Saturday, March 19, 2016

KRONOLOGI ISU RM 2.6 billion (USD 700 juta) PM Susunan semula-Lajnah Strategik DPPN Kedah


KRONOLOGI ISU RM 2.6 billion (USD 700 juta) PM
Susunan semula-Lajnah Strategik DPPN Kedah
Objektif:
  1. Sebagai bank kebobrokan dan kebejatan korupsi kerajaan BN
  2. Sebagai bahan tambahan dan maklumat berserta rujukan tarikh, sumber untuk kegunaan media para pimpinan, pendakwah, aktivis parti.


Kronologi Derma 2.6 Billion

Rentetan siasatan terhadap aliran wang keuntungan dan modal 1MDB pada 2 Julai 2016 Wall Street Journal telah mengeluar kenyataan berkaitan kewujudan wang RM 2.6 billion dalam akaun PM1. WSJ mengaku memiliki bukti dokumen dan transaksi bahawa USD 700 juta atau RM2.94 bilion di masukkan ke dalam 2 akaun peribadi Najib Abdul Razak di AmBank Islami2c.

Respon kepimpinan Malaysia:
  1. Diam (sekitar 2 hari tiada jawapan daripada pemimpin negara)
  2. Akaun itu tidak wujud3.
  3. 14 Julai 2015, Husni Hanadzlah : Tuduhan tidak berasas dan tidak betul4
  4. 30 Julai 2015, Ahmad Maslan : Tiada wang masuk akaun Najib5
    1. menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
    2. “Tidak betul. Tidak ada pengaliran wang dan Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi.
  5. Ejaan nama Najib Razak oleh Sarawak Report adalah silap6.


  1. PM kata - Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi7.
  2. Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah 5 Julai 2015, Zahid Hamidi : Najib Razak perlu saman Wall Street Journal WSJ kerana ia babit maruah kepimpinan negara8
  3. PM kata akan saman WSJ pada hari Selasa9. (Hingga kertas ini disediakan tiada saman dikeluarkan)
  4. Yahudi sedang menyerang Malaysia10.
  5. 10 Julai Ahmad Maslan- Adalah bodoh jika Najib Razak guna duit kerajaan untuk diri sendiri11.
  6. 1 Ogos 2015, Rahman Dahlan : Mula bercakap mengenai derma kepada parti yang mana dan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti12.
  7. SPRM kata RM2.6 bilion itu adalah Dermabukan duit 1MDB13 (Malaysiakini 3 Ogos 2015)
  8. Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah dan telah berjumpa dengan mereka14. ( NST 7 Disember 2015)
  9. 30 Julai Tun Faisal kata- Najib berhak untuk merahsiakan derma15.
  10. 1 Ogos 2015, Azalina Othman : Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar16
  11. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kata Pembangkang perlu isytihar Penderma dan keengganan pembangkang telah dijangka17 ( Sinar Harian 9 Ogos 2015)
  12. PM kata - Penderma mahu masukkan RM2.6b ke akaun peribadi18. (Sinar Harian 8 Disember 2015)
  13. Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu19. (banyak blogger UMNO/pemimpin keluar ayat ini cuma disertakan link satu sahaja)
  14. Ahli MT UMNO, Sharkar Shamsuddin pula berkata, Najib dan UMNO menjadi sasaran konspirasi asing adalah bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara in memandangkan parti itu memiliki 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya mempunyai 21 kerusi saja.
  15. SPRM kata identiti penderma berkenaan tidak dapat didedahkan20.
    1. Terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.
  16. Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan
  17. Zahid Hamidi kata- Duit itu guna untuk 3 sebab utama21 (Sinar Harian 22 Ogos 2015)
    1. Pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan ISIS yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.
    2. Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.
    3. Ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum
  18. Aziz Kaprawi jelas - duit itu guna untuk melawan DAP yang dikatakan dapat dana Yahudi22. (Astro Awani, Malaysiakini 23 Ogos 2015)
  19. Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
  20. Red Herring- BERSIH dipersalah juga kerana menerima duit derma23
  21. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii kata - jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu24
  22. Zahid Hamidi pada Julai 2015 berkata Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma25, Ketua Pegawai Pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang menyumbang RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri. ( Raja Abdullah yang sudah mangkat pada 23 Januari 2015?)
  23. Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan
  24. ada plurals penderma, bukan seorang penderma
  25. Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan umno.
  26. Mahyudin jelaskan Najib memberitahunya, beliau tidak mahu Umno terjejas sekiranya isu ini menyebabkan parti diheret ke mahkamah kerana sedar saluran wang mungkin salah di sisi undang-undang. PM kata duit itu bukan untuk 1MDB tapi untuk parti26. (Sinar Harian 8 Disember 2015)
  27. Pihak 1MDB kata WSJ mahu jatuhkan Malaysia27 (Malaysiakini 29 Disember 2015)
  28. Kata Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail Ketua Penerangan UMNO Selangor, Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah28.
  29. SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang29. (Malaysiakini 10 Dis 2015)
  30. Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak30. (Malaysiakini 27 Januari 2016)
  31. Menteri Saudi tak fikir RM2.6b tu sumbangan31 (Malaysiakini 6 Feb 2016)
    1. Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan berkata wang itu adalah daripada "pelaburan" yang tidak dinyatakan.
  32. RM 2.03B telah di pulangkan kembali kepada keluarga diraja arab32. ( 26 Januari 2016)
  33. Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti33. (Astro awani 26 Januari 2016)
  34. Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam (LHDDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar kata PM terima derma tidak perlu cukai-tidak tertakluk untuk membayar cukai pendapatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya dari seorang putera Saudi34. (Malaysiakini 16 Feb 2016)


Fakta tambahan

  1. Mengapa dan kenapa Datuk Seri Najib Razak begitu sukar untuk menjelaskan daripada hari pertama duit sejumlah RM2.6 bilion adalah derma yang masuk ke akaun bank miliknya sendiri? Mengapa baru sekarang Selepas sebulan lebih berlalu?
  2. Di mana duit derma RM2.6 bilion pergi sekarang?
  3. Pembangkang Malaysia sudah bersedia untuk mendedahkan penderma mereka, jadi rakyat Malaysia mahu tahu siapa penderma umno yg baik hati itu?
  4. Jikalau duit itu legit, adakah jumlah tersebut sudah diisytihar ke LHDN?
  5. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara? Adakah BNM ada siasat punca dan tujuan kemasukan duit RM2.6 bilion tersebut?
  6. Duit derma RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak, sudah “declare” kepada SPRM atau tidak? Bila tarikhnya?
  7. Mengapa akaun bank Ambank Najib Razak tiba-tiba ditutup?
  8. Jikalau betul betul derma, Najib tidak perlu konar sana sini, arah siasat situ sini, tangkap/pecat/naikkan pangkat orang itu orang ini.




2 2 Julai lalu, Sarawak Report dan akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan siasatan Pasukan Petugas Khas mendapati Tanore Finance Corporation melakukan dua pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank berjumlah AS$681 juta pada 21 dan 25 Mac 2013.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)