KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
25 FEBRUARI 2015
PEMUDA PAS KEDAH MENOLAK KEMPEN GST YANG MENGELIRUKAN RAKYAT
Dewan pemuda PAS Kedah melihat kekerapan iklan meperomosi GST di
televisyen bersifat mempermain fikiran dan penilaian para rakyat dan
pengguna di negara ini kerana ia bersifat kempen yang persuasif
tetapi menyembunyikan fakta yang sebenar.
Baik lakonan artis wanita, pelakon lelaki melayu terkenal sehinggalah
sepasang remaja berbangsa Tionghua ia memaparkan kononnya GST adalah
percukaian yang akan menurunkan harga barang sekaligus seolah tiada
kesan negatif terhadap ekonomi tempatan.
Istilah, cukai kopetetif, efisyen, baik untuk pengeluar, pengilang,
peniaga dan pengguna digunakan tanpa penjeladan yang sewajarnya
memang cukup mengeliru rakyat.
Pihak kami bersetuju dengan Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abd
Rahman, bahawa bagi barang keperluan asas seperti sayur misalnya yang
termasuk dalam kategori GST Berkadar Sifar, tiada alasan bagi peniaga
menaikkan harga barang kerana GST tidak dikenakan kepada pengguna
memandangkan peniaga boleh membuat tuntutan semula cukai tersebut.
Namun peniaga mungkin menaikkan harga barang tertentu dengan alasan
mereka menanggung kenaikan kos bagi barangan yang dikecualikan cukai
dan mereka tidak boleh membuat tuntutan semula cukai.
Bagi barangan yang dikecualikan cukai kenaikan harga mungkin tetap
akan berlaku atas banyak faktor.
Menurut FOMCA juga kenaikan bukan sekadar GST, barangan yang
dikecualikan GST boleh naik jika harga barag menah impot dinaikkan
harga.
Kempen televisyen ini giat dijalankan selepas Perdana menteri
mengumumkan sekitar 56 % barangan dan perkhidmatan akan mengalami
enurunan harga selepas dilaksana GST.
Pihak kami juga menegaskan GST bukan punca untuk
kerajaan membuat duit akibat hutang yang kian meningkat serta
pertunbuha ekonomi yang malap. GST seperti yang dikempen melalui
klip lakonan dua pelakon lelaki bahawa ia tanggungjawab rakyat untuk
meningkatkan ekonomi negara adalah bercanggah dengan kenyataan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan
pada Januari 2014 bahawa perlaksanaa GST bukan untuk membayar bebanan
hutang negara.
Tahun lalu pada Oktober 2014 Ahli Parlimen Gua Musang menyetakan
ketidakwajaran bagi kerajaan Malaysia mengenakan GST jika memang
bertujuan mengaut duit rakyat untuk sama-sama memikul hutang negara.
Mendidik rakyat dengan memahamkan mereka bahawa naik turun harga
hanya dengan pemboleh ubah GST adalah pendidikan ekonomi rakyat yang
tidak sihat. Iklan di televisyen perlu menjlaskan sebab musabab harga
barang naik dan turun bukannya memberi janji manis bahawa pnurunan
harga selepas GST adalah sesuatu yang pasti berlaku.
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah