Sunday, March 09, 2008

Kira semula Undi Balik Pulau



9 Mac 2008 – Kompleks Sukan Balik Pulau

Suasana kelihatan hening selepas beberapa jam dewan kompleks ini gemuruh dengan gegak gempita suara rakyat Balik Pulau yang inginkan pengiraan undi semua untuk 3 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ( DUN Teluk bahang, DUN Pulau Betong dan DUN Bayan Lepas). Keraguan yang muncul sejak kemunculan undi pos dan keraguan di beberapa saluran disamping kemenangan BN di 3 Dun ini yang hanya mencapai 4 % menyebabkan proses bantahan ini sah mengikut undang-undang.

Selepas beberapa jam menanti sejak pukul 9 malam, SPR didesak untuk mengisytiharkan keputusan secepat mungkin dengan bantahan. Setelah didesak, SPR hanya mengisytiharkan kemenangan kerusi Parlimen P-53 Balik Pulau disandang oleh Saudara Yusmadi Yusuf daripada PKR, serta kekalahan di 3 DUN berkenaan secara tergesa-gesa tanpa menghiraukan bantahan yang dilakukan.

Dr. Mansur (Mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang)yang juga merupakan calon N-39 Pulau Betong, telah mendesak Pegawai Pengurus Pilihanraya Balik Pulau En. Hassan Saad untuk mengisytihar semula keputusan selepas diadakan pengiraan semula.

Sejak semalam, tiada seorang penyokong, wakil calon mahupun calon-calon BN yang muncul kerana sedar akan kekalahan mereka.

Kini keheningan di seluruh dewan, lantaran seluruh jentera Barisan Alternatif sabar menanti kehadiran SPR untuk masuk ke pentas pertarungan semula. Petugas PAS dan PKR sabar menanti sejak pukul 9 malam tadi hingga kini jam 12 tengahari. Tahniah. Lawan tetap lawan !!!!


No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)