Tuesday, March 18, 2008

Kerajaan Pulau Pinang, isytiharkan harta !!


Gerak mahu anggota Kerajaan Pulau Pinang istihar harta

PULAU PINANG, 18 Mac (Hrkh) - Kerajaan baru Pulau Pinang pimpinan DAP wajar mengistiharkan harta sebagai syarat awal membuktikan kerajaan pilihan rakyat bebas daripada semua kes rasuah dan sebagainya, kata Penyelaras Gerakan Demokrasi dan Anti Kurapsi (Gerak) Pulau Pinang, Aminah Abdullah. -->-->
Jelasnya, pengistiharan harta merupakan jalan terbaik bagi menambah kepercayaan rakyat kerana selama ini rakyat dibohongi oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kononya pemimpin BN bersih dari seberang skandal membabitkan kemewahan.
Walhal, kepimpinan BN mempunyai harta benda dan kekayaan di luar negara serta rumah mewah di luar pengetahuan rakyat sejagat.
"Tidak salah kepimpinan kerajaan baru mengistiharkan harta masing-masing kerana ia boleh membantu menambah keyakinan rakyat sekaligus meningkatkan keharmonian antara pemimpin dan rakyat yang selama ini terabai," tegasnya ketika dihubungi.
Kerajaan yang telus jelas beliau, amat ditunggu oleh rakyat sekarang kerana selama ini mereka asyik dijanjikan hidup dalam sejahtera, aman dan makmur walhal kerajaan sendiri ketirisan dalam banyak hal terutamanya membabitkan projek pembangunan.
Ada setengah pembangunan berat sebelah dari segi kedudukan kaum, terlalu mahal dan paling getir sampai kini terbengkalai.
Bila disiasat ada sahaja masalah yang timbul seperti penyelewengan, tidak mengikut saluran pembangunan yang betul dan rasuah.
Kejadian seumpama ini membuatkan rakyat tidak yakin untuk membantu kerajaan.
"Kita khuatir pembangunan yang berat sebelah akan meletakan kerajaan tidak seimbang yang akhirnya jatuh kembali, " ujar beliau.
Kerajaan yang baru dibentuk juga jangan sekali-kali mengulangi kesalahan kerajaan lalu kerana membiarkan rasuah begitu bermaharajalela sehingga menular menerusi bawah meja atau cara terkini menerusi akaun individu.
Fenomena ini katanya, pasti akan menduga kestabilan politik kepimpinan kerajaan negeri yang baru, jadi untuk menghalang kejadian buruk itu mereka kena laksanakan tugasan dengan amanah dan bersungguh. - mr

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)