Wednesday, January 16, 2013

Pemimpin yang saya kagumi...


Semalam 15 Januari 2012, Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi telah hadir berkunjung ke Kawasan Gopeng.

Beliau dijadualkan akan berceramah di UPU Pengkalan Pegoh, DUN Sungai Rapat yang dianjurkan oleh UPU berkenaan. Saudara Anuar Ibrahim selaku ketua UPU cukup berbangga dan menyuarakan kegembiraannya apabila berjaya membawa Ustaz Tantawi ke tempat beliau.

Sebelum berceramah beliau telah menyampaikan taujihat, motivasi perjuangan di Markaz PAS Kawasan Gopeng...

Beliau menekankan peranan Allah sebagai faktor kemenangan dengan memberi pelbagai contoh dan misalan. Kejayaan PAS pertahan Kelantan pada 2004 dengan kelebihan 1 kerusi dengan hanya 2 undi majoriti membuktikan Allah telah membuka hati 2 guru bertugas di Sabah untuk pulang mengundi di DUN Selinsing.

Saya mengenali beliau sejak beliau balik dari Mesir lagi. Tulisan beliau yang berkisar dengan corak tarbiah dan pembinaan jundi amat memikat saya untuk terus mengeledah blog-blog beliau. Saya cetak dan jilidkan, malah masih tersimpan hingga kini.

Pada suatu ketika semasa Seminar Ke Arah Memahami Paradigma Ahli Sunnah Wal Jamaah (4 Februari 2006) yang dianjurkan di Auditorium Utama UIA Gombak, saya membawa beberapa orang anak buah untuk menyertai seminar berkenaan. Di sanalah saya pertama kali bersua muka dengan beliau. Dalam seminar itu saya bertanyakan soalan dan memberi komentar berkenaan kepentingan pengangkatan aqidah aliran pemikiran Tahawiyyah untuk membela Ahli Sunnah.

Semasa makan tengahari beliau beratur di belakang saya dan mengucapkan tahniah sambil mengatakan awlawiyat sekarang bukan lagi berbahas isu konflik khilaf klasik semata-mata. Kesesatan ahli sunnah utama adalah pemikiran Islamisasi seperti Islam Hadhari yang mencemar serta sekularisme yang merosakkan.

Beliau mengajak saya menjadi penganalisa, R&D bersama beliau untuk beliau bangunkan beberapa siri penulisan berkenaan isu ummah. Semasa itu beliau masih bertugas di DPP Pahang.

Sehinggalah beliau menjadi Tim Ketua Pemuda PAS, saya masih memberi sumbang saran dan kajian untuk sama-sama dimanfaatkan. Walaupun saya menjadi ahli jawatankuasa AKP di bawah seliaan beliau, saya jarang boleh hadir atas kekangan wang, masa dan tumpuan saya di peringkat kawasan.

Semasa beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia juga saya jarang dapat hadir ke mesyuarat Lajnah Politik di bawah beliau sehinggalah saya mengambil keputusan untuk hanya menjadi pembantu 'research, kajian statistik dan analisa isu' sahaja  untuk kegunaan jihad beliau. Beliau menulis amat pantas dan mampu membaur fakta-fakta yang diberikan untuk dijadikan tulisan lebih baik dan ucapan yang lebih bernas.

Sepanjang menyumbang idea, sebarang saranan, fokus kajian dan penulisan yang diberi oleh beliau telah melatih saya dan saya mengambil banyak manfaat apabila berinteraksi dengan beliau.

Semalam isteri saya, Wardah binti Abd Rahman yang banyak mengetahui 'urusniaga' saya bersama beliau meminta saya serahkan Muhammad Yusuf untuk didoakan oleh Ustaz Tantawi. Tiada apa yang lebih membanggakan kami melainkan anak kami didukung oleh pejuang Islam yang juga bergelar sebagai ulama'. 

Semoga Allah merahmati perjuangan beliau. Doa kami dari kami sekeluarga.

Muhammad Nuruddin Bashah


Buku yang ditulis beliau dalam bentuk motivasi jihad yang ringkas tetapi bermanfaat. Setiap bait kata boleh dijadikan selingan dalam usrah. Saya juga mengambil tandatangan beliau....dah macam artis dah Ustaz semalam.


Yusuf dan Ustaz Tantawi...



Al-Fatihah, innalillahiwainnailahirojiun...
PAS khususnya caw Pas Pengkalan Pegoh Gopeng mengucapkan takziah kpd keluarga Allahyarham Ahmad Fuad yg meninggal dunia semasa menghadiri program ceramah Ust Nasrudin Hassan At Tantawi yg kami anjurkan. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama2 para syuhada & siddiqin. Ameen

ada penyokong UMNO komen kes semalam dalam FB Ustaz ...





No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)