Wednesday, January 16, 2013

Sambutan luar biasa Dialog Suara Rakyat di Desa Perlancongan



Sungai rapat - 13 Januari 2012
Kehadiran penduduk taman Desa Perlancongan dan sekitarnya yang luar biasa jumlahnya amat mengejutkan Bakal Calon DUN Sungai Rapat semasa beliau menjadi salah seorang panel dalam  Dialog Suara Rakyat di Perkarangan Markas PAS Cawangan Desa Perlancongan.

Menurut beliau program yang dianjurkan saban tahun oleh Unit Penerangan MTD Sungai rapat selalu mendapat sambutan yang baik tetapi kali ini sambutannya luar biasa ramainya.

Menurut Mejar (B) Yaakub Pengerusi UPU Desa Perlancongan, semangat himpunan HKR pada 12 Januari sehari sebelum dialog tersebut telah menyuntik semangat rakyat untuk bersama mendengar amanat dan penerangan pemimpin.

Dialog ini dimoderator oleh Muhammad Nuruddin Bashah dengan saf panel seperti YB Dr Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng, YB V Sivakumar ADUN Tronoh dan Spekaer DUN Pakatan Rakyat serta Ustaz Radzi Zainon.

YB Dr Lee selaku ahli Parlimen juga mengucapkan terima kasih kepada penyumbang hadiah untuk cabutan bertuah kerana sumbangan mereka menarik minar rakyat untuk mendengar walaup0un sumbangan Pakatan rakyat tidak semewah wang yang ditabur oleh BN.

Tahun 2013 dimulakan tirai oleh Pakatan rakyat Gopeng dengan menganjur forum yang dihadiri oelh pelbagai kaum dan dismapikan oleh penceramah pelbagai kaum. Inilah perbezaan besar program anjuran Pakatan Rakyat dengan anjuran BN di Gopeng yang memisahkan rakyat pelbagai kaum. Malah jarang BN menampilkan 3 kaum dalam forum mereka kerana didikan perkuauman mereka semakin menebal walaupun menjelang PRU-13 ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat


















No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)