Friday, August 23, 2013

Mangsa ISA KEKAL dalam tahanan, suspek kes profil tinggi BEBAS



Mangsa ISA KEKAL dalam tahanan, suspek kes profil tinggi BEBAS
Sistem Polis, kehakiman, pengadilan dan politik negara bertuah ini kian diragui dan semakin muak untuk diulas rakyat. Rakyat yang cakna isu kebebasan dan hak asasi manusia yang sekian dekad melawan akta kejam ISA telah dipermainkan emosi oleh pemimpin negarayang terdiri daripada wakil rakyat parti BN.

Sejurus selepas Perdana Menteri mengumum untuk menghapus ISA  kerana melihat kempen anti ISA tlah menjadi selera besar anak muda dan golongan berpelajaran hari ini, media-media pengampu BN mula memalu gendang kononnya Najib adalah serang yang demokratik dan sudah sampai masanya Malayia melangkah ke era baru sedangkan parti BN yang mengusai Parlimen itu patut memansuhkan ISA lebih awal lagi jika benar ada nyawa dan ruh demokratik dalam kamus politik BN. Ternyata ia suatu tindakan berpura-pura, hipokrit dan sebenarnya merancang untuk menipu rakyat.

Buktinya? Kini rakyat terkena getah apabila janji Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mahu mengumumkan berita baik kepada keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Namun, sehingga saat artikel ini ditulis masih  tiada sebarang tanda bahawa kerajaan BN mahu membebaskan tahanan yang masih kabur kesalahan mereka, sebaliknya dilihat hanya mengguris sensitviti tahanan dan keluarga dengan hanya memberikan janji palsu.

Zahid pada 11 lalu dalam laporan media berkata anggota keluarga kepada tahanan ISA yang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (Langkah-langkah Khas) (Sosma) bakal menerima “berita baik” menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimana dengan kesalahan yang jelas dan mudah difahami kesalahan mereka?
Skrip BN telah lama diketahui ramai sebelum Mahkamah Rayuan membebaskan 2 anggota polis daripada pertuduhan membunuh Altantuya.

Mahkamah membenarkan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Rakyat tahu polis berkenaan hanyalah pak sanggup, mangsa keadaan atau mangsa peras ugut pihak tertentuyang sebenarnya ingin membunuh Altantuya yang semestinya tidak mampu menyeludup keluar bom C4 dan meletupkan jasadnya sendiri.

Kes yang berprofil tinggi sebegini gagal diselesaikan melalui pembuktian polis, melalui mahkamah sivil ciptaan manusia dan seolah-olah kes buntu yang tiada penyelesaian.

Keputusan mantap dan pantas polis menahan selama bertahun-tahun mangsa ISA yang kebanyakannya ditahan atas alasan politik dan bukannya mengancam keselamatan negara kelihatan bercanggah dengan cara ihak berkuasa melayani kes Altantuya.

Sentimen kes Altantuya tidak lagi memberi bekas di hati rakyat Malaysia kerana kelihatannya BN berjaya mengheret keluar kes ini daripada persoalan politik dan dianggap tiada kaitan dengan kepimpinan negara langsung. Usaha kempen BN ini berjaya. Rakyat kian malap dan kelam dalam memahami isu ini. Maka tinggalkan ayah dan keluarga Altantuya mengadu mengelap air mata dan kembali meraung dan  merintih nasib anak mereka yang tiada pembelaan.

Muhammad Nuruddin Bashah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)