Wednesday, March 12, 2008

Benci BN Bukan Sokong BA?


Benci BN Bukan sokong BA?

Sindrom kalih undi yang dikenali sebagai ‘pendulum swing’ dalam PRU ke-12 kali ini cukup memeranjatkan baik pihak BN mahpun jentera BA yang bertungkus lumus juga. Ia begitu jauh dari jangkauan semua pihak. Silent supporter bukan sahaja dikalangan pelbagai kaum tetapi juga pihak pekerja perkhidmatan awam serta pihak keselamatan negara. Undi protes ini walaupun dilihat sebagai tuah datang bergolek kepada penyokong BA, namun beitu analisa yang adil demi tindakan susulan yang jitu perlu jugaa diberi perhatian.

Menurut Tun Dr. Mahathir, berdasarkan pengamatan peribadinya, golongan muda terutamanya terasa tertekan dengan dasar-dasar awam kerajaan, tiada bonus bagi pekerja awam, WPI yang membazir, projek koridor yang tiada manfaat kepada masyarakat serta kos sara hidup yany meningkat menyebabkan undi ‘swing’ berlaku.

Menurutnya lagi UMNO dan BN kelihatannya diperintah oleh sekelompok keluarga dan kronisme kelihatan terlalu ketara walaupun sememangnya kita mengetahui amalan kronisme adalah amalan resmi Bn da komponennya.

Rakyat jelak hinggakan lupa segala jasa pembangunan kerajaan BN kepada mereka, mereka cukup tertekan disamping karismatik Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apakah yang perlu BA lakukan untuk menerima hepotesis sebegini?

Perkara maha penting ialah BA perlu menggunakan cara akulturasi untuk menerapkan budaya dan norma baru menggunakan kuasa mereka. Budaya akibat dilanda tsunami BA perlu dirasai seperti taraf hidup yang selesa, keharmonian kaum, tahap pendidikan, kebajikan yang terjaga dan marhain yang terbela di segenap strata masyarakat.

Mereka perlu teguhkan imej kebajikan, sosialistik, keadilan dan kemakmuran bersama melalui program akar umbi yang berkesan. Sebagai contoh

  • Pusat perkhidmatan YB BA perlu dibina diseluruh kawasan yang dimenangi dan adakan SU tetap untuk kerja-kerja selenggaran masyarakat yang diwakilinya disamping sibuk dengan agenda nasional di KL.
  • JKK dan penguasaan masjid perlu dilakukan secara halus dan saksama. Masjid perlu diimarahkan semula dengan kulaih dan ceramah yang bermanfaat. Pengajian kitab-kitab diperluaskan. Masjid sebagai sumber ilmu dan perpaduan umat dijalankan secara meluas tanpa diskriminasi. Penceramah yang digam bolehlah dijemput kembali.
  • Lawatan kerap setiap bulan ke kawasan yang diwakili perlu dilakukan disamping menunaikan jaji-janji kepada rakyat dan bukannay janji-janji kepada kroni seperti rekod lama BN.
  • Jangan menggunakan apparatus kerajaan sebagai alat dan komoditi parti mereka. BA perlu adil dan menjadikan harta kerajaan sebagai harta kerajaan bukan hak milik BA.

Jika disiplin ini dilaksanakan meluas, insya Allah penacapan imej baik dan nama yang baik akan terlaksana secara perlahan-lahan. Ianya boleh menghilangkan trauma rakyat kepada BA (akibat dakyah BN selama ini) serta menghilangkan rasa kebergantungan rakyat kepada BN yang dianggap segaala-galanya terutama oleh masyarakat Pulau Pinang.


Adalah penting bagi BA agar masyarakat yakin dengan ideologi dan matlamat BA labih daripada sekadar memberi undi tanda marah kepada BN semata-mata. Jangan BA sekadar menjadi menangguk di air yang keruh. BA perlu diterima secara mutlak oleh rakyat !!

1 comment:

safiyyah_hatim said...

idea yg bagus....klu dpt dipraktikkan mmg dpt senyapkan mulut "pembangkang" baru kt 4 negeri tu

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)