Sunday, February 17, 2013

Gangguan UMNO di ceramah Seri rahmat


9 Feb 2013- Seri Rahmat

Ceramah Kelompok dan tayangan slide penrangan telah diadakan di rumah Ketua UPU Seri Rahmat. Tayangan dimulakan dengan penjelasan slide isu-isu negeri Perak oleh Muhammad Nuruddin Bashah serta tayangan beberapa video sementara menanti kehadiran Ustaz radzi Zainon sebagai penceramah penutup.

Malang separuh jalan ceramah terpaksa dihentikan kerana kehadiran seorang SB mengatakan bahawa ada report gangguan oleh seorang 'penyokong UMNO' berdekatan rumah berkenaan.

Belum pernah mana-mana certamah dan lawatan YB-YB UMNO dilapor polis oleh PAS memandangkan negara ini negara demokrasi selagi mana ceramah berkenaan tidak biadap dan terlalu mengganggu.

Ustaz Radzi hanya sempat memberi tazkirah ringkas sahaja disusuli dengan taujihat semangat oleh Cikgu Nazri bekas AJK UMNO Gopeng.

Beberapa ahli UMNO mungkin berdendam dengan tindakan ajka surau yang tidak membenarkan YB Hamidah berucap semasa kunjungan Sheikh Mohd Nor ke sana semasa Maulid Rasul sebelum ini.

Dalam masa yang sama YB Hamidah sedang berceramah di kampung yang sama dan dikatakan sedang memberi syarahan kepentingan menjaga 'nama Allah'.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat











No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)