Saturday, July 22, 2023

FIQH TA'AYUSH DALAM MASYARAKAT MAJMUK KONTEMPORARI

 



FIQH TA'AYUSH DALAM MASYARAKAT MAJMUK KONTEMPORARI

MAJLIS PERSIDANGAN ANTARABANGSA 2023

01 JUN 2023 | KHAMIS DEWAN KONVENSYEN, TAMAN TAMADUN ISLAM

DATO' SERI DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI (MALAYSIA)

Link video: https://www.youtube.com/watch?v=ZHRKXtux604

Link kertas kerja yang dibentang di sini: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2826-bayan-linnas-siri-ke-155-konsep-fiqh-ta-ayush-isu-di-malaysia-dan-penyelesaiannya

1.       Firman Allah dalam isu pelbagai kaum adalah ayat 13 surah al Hujurat

2.   يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

3.       Litaarafu لِتَعَارَفُوا  untuk saling  mencari rakan untuk hidup Bersama, mengeluarkan sifat ekstrim dalam sesebuh kaum.

4.       Fiqh taayush  - kefahaman untuk  hidup secara kebersamaan. (asal perkataan saling hidup)

5.       Dalam Mu’jam al-Lughah al-Arabiyyah al-Mu`asarah (no. 3518) oleh Dr. Ahmad Mukhtar al-Hamid dinyatakan: (تعايشَ يتعايش، تعايشًا، فهو مُتعايش)

§  hidup atas sikap kasih sayang, beri memberi, dan kejiranan yang baik.

§  Dua orang sahabat hidup berta’ayush ketika mengembara atas kasih sayang.

§  Dua negara berta’ayush secara kehidupan yang aman. Al-Ta’ayush al-silmi (التَّعايش السِّلميّ) antara negara iaitu persefahaman antara negara untuk tidak melampaui batas atas satu sama lain.

§  Manusia berta’ayush bermaksud mereka hidup dalam satu zaman dan tempat.

 

6.       Dari segi istilah, kalimah al-ta’ayush ialah satu terma yang baharu dan kontemporari. Jika terma yang hampir sama dengan maksud ta’ayush turut digunakan seperti

a.       tasamuh, (saling lapang dada)

b.       taqarub, (saling mendekati)

c.       tasakun, (saling menetap)

d.       takamul (saling melengkapi)

e.       tajanus.(saling sejenis)

 

7.       Ia berkait juga dengan Al-tasākun (التساكن) yang bermaksud tinggal bersama atau cohabitation.

8.       Konsep asal fekah: ta’ayush ialah (kehidupan) antara kita dan bukan Islam yang menetap di sekeliling kita dari kalangan ahli zimmah yang dinamakan sekarang sebagai warganegara dan juga kehidupan antara golongan bukan Islam yang ada perjanjian (mu’ahad).

 

9.       Ta’ayush bermaksud anda hidup bersama dengan orang lain dalam keadaan boleh menerima kewujudan masing-masing dan secara harmoni sama ada mereka menyamai anda atau berbeza tanpa salah seorang menghalang kehidupan yang lain fokus al-ta’ayush antara orang Islam dan bukan Islam dalam sebuah negara.

 

10.   Tujuan fiqh  al-ta`ayusy ialah memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam dan mengajak kepadanya. Jika mereka tidak menerimanya sebagai agama sekalipun maka ketika itu hendaklah kita meletakkan kaedah-kaedah bagi mengelakkan pertumpahan darah, menjamin manusia untuk melakukan aktiviti di atas muka bumi, meninggikan keadilan ke atas mereka, dan saling menolong pada perkara yang boleh dilakukan bersama.

 

11.   Terlalu banyak contoh-contoh dalam al-Qur’an, bagaimana para Nabi dinamakan kepada kaum masing-masing oleh Allah SWT sebagai “saudara” walaupun bagi kaum yang menentang Nabi mereka. وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا

Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.”(Surah al-A’raf: 73)

 

12.   Allah tidak larang bergaul dengan bangsa lain selagi pergaulan tidak memerangi umat Islam dan tidak mengusir umat Islam dari tanah mereka (seperti Israel di Palestin).

 

13.   Zaman sekarang istilah zimmi boleh dikata tiada lagi tetapi yang ada fiqh muwathonah. (Hak hak kenegaraan)

 

14.   Konsep di Malaysia : Hubungan antara golongan Islam dan bukan Islam dalam sesebuah Negara dinamakan muwatanah (kewarganegaraan) yang mana masing-masing dilindungi di bawah satu perlembagaan yang sama. Ia agak berbeza dengan prinsip yang ada pada zaman silam iaitu golongan bukan Islam lebih dikenali sebagai zimmi. Istilah yang terpakai ialah MUWATIN atau warganegara

15.   Perkara 8 perlembagaan negara (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

 

16.   Pesanan Rasulullah  مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak memberi rahmat maka tidak akan dirahmati”. Riwayat al-Bukhari (5997)

17.   Al Quran juga ajar kita menjaga hubungan silaturahim dan sesama warganegara.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)