Sunday, August 25, 2013

Ucapan Perasmian Yb Radzi - 'Pemuda Berkualiti Menjana Kekuatan Ummah'


PEMUDA BERKUALITI MENJANA KEKUATAN UMMAH

Assalamualaikum,

Yang saya muliakan saudara Pengerusi majlis
Yang berbahagia Wakil Jawatankuasa Harian PAS Kawasan Gopeng,
Yang berusaha Ketua dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng bagi sesi 2011-2013,
Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Kawasan 
Jawatankuasa Dewan pemuda Pas Kawasan
Para perwakilan kepimpinan Pemuda Cawangan
Pemerhati dan tetamu yang saya kasihi sekalian.

Bersempena Mesyuarat Agong Dewan pemuda Kawasa Gopeng bagi kali ke-17  Saya diaamanahkan untuk membawa suatu ucapan perasmian yang Insya Allah akan memberi suntikan tasawur dan semangat dalam persidangan syura tahunan Parti islam kita ini.

Tema yang dipilih oleh jawatankuasa tahun ini iaitu 

PEMUDA BERKUALITI MENJANA KEKUATAN UMMAH

Adalah suatu tema yang cukup ampuh untuk menyediakan para kepimpinan muda, amilin dan petugas yang berkualiti baik dari aspek siasah, sahsiah, akhlak, iman, ilmu, amal dan perwatakan yang perlu menjadi peneraju, pioneer dan pencetus dalam apa sahaja perubahan kebaikan dalam masyarakat.

Pemuda berkualti perlu menerajui dan mengetuai kebangkitan, perubahan dan islah ke rah kebaikan dan bukan sekadar ‘mandom’ lesu, pesimis dan malas dalam memimpin masyarakat.

Alhamdulillah, dalam usia hampir 20 tahun lamanya, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng terus istiqamah menggalas amanah risalah dakwah dan perjuangan islah Rasulullah saw., para sahabat dan taabi’in, seterusnya menjadi mata rantai dalam mewariskan perjuangan yang tiada noktah ini. Kita percaya bahawa keterlibatan kita dengan PAS adalah bagi mengisi hidup dengan amal yang soleh dan kebajikan yang berpanjangan, demi mendapatkan keampunan dan keredhaan Allah swt, di dunia dan di akhirat.

Firman Allah;

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka  kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan solat  serta memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta  melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. 
Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” 
(Surah al-Hajj: Ayat 41)  

Generasi pemuda yang berada dalam fasa kemenangan umpanya kita di N43 Sungai rapat ini perlu meneliti ayat ini yang menekankan aspek tanfidz, perlaksanaan dan praktikal mencetus kebaikan, praktikal melaksana syarikat, praktikal menampilkan akhlak dan syiar Islam.

Suka untuk saya menggelar para pemuda yang berkualiti sebagai generasi Nuqaba’. Istilah jamah nuqaba’ ini berasal daripada istilah naqib iaitu fasilitaor, pembimbing, pengasuh dan pemimpin masyarakat.

Nuqaba’ nama sebutan bagi sekumpulan du’at yang memfokuskan
usaha‐usaha mereka untuk membangun dan mengembangkan peribadiperibadi
muslim yang telah dimenangi dan dikumpulkan oleh para‐para duat, menerusi pelaksanaan berbagai‐bagai wasail tarbiah saperti usrah, katibah,daurah ,rehlah, mukhayyam dan lain‐lain aktiviti pembenukan parti.

Bidang kerja mereka ialah pembangunan manusia, mengasuh dan
membimbing mereka dengan matlamat membangun mereka agar menjadi
muslim yang sempurna, soleh dan musleh, berperanan sebagai sebaik‐baik
ummat yang hidup dimuka bumi.

Antara sifat pemuda yang berkualti adalah:

1.Ashabun wa Hawariyun iaitu pemuda yang mengikhlaskan diri untuk menjadi pengamal, pendakwah, dan pembela Islam, tanpa diminta serta siap bila  dan dimanapun juga.

2.Mujahid iaitu pemuda yang secara sadar mengikhlaskan diri untuk bersungguh-sungguh dalam memahami, mempelajari serta mengamalkan ajaran Islam dengan Istiqomah dan siap menjadi penolong sekaligus pembela dalam mempertahankan kebenarannya.

Mujadid iaitu  seseorang yang memiliki wawasan dan antisipasi yang luas dalam meneropong masa depan di sertai dengan kemampuan kendiri  yang kuat sehingga dapat menangkap dan memahami kebenaran, menganalisa isu dan tidak gopoh dengan perubahan suasana. Pemuda yang bersifat mujaddid tidak akan menghela perubahan sehingga merosakkan jamaah, menimbulkan konflik dan kegusaran sesama ahli, sebaliknya mujaddid adalah pembawa perubahan yang berhemah sepertimana Al Banna.


