Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Program Alternatif Rakyat

-------------------------------------

Calon PAS DUN Sungai Rapat

Penghargaan YB Radzi Zainon kepada semua rakyat DUN Sungai Rapat

Monday, January 09, 2012

Kenyataan Media - ISU SETINGGAN YANG BERLARUTAN DI DUN SUNGAI RAPAT

KENYATAAN MEDIA

8 Januari 2012

ISU SETINGGAN YANG BERLARUTAN DI DUN SUNGAI RAPAT

Rentetan daripada wawancara Sinar Harian bersama Ustaz radzi Zainon yang disiarkan dalam akhbar Sinar bertarikh 4 Januari 2012 (Rabu) baru-baru ini yang mengupas isu setinggan yang belum selesai di DUN Sg rapat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diberi nama Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail Arifin.

Tinjauan susulan telah dilakukan oleh kami yang disertai oleh saya sendiri sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) serta Skuad Basmi Setinggan bersama angkatan medianya. Hasil tinjauan dan ziarah rakyat yang kami jalankan mendapati bahawa retorik Setinggan Sifar yang diutarakan oleh YB Dato’ Hamidah Osman adalah kurang tepat dan ‘belum berjaya’.

Menurut laporan BERNAMA pada 11 Oktober 2011 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat dianggap oleh Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman sebagai kawasan pertama di Perak yang mencapai matlamat ‘setinggan sifar’.

Beliau juga berkata dalam kenyataan media bahawa kejayaan itu susulan keputusan kerajaan negeri yang meluluskan kawasan seluas 7.2 hektar untuk dijadikan kampung tersusun bagi 46 keluarga setinggan dari Kampung Kamariah dan Kampung Pasir Tambahan.

Kami telah meninjau di Kampung Ara payung dan Kampung Teluk Pedang dan mendapati status beberapa puluhan rumah masih belum diiktiraf sebagai sah (tidak bergeran).

Sebagai contoh di Kampung Teluk Pedang sahaja, sekitar belasan rumah yang dibina sejak tahun 1970an belum diberi geran sehingga kini. Kunjungan daripada beberapa pimpinan parti kerajaan sejak rumah dibina hanya dianggap ‘menanam tebu di bibir’ sahaja.

Seorang wanita berusia emas di kampong ini telah berpindah ke kampong ini selepas rumahnya di simpang highway batu Gajah-Gopeng dibina oleh kerajaan dengan mendapat pampasan sebanyak RM 48000. Tetapi selepas berpindah ke kempung berkenaan, status tapak rumah baru masih bertaraf setinggan.

Suami wanita ini yang dikenali sebagai Mat Johor, hingga kini belum mendapat bantuan Baitul Mal walaupun telah 2 tahun membuat permohonan untuk meringankan beban kesakitan kaki yang beliau tanggung. Beliau mengalami kelemahan kaki sejak kemalangan dan memerlukan alat penyokong khas untuk bergerak dan hidup tanpa pendapatan tetap.

Tidak hanya dialami oleh kaum melayu, malah masalah setinggan juga menjadi masalah utama bagi kaum India. Terdapat beberapa rumah kaum India yang tidak mendapat geran walaupun telah mendirikan rumah selama lebih 27 tahun di kampung berkenaan.

Di Kampung Ara Payung yang tidak dinyatakan sebagai sasaran basmi setinggan oleh YB Dato’ Hamidah, sebenarnya masih terdapat banyak rumah yang belum diberi geran. Makcik Rohimah yang telah berada di rumah bersebelahan jalan keretapi sejak berumur 19 tahun dan kini beliau berumur 74 tahun dalam status tanah setinggan.

Beberapa kesimpulan dapat kami buat melalui lawatan ini, antaranya memang terdapat wakil pejabat tanah dan wakil ADUN datang beberapa kali sejak tahun 1970an hingga kini. Akan tetapi majoriti penduduk setinggan mengakui isu kelulusan tanah hanya akan hangat diperdengarkan menjelang tarikh pilihanraya. Ada juga yang tidak mendapat apa-apa surat. Beberapa penduduk mengaku menerima borang 5A dan proses kelulusan yang tertangguh bertahun-tahun. Terdapat penduduk yang mengadu wakil kerajaan kerap datang mengambil keterangan, maklumat dan mengambil gambar namun keadaan masih sama.

Mereka benar-benar mengharapkan kelangsungan proses kelulusan tanah. Jika ada masalah bersangkutan dengan keadaan tanah yang tidak sesuai atau sebagainya, mereka perlukan maklumbalas segera dan tepat bukan hanya melalui jawapan kerajaan melalui media akhbar sahaja. Mereka juga rakyat yang sama seperti penduduk yang tinggal di tanah bergeran yang memerlukan perhatian yang adil daripada kerajaan.

Rata-rata penduduk beranggapan, isu setinggan akan terus menjadi mainan politik UMNO-BN bagi PRU-13 kerana mereka telah ‘lali’ dengan janji manis ADUN kerajaan.

Di sinilah kami akan terus berperanan berjuang atas kebajikan rakyat sama ada kami menang atau tidak berjaya menduduki kerusi DUN Sg Rapat. Ini janji kami kepada rakyat.

Skuad Basmi Setinggan akan terus menyuarakan suara rakyat di samping akan terus menjelajah beberapa kampung lagi untuk meninjau masalah setinggan yang belum ‘sifar’!


Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS)

Radzi Zainon

Pengerusi Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat

Hj Ismail Arifin

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)