari 10 sampel kes di atas
akta yang digunakan untuk hukum penghina raja adalah:
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
- Kanun Keseksaan
- Akta Hasutan 1948
Dari 10 sampel dan banyk
sample dalam jurnal menunjukkan kelompok yang menghina raja:
- Penganggur
- Pekerja bawahan
- Golongan yang tertekan dengan masalah sosial ekonomi
- Golongan terlalu banyak menggunakan medsos.
Kuasa polis
Ketua
Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menegaskan pihaknya boleh menangkap pada
bila-bila masa sesiapa sahaja yang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan
1948.
Tambahnya,
individu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Ni disiasat
berhubung perkara 3R (agama, bangsa, raja) yang membawa kepada tindakan
berkenaan.
Polis
boleh menahan pada bila-bila masa orang yang disiasat mengikut undang-undang
berkaitan kerana mereka tidak ' non-siezable’ ' (tidak perlu ditahan).
Seksyen
4 (1) (Akta Hasutan) ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang lazim ditahan,
bukannya ‘non-seizable’ (tidak perlu ditahan) dan ia adalah ‘seizable offence
(kesalahan yang boleh ditahan). (Nordin, 2023)
Double standard Anwar dulu dan sekarang
Datuk
Seri Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk mendakwa
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor kerana kenyataan Sanusi mengenai institusi
diraja dilihat sebagai tidak menghormati. Anwar menyatakan beliau secara amnya
tidak menyokong penggunaan Akta Hasutan, tetapi dalam kes ini, beliau percaya
ia perlu untuk menjaga kedudukan dan maruah kerabat diraja. Beliau turut
menafikan dakwaan bahawa pendakwaan Sanusi bermotifkan politik. (Ahmad Suhael
Adnan dan Amirul Aiman Hamsuddin, 2023)
Bagaimana
sikap beliau sebelum itu dalam kes Wan Ji yang lebih terang terangan mahu
menggantikan feudal kepada republik. Wan Ji adalah pendokong PH yang tegar.
Kata
hakim semasa menghukum Wan ji:
“Terhadap apa yang dinyatakan tertuduh (Wan Ji) ini seperti mana tertera dalam
pertuduhan, saya mendapati ianya adalah sesuatu yang sudah terang lagi
bersuluh. Ini adalah satu tindakan yang melampaui batasan, kita kena ingat
kepada prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja-raja. Walaupun sebagai
warganegara kita diberi banyak kebebasan, namun ia ada had dan ia masih
tertakluk kepada undang-undang dan normal kehidupan” (Yusof, F., & Hassan, M. S. 2020).
Anwar
Ibrahim sebelum ini bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk membincangkan penahanan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta
Hasutan 1948. Anwar menyatakan kepercayaannya bahawa hukuman penjara setahun ke
atas Wan Ji adalah keterlaluan dan mengkritik keputusan pendakwaan dan
mahkamah. PKR juga menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Wan Ji. (Yaacob, J. F. 2019, Julai 10).
Bantahan dari mereka yang mendokong
ideologi PH dan pihak selain PN.
- Parti ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti
Sosialis Malaysia (PSM) tidak bersetuju Akta Hasutan digunakan untuk
menahan dan mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md
Nor hari ini. Muda dan PSM menunjung Perlembagaan Persekutuan menjadi batu
asas kepada sistem demokrasi Malaysia. MUDA dan PSM juga menolak kenyataan
yang dibuat Sanusi, kerana dianggap amat tidak matang dan dangkal yang
dibuat di atas pentas ceramah politik. Melalui kenyataan bersama Presiden
Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi PSM, Michael Jeyakumar
Devaraj, pihak terlibat turut menggesa supaya akta berkenaan dimansuhkan. (Yahya, 2023)
- Kata peguam Zaid Ibrahim , para pengkritik Akta
Hasutan telah berdiam diri dalam kes penangkapan Muhammad Sanusi Md Nor. Zaid,
yang sebelum ini menyokong pembentukan kerajaan oleh UMNO dan Pakatan
Harapan pada tahun lalu, berkata mereka kini sibuk mengejar mereka yang
mengecam mereka.Zaid menyindir, katanya pada asasnya, pencapaian paling
penting yang dicapai oleh kerajaan Madani adalah pelaksanaan Akta Hasutan
terhadap lawan politik mereka. Ambiga Sreenevesan juga menyokong ulasan
Zaid, yang menyifatkan tindakan Kerajaan terhadap lawan politik mereka
