gejala isti'jal (gopoh) dan segala penyakit dalam pendakwah berlaku disebabkan pengaruh rakan.
dengan siapa kita bergaul...
dengan siapa kita meluah perasaan..
Ia membentuk sikap dan akhlak berjemaah kita.
Lihat berita di bawah..dengan siapa Dr Hassan berkawan?
Hasan Ali: Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohamed Ali malam semalam.Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS berkuatkuasa semalam itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.
"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.
"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.
Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali.
No comments:
Post a Comment