Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Saturday, March 15, 2008

KEJATUHAN POLITIK PERKAUMAN DI MALAYSIA?


KEPUTUSAN PRU KE-12 PETANDA KEJATUHAN POLITIK PERKAUMAN DI MALAYSIA?

Politik ‘komunalisme’ atau lebih dikenali ramai sebagai politik perkauman adalah satu langkah yang digunapakai oleh mana-mana penjajah sekitar pasca revolusi Perindustrian Eropah (abad ke 19) Politik yang berasaskan pecah dan perintah ini akan mengelakkan masyarakat setempat bersatu padu untuk menentang penjajah.

Lihat sahaja bagaimana BN mewarisi politik sebegini lantaran kemerdekaan hanya akan diberi jika semua kaum bersetuju menjaga kumpulan kaumnya sahaja. Bangsa selain Melayu yang hanya dianggap sebagai perkakas mereka (penjajah) untuk menjajah melayu telah digalakkan berpolitik secara perkauman walaupun tidak secara melampau. Sebelumnya masyarakat Cina telah mengadakan hubungan yang terlalu erat dengan kerajaan China seperti dr Sun yat Sen dan sistem pendidikan yang mirip kepada sistem China yang bercanggah dengan sistem Barat(kapitalis). Jadi, British hanya menggalakkan budaya bangsa setempat iaitu Cina Tanah Melayu, India Tanah Melayu dan Melayu Semenanjung. Orang Cina tidak berkiblatkan China. Orang Melayu tidak ada rangkaian nusantara sebaliknya bersifat kedaerahan. Inilah kejayaan British.

Penjajah berjaya mengelakkan kesatuan antara Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera minoriti yang lain.

Politik ini amat dimusuhi oleh PKMM, PAS dan sebagainya. Politik ini tiada ideologi yang bernas sebaliknya hanya bersentimen semata-mata. Politik ini mudah dirasuki kronisme dan nepotisme seperti yang berlaku kini.

Lihat sahaja bagaimana calon MCA, MIC dan Gerakan yang berteraskan perkauman telah kalah sebegitu ramai sehinggakan dijangka tiada wakil MCA dalam Kabinet PM tahun ini.

Dua hari sebelum penamaan calon, Datuk Seri S. Samy Vellu dengan bangga mendakwa Sungai Siput sebagai kawasan “kubu singa” yang tidak boleh dicabar dengan mudah. Beliau juga pernah mengatakan bahawa pencabar tradisinya boleh menentang beliau sepanjang hayat tetapi tidak boleh menang.

Sehingga kelmarin Samy Vellu penuh yakin yang beliau akan menang mudah di kubu kuatnya itu. Nasib tidak menyebelahi Samy Vellu pada hari beliau sepatutnya menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-72.

Kegembiraan berganda yang diharapkan itu tidak menjadi.

Hari ini, Samy Vellu yang dilihat sebagai pemimpin lantang, kehilangan kerusinya yang dipertahankan sejak ia dimenangi pada pilihan raya umum tahun 1974. Samy Vellu, Presiden MIC yang bertanding di kawasan Sungai Siput sejak 1974 tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. D. Jeyakumar dalam persaingan tiga penjuru.

Kecundang bersama Samy Vellu ialah Timbalannya, Datuk G. Palanivel di tangan Datuk Dr. Zainal Ahmad Ahmad yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Palanivel, bekas wartawan, pertama kali diturunkan pada pilihan raya umum 1995.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini mengakui semakin hilang identiti asal mereka sebagai parti pelbagai kaum dan kini majoriti rakyat hanya melihat Gerakan sebagai satu lagi parti kaum cina selain MCA.

Hakikat ini diakui sendiri oleh Ketua Wanitanya Datuk Tan Lian Hoe dalam satu temubual dengan mStar Online. Lian Hoe mengakui amat sikit iaitu kurang dari 10 % ahli Gerakan terdiri dari orang Melayu itupun setelah parti tersebut berusaha bersungguh sungguh.

Pemimpin parti itu tidak harus menyalahkan media mahupun rakyat kerana mempunyai persepsi tersebut. Malah parti itu harus muhasabah dengan melihat kembali kedudukan mereka yang duduk dalam lubuk politik perkauman,Barisan Nasional(BN). Malah tindakan Gerakan untuk kononnya berunding dengan MCA ke arah penggabungan pada satu ketika semata mata kerana ingin menyelamatkan sokongan kaum Cina kepada BN menguatkan sangkaan bahawa Gerakan kini tidak lebih sebagai alat politik perkauman yang mewakili satu kaum.

Gerakan yang merupakan sebuah parti berbilang kaum diasaskan bersama oleh Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alattas, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Dr J.B.A Peter, Tun Dr Lim Chong Eu, Prof Wang Gangwu dan bekas pemimpin Parti Buruh V. Veerapan pada 1968.

Di bawah pimpinan Syed Hussein, Gerakan berjaya memenangi beberapa kerusi penting di beberapa negeri di utara Semenanjung, terutama di Pulau Pinang, dalam pilihan raya umum 1969. Parti itu bagaim

anapun menyertai BN pada 1972 dan semenjak itu Gerakan hilang identiti sebagai parti perbagai kaum yang memperjuangkan konsep bangsa Malaysia.

Gerakan sebagai sebuah parti yang bermula dengan ideologi dan matlamat perjuangan yang jelas dan kuat malangnya tenggelam dengan semangat politik perkauman sempit seleps menyertai BN. Jelas penggabungan dalam BN adalah warisan pentadbiran penjajah iaitu pecah dan perintah berasaskan kaum. Semenjak dijajah rakyat di bumi ini dipecah - pecahkan berdasarkan kaum kerana dengan itu rakyat akan melemah dan sebarang usaha menyatukan rakyat akan digelar tindakan subversif yang membahayakan dan perlu ditentang. Penjajah amat lega walaupun terpaksa meninggalkan bumi ini kerana semangat anti penjajah yang semakin tinggi tetapi cara pentadbiran mereka (pecah dan perintah) dapat diwariskan dan diteruskan.

Dasar pecah perintah warisan penjajah inilah merupakan penghalang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju yang kuat. Masalah perkauman ini menjadi lebih parah apabila ia menjadi bom masa yang dipergunakan parti - parti perkauman untuk mengukuhkan pengaruh setiap kali menjelang pilihan raya.

UMNO contohnya parti yang amat tinggi semangat perkaumannya hanya memikirkan untuk mengumpulkan sokongan Melayu, untuk itu mereka sanggup menggunakan apa jua cara termasuk membangkitkan semangat anti kaum lain. Begitu juga gabungan parti lain dalam BN. Malah parti gabungan BN di Sabah dan Sarawak lebih parah dengan mewujudkan semangat anti semenanjung. Malangnya semangat perkauman ini diwujudkan hanya untuk mengembeling sokongan bukan untuk memajukan bangsa tersebut.

Ramai penganalisa berpendapat bahawa, GERAKAN perlu kembali menjadi parti berideologi rakyat serta keluar daripada Barisan Nasional demi survival parti berkenaan.


Bagi PAS, kemenangan kerusi bukan menentukan kekuatan parti. Parti yang kuat adalah parti yang memiliki pemimpin berkarisma, ahli yang sanggup bekorban dan cawangan yang meluas seluruh negara. Parti yang kuat tidak memerlukan dana luar untuk kekukuhan partinya. Parti PAS memiliki ideologi yang kuat iaitu Islam dan Wahyu sebagai perlembagaan tertinggi. Inilah beza antara PAS dengan parti-parti yang lain.

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)