sebagai tidak boleh diterima sepenuhnya. Zaid juga bercakap tentang kepimpinan
baharu Badan Peguam Malaysia, yang
sebelum ini mengecam penggunaan Akta Hasutan terhadap ahli politik Pakatan
Harapan. Selain itu, Zaid memuat
naik hantaran di akaun Twitternya yang menyatakan bahawa orang ramai harus
berhati-hati apabila bercakap tentang Raja-Raja Melayu atau mereka akan
menghadapi akibat daripada tindakan mereka. Sindir beliau lagi, PH tidak sepatutnya mengatakan bahawa
Menteri Besar adalah badut kerana ia akan dianggap menghina Raja-Raja
Melayu kerana melantik badut sebagai Menteri Besar. Jangan mengatakan
bahawa Raja-Raja Melayu kaya, kerana ia boleh membawa maksud bahawa
kekayaan itu diperoleh dengan cara yang tidak wajar jika semudah itu
menyabitkan Akta Hasutan kepada rakyat. (Samudera, W., 2023, July 18)
- Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian
Hamdan berkata, walaupun sebelum ini akta itu mahu digantikan dengan akta
lain dalam kanun keseksaan tetapi ia seolah-olah lenyap dari perundangan
negara. Katanya dalam Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua
Penerangan UMNO , mungkin ini lagi satu episod tidak konsisten berlaku. Sementara
itu, Khairy Jamaluddin yang bersetuju dengan pandangan Shahril berkata,
para pemimpin antaranya yang ada dalam kerajaan sekarang ini, dahulunya
mahu peruntukan dalam akta lain tanpa menggunakan Akta Hasutan. Kini, ada
beberapa pemimpin termasuk peguam
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegur balik apa telah jadi kepada
reformasi sedangkan mereka kononnya memperjuangkan pemansuhan Akta Hasutan
tetapi hari ini senjata yang sama
digunakan terhadap seorang musuh politik atau seorang ahli politik
daripada parti lawan. (Awani, A., 2023,
July 19).
- Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari
ini menyelar penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap Menteri Besar Kedah
Muhammad Sanusi Md Nor, mengingatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan
(PH) tentang pendiriannya menentang undang-undang sewaktu masih menjadi
pembangkang.
- Menurut pengarah LFL Zaid Malek kecaman PH dan
ketuanya Anwar Ibrahim terhadap undang-undang ini nampaknya hanya apabila tindakan
dikenakan terhadap mereka sahaja. Beliau juga mengatakan ianya sebagai
"hari hitam buat negara", dan suatu yang "mengerikan" bahawa pertuduhan
Sanusi telah berlaku di bawah kerajaan pimpinan PH. Perdana menteri dan
menteri dan ahli Parlimen PH yang lain mengetahui tentang perkara ini,
itulah sebabnya ia sentiasa menjadi sebahagian daripada janji kempen
mereka untuk memansuhkan undang-undang ini. Anwar sendiri, tidak menghormati
institusi diraja sebelum ini kerana berkempen mendesak Agong membatalkan
pengisytiharan darurat pada 2021. (Writers, 2023)
- Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR) mendesak kerajaan Malaysia untuk memindah Akta Hasutan yang disifatkan sebagai senjata kepada pemerintah untuk menyerang pihak pembangkang. Menurut APHR, klausa-klausa yang disebut di bawah akta berkenaan adalah tidak jelas dan membawa maksud yang terlalu luas. Merujuk kepada penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, APHR berkata, walaupun sesuatu pandangan itu dianggap kasar bagi sesetengah pihak, namun sekiranya ia disuarakan dalam suasana aman, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk didakwa di bawah akta berkenaan. (Awani, A., 2023a, July 19)
- Menurut Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR), untuk mengelakkan Akta Hasutan dimansuhkan,
definisi hasutan dalam akta tersebut perlu ditakrifkan dengan lebih jelas.
Takrifan yang longgar sekarang ini telah menimbulkan kekeliruan dalam
kalangan masyarakat dan juga mahkamah. Jika perbuatan itu ingin dikekalkan,
ia perlu menyatakan sama ada ia merujuk kepada tindakan yang menghasut
atau penuh kebencian. Takrifan yang tidak jelas menjadikannya sukar untuk
membuktikan niat di mahkamah, kerana kesalahan jenayah memerlukan bukan
sahaja perbuatan jenayah tetapi juga motif jenayah. Panjang prosiding
jenayah bukanlah isunya, sebaliknya membuktikan bahawa tindakan itu
termasuk dalam undang-undang sedia ada. (Awani, A.,2023a, July 18).
Dari
rumusan di atas kelihatan golongan liberal/sekular dan pengamal undang-undang
konsisten dengan pendirian membantah Akta Hasutan walaupun menimpa pihak yang
berlawanan dengan mereka seperti PN/PAS.
Rujukan:
Mstar. (2023, July 18).
Sanusi Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Hasutan - Semasa. mStar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2023/07/18/sanusi-mengaku-tidak-bersalah-atas-tuduhan-hasutan
Nordin, A. (2023, July 18).
Individu disiasat Bawah Akta Hasutan Boleh Ditahan Bila-bila Masa - Razarudin.
Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2023/07/18/individu-disiasat-bawah-akta-hasutan-boleh-ditahan-bila-bila-masa-razarudin/
Writers, S. (2023, July 18).
Kumpulan Peguam Selar Penggunaan Akta Hasutan Terhadap Sanusi. MalaysiaNow. https://www.malaysianow.com/my/news/2023/07/18/kumpulan-peguam-selar-penggunaan-akta-hasutan-terhadap-sanusi
Ahmad Suhael Adnan dan Amirul
Aiman Hamsuddin. (2023, July 18). Sanusi Didakwa ikut Akta Hasutan Sebab Sentuh
Martabat diraja - Anwar. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/989039/sanusi-didakwa-ikut-akta-hasutan-sebab-sentuh-martabat-diraja-anwar
Yahya, R. (2023, July 18).
Muda, PSM Tak Setuju Akta Hasutan Terhadap sanusi. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/268947/berita/politik/muda-psm-tak-setuju-akta-hasutan-terhadap-sanusi
Yaacob, J. F. (2019, July
10). Hukuman Wan Ji: Anwar Bincang Dengan PM. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/36922/berita/nasional/hukuman-wan-ji-anwar-bincang-dengan-pm
Samudera, W. (2023, July 18).
Kerajaan Madani Guna Akta Hasutan, Zaid Ibrahim Tempelak Majlis Peguam.
Samudera.my - Rentas Dimensi. https://www.samudera.my/kerajaan-madani-guna-akta-hasutan-zaid-ibrahim-tempelak-majlis-peguam/
Awani, A. (2023, July 19).
“Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim...” - Shahril.
Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-politik/sewaktu-jadi-pembangkang-dulu-kata-akta-hasutan-ini-zalim-shahril-428869
Awani, A. (2023a, July 19).
Kes Sanusi: APHR desak Malaysia pinda Akta Hasutan. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-sanusi-aphr-desak-malaysia-pinda-akta-hasutan-428818
Awani, A. (2023a, July 18).
Akta Hasutan: Pinda tafsiran hasutan supaya lebih jelas - Pakar undang-undang.
Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akta-hasutan-pinda-tafsiran-hasutan-supaya-lebih-jelas-pakar-undangundang-428711?utm_source=news_keyword_widget&utm_medium=data-embed&utm_campaign=20230721+News-Keyword-akta+hasutan&_gl=1%2Ag21wqj%2A_ga%2ANDI1Nzg1NzE1LjE2ODk5MjM2MDY.%2A_ga_2WBWP426R6%2AMTY4OTkzODM5NS4yLjEuMTY4OTkzODgzMC4wLjAuMA..
Razali, N. A., Razali, A.,
& Abdullah, M. S. (2021). Isu-isu Survival Melayu Pasca Pilihan Raya Umum
2008 (PRU 2008). Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2),
178-188.
AGUS, M., & MASHRIL, M.
(2019). PENGARUH AKTOR CAMPUR TANGAN HALUS DALAM PRU-14 THE INFLUENCE OF
SOFT-INTERVENTION ACTORS IN GE-14. Jebat, 46(2), 178.
Abdullah, M. H. T., Ahmad, A.
L., & Bahrom, H. (2014, June). Pengaruh blog ke arah pencapaian demokrasi
di Malaysia. In Proceedings of The 1st Academic Symposium on Integrating
Knowledge (The 1st ASIK): Integrating Knowledge with Science and Religion (p.
46). Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies.
Ramlee, M. H., &
Norkhair, M. I. (2016). Sedition Act 1948: a legal study on the relevancy of
the act.
Zakaria, J., & Daud, S.
(2018). Menelusuri Pendemokrasian di Malaysia: Impak terhadap Pencapaian
Integrasi Nasional. e-Academia Journal, 7(1).
Yusof, F., & Hassan, M.
S. (2020). Kes Penghinaan Raja-Raja/Yang Di-Pertuan Agong Di Media Sosial:
Tindakan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang Dalam Kebebasan Bersuara. Journal of
Law and Governance, 3(1), 127-142.
No comments:
Post a Comment