FAKTA KESAN BAIK OPR DAN BURUKNYA KEPADA B40
Susunan
: Muhammad Nuruddin Bashah
1. Satu pertiga pinjaman B40 adalah
pada kadar tetap.
2. BNM berpandangan bahawa kenaikan
kadar OPR secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara.
3. Sekiranya OPR dinaikkan secara
tergesa-gesa dan pada magnitud yang besar, ia boleh merencatkan pertumbuhan
ekonomi dan menjejaskan kesejahteraan rakyat seperti yang berlaku di Amerika
Syarikat, Filipina dan Turki, masing-masing mencatat kadar inflasi sebanyak 9.1
peratus, 6.1 peratus dan 78.6 peratus.
4. Menurut Profesor Madya Sekolah
Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Anuar Shah Bali
Mahomed, memang ada yang menerima kesan positif kenaikan OPR, namun ramai pula
menerima kesan membebankan disebabkan oleh kenaikan ini.
a.
Antaranya adalah pihak bank kerana melalui kenaikan OPR itu, pendapatan
bank meningkat,
b.
Pendeposit tetap kerana menerima pulangan kadar keuntungan yang lebih
tinggi akibat daripada kenaikan OPR.
c.
Para pelabur yang berpotensi memperoleh pulangan yang lebih tinggi dan
seterusnya menjadi tarikan untuk pelabur baharu untuk turut serta menyimpan.
5. Namun dalam masa sama, jika kita
ambil kira secara keseluruhan, kesan tekanan dan bebanan dirasai oleh lebih
ramai rakyat Malaysia B40
6. Kerana 2/3 B40 pinjaman tidak
tetap malah pinjaman Islam juga ada kesan OPR walaupun sedikit.
7.
Tinjauan celik kewangan RinggitPlus Malaysia 2022 - 63 peratus daripada 3,144 responden berusia 18
tahun ke atas di negara ini hanya mampu bertahan tiga bulan atau kurang dengan
simpanan mereka,
8.
70 peratus responden menyatakan mereka menyimpan kurang RM500 sebulan atau
tidak menyimpan langsung duit.
9.
Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2022 oleh Jawatankuasa Kerja
Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) membabitkan 3,000 responden itu antara lain
mendapati 47 peratus responden mengakui sukar menyediakan wang kecemasan
RM1,000 dan hanya 20 peratus mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh
tiga bulan atau lebih, jika hilang pendapatan.
10. Ia secara konsisten menunjukkan
simpanan rakyat Malaysia tidak berada pada tahap yang diharapkan, dalam masa
sama turut mempunyai komitmen ansuran pinjaman bank lebih tinggi,"
katanya.
11. Kenaikan OPR ini juga kuasa
membeli pengguna akan berkurangan disebabkan pengguna terpaksa menggunakan
pendapatan yang ada untuk membayar bayaran pinjaman bulanan lebih tinggi.
12. 2/3 dari B40 terjejas kerana selain
peningkatan membayar pinjaman, mereka
perlu lebih berjimat untuk perbelanjaan lain dan berhadapan dengan tekanan luar
biasa terhadap kenaikan mendadak harga barang. (isu harga barang yang paling
menekan selain OPR)
Amri,
S. A. K. (2023, May 9). OPR bebankan Golongan B40, M40 - Penganalisis.
Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/964952/opr-bebankan-golongan-b40-m40-penganalisis
Ahmad,
M. R. (2022, August 9). Kadar OPR Tidak bebani B40. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2022/08/09/kadar-opr-tidak-bebani-b40/
Azil,
F. (2022, August 9). B40 tidak terlalu terjejas dengan kenaikan OPR -
Mohd Shahar. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/b40-tidak-terlalu-terjejas-dengan-kenaikan-opr-mohd-shahar-375235
No comments:
Post a Comment