Sepanjang tempoh 17 tahun ini kita telah melalui pelbagai ranjau dan cabaran. Baik daripada zaman kepimpi pernah bangun, bangkit dan berada di puncak kejayaan, kita juga pernah  rebah, jatuh dan tersungkur dalam meniti perjuangan. 
nan siapa sahaja, termasuk semasa saya menerajui Dewan pemuda PAS Gopeng, kita
Tersungkur kita mencium  pasir, terlentang kita minum embun, tetapi direndam kita tidak reput, dibakar kita  tidak hangus, patah sayap kita bertongkatkan paruh, namun mengalah sama  sekali tidak. 

Kita mewarisi jiwa perjuangan kepemudaan yang dirintis oleh tokohtokoh yang dahulunya mereka bangkit menyatakan kebenaran dan menolak  kezaliman. Allah SWT telah merakamkan bagaimana pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan iman dan kebenaran, sanggup menegaskan tauhid di  hadapan pemerintah yang menjuarai kezalim.

Dalam kita bersyura jangan kita lalai dan mengabaikan status malang umat isla di luar sana. Misalnya yang terhangat kini disebalik tragedi berdarah Mesir, ada ibrah yang Dia ingin berikan kepada kita. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mentadabbur surah Yunus. 


“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (10; 107)

Maka kebaikan itu diberikan kepada saudara kita yang syahid di sana. Amin ya Rabb. Mereka hidup disisi Tuhannya.Mereka hidup mulia, mati mereka juga mulia. Tiadalah kebaikan yang dikehendaki melainkan dapat bersama Tuhannya di suatu tempat yang pasti dan tiada noktahnya yakni akhirat yang kekal abadi.

Tidakkah Pemuda PAS Gopeng tidak impikan syahid? Tidakkah kita tdak impikan kemuliaan?

Kemuliaan bidang siasah kita akan itqan dan istiqamah dalam perjuangan Islam. Kita perlu terus mendokong amanah jamaah untuk mempertahankan syariat.

Di peringkat global, dunia masih lagi berada dalam genggaman kuasa-kuasa besar, bekas-bekas penjajah, masih lagi diancam penjajahan bentuk baru, peperangan, perhambaan, penindasan, pemerasan, perkauman yang sempit, kemiskinan, kelaparan, kejahilan dan pelbagai bentuk kezaliman. Majoriti penduduk dunia – sebahagian besarnya terdiri daripada umat Islam yang mencecah angka 1.6 bilion – masih lagi tidak dapat keluar dari berbagai-bagai penderitaan kehidupan yang membelenggu mereka sejak sekian lama. Tragedi Rohingya umpamanya adalah cetusan hasil tangan British pada tahun 1700an dahulu. 

Perjalanan dunia masih lagi dipenuhi kemelut, bencana dan krisis yang silih berganti. Pelbagai mazhab ilhad (sesat) dicetus oleh penjajah umpamanya Qadiani, Bahai, Syiah dan kepimpinan boneka seumpama Saudi dan Jordan misalanya semuanya dicetus penjajah untuk melemahkan dunia Islam.

Dunia masih lagi dikuasai orde lama dan baru yang tidak mampu sama sekali menegakkan keadilan untuk manusia sejagat.

Firman Allah s.w.t:



“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

(Al-Rum : 41)

Peristiwa kejatuhan khilafah Othmaniah pada tahun 1924 merupakan satu tragedi pahit dalam sejarah ummah. Kita kehilangan payung yang selama ini memayungi ummah di seluruh dunia. Selepas kejatuhannya, ummah berhadapan dengan penjajahan dan penindasan yang berleluasa, alam Islam dipecah-pecahkan menjadi berbagai-bagai negara yang lemah, berbeza sistem, pemimpinnya terdiri daripada golongan yang memuja barat atau yang tidak punya kelayakan, umat dilumpuhkan dan hak-hak mereka dinafikan. 

Palestin bertukar tangan. Israel didirikan di tengah-tengah alam Islam. Kewujudannya ibarat duri dalam daging, sebagai pangkalan perang musuh, betul-betul di jantung alam Islam yang telah memisahkan ummah di benua Afrika daripada saudara-saudaranya di benua Asia.

Satu kata pujangga untuk renungan hadirin,

Apa tanda si anak jantan
Anak jantan matinya di tengah gelanggang
Tidurnya di puncak gelombang
Makannya di tebing panjang
Langkahnya menghentam bumi
Lenggangnya mengipas semak
Tangisnya terbang ke langit
Esaknya ditelan bumi
Yang tak kenal air mata
Tak kenal tunduk terkulai


Saya  menyeru di kesempatan ini untuk kita menjadikan wadah mesyuarat agong tahun ini sebagai pencetus idea kebangkitan pemuda dan belia berkualti bertujuan untuk liqiyadatil alam iaitu memimpin dunia kita khususnya bumi Malaysia ini.

Janganlah mesyuarat agong dijadikan medan sengketa dan medan membina puak, medan ini seharusnya medan keinsafan, keghairahan untuk berjuangan dan media kritikal untuk mengaktifkan jentera kepemudaan Islam kita.

Dengan lafaz Bismillah  Saya Radzi Zainon saudara anda seIslam merasmikan mesyuarat Agong Dewa Pemuda PS Kaw Gopeng kali ke-17

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)