Wednesday, February 13, 2013

ADUN Sg Rapat perlu tinjau luar pejabat sendiri


Beberapa informer rakyat memberi gambar berkaitan isu sekitar DUN Sungai rapat kepada pihak Media Sungai Rapat. 

Gambar di atas kelihatan seorang warga tua Islam yang menyara hidup dengan membaiki kasut. Beliau hanya menggunakan pondok kecil yang tidak mampu melindungi beliau daripada ribut dan hujan.

Pondok membaiki kasut lelaki ini hanya bersebelahan Megoplex Medan Gopeng yang juga berdekatan dengan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sungai Rapat.

Tujuan tulisan ini disediakan agar pihak ADUN cakna dengan kepayahan rakyat sendiri memandangkan asal pembinaan Megoplax adalah untuk membantu peniaga Islam dan Melayu. 

Kini ianya dikuasai 90% oleh pihak Pasaraya Bilion dengan beberapa banyak pintu kedai yang masih kosong tanpa peniaga.

Keluar dan meninjau sendiri kawasan luar pejabat adalah contoh kepimpinan yang diingini rakyat.





Rakyat juga tertanya-tanya apakah tujuan Khemah bertulis DUN Sungai Rapat ini diagihkan. Adakah untuk peniaga bumiputera? Atau kepada pihak tertentu, atau ianya adalah SKIM Bantuan bumbung percuma kerajaan BN?




Muhammad Nuruddin Bashah
MEDIA Sg Rapat



No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)