PELAJAR ILHAM PERAK TEKAD
TEKUNI ILMU MENANGKAN ISLAM
Sungai Rapat- 20 Januari 2013
Kuliah pertama program Diploma
Tasawur Islam bagi sesi 2013 telah diadakan di Markaz ILHAM (Institut Latihan Kepimpinan Dan
Pengkaderan Dakwah Islamiyyah) Gopeng.
Program rutin tahunan yang
mensasarkan suatu bentuk pentarbiahan, pendidikan berterusan bagi kepimpinan
PAS kali ini mencapai lebih 30 orang peserta termasuk peserta yang tidak dapat
hadir pada kuliah kali pertama.
Jumlah peserta daripada
Kawasan Gopeng seramai 19 orang, Kawasan
Kampar 4 orang, Kawasan Lumut 5 orang, Kawasan Ipoh Barat seorang, Kawasan Ipoh
Timur 6 orang, Kawasan Teluk Intan seorang, Kawasan Tambun 4 Orang dan Batu Gajah seorang peserta.
Menurut Pendaftar ILHAM Negeri
Perak YM Raja Mohd Yusuf bin Raja Abd
Hamid yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng, silibus pengajian
Diploma Tasawur Islam ini meliputi pengajian asas ilmu islam yang diselitkan
elemen pergerakan Islam (Haraki) serta dikaitkan dengan konteks politik dan senario
negara semasa.
Antara sebab peserta
diwajibkan terdiri daripada ahli PAS adalah kerana perbincangan dan latihan
serta kerja tugasan (assignment) adalah kerja lapangan yang melibatkan kegiatan
dakwah dan politik parti.
“Lantaran itu kita menolak
tuduhan blogger UMNO yang mengatakan pengajian ILHAM adalah pengajian kroni PAS
atau pengajian syok sendiri. Jika UMNO berkemampuan, mengapa mereka tiodak mengadakan
sIstem latihan dan pengajian seumpama ILHAM sedangkan UMNO telah memiliki sayap
ulama’ Muda. Bukankah mereka boleh mengajar hadis-hadis kepada pemimpin UMNO?”,
tegas Raja Mohd Yusuf semasa sesi taklimat Pendaftar.
Semua pelajar ILHAM ditekankan
untuk mengikhlaskan hati serta berniat menuntut Ilmu untuk memenangkan Islam.
Ilmu agama dan ilmu asas tauhid, ilmu fiqh, ilmu siasah syariyyah, ilmu ekonomi
adalah antara ilmu yang diperlukan untuk menghasilkan petugas PAS yang bijak,
bermaal sahih dan membuat keputuisna yang tepat dalam menghadapi konflik.
Pensyarah ILHAM juga
menegaskan tujuan ILHAM bukan mengejar pengiktirafan atau digunakan sijil
diploma untuk tujuan mencari kerja atau sebagainya. Ya diploma ini tidak
diiktiraf mana-mana majikan atau institusi pekerjaan tetapi sijil diploma ini dikeluarkan bagi menghargai usaha pelajar
menekuni ilmu, menghadiri kuliah, menyiap tugasan dan menjawab soalan peperiksaan.
Inilah cara PAS menghargai ketekunan ahlinya
yang ingin menambah ilmu sekaligus menangkis tuduhan bahawa PAS jamaah yang
tiada tarbiah (pendidikan).
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPP kawasan
Gopeng
No comments:
Post a Comment