YB Hamidah cuba mencari pengaruh di surau-surau
25 Januari 2013 – Seri Rahmat
YB Datuk Hamidah kelihatannya
mulai cuba mencari pengaruh di majlis-majlis ilmu termasuk majlis anjuran
surau-surau kerana memerlukan sokongan untuk Pilihanraya kali ke-13 tahun ini.
Kerajaan Barisan Nasional yang
teraksa membubar Parlimen pada selewatnya 24 April 2013 kali ini penuh sejarah
kerana pertama kali Perdana Menteri Malaysia gagal menujum tarikh sesuai untuk
membubar Parlimen lebih awal. Maka YB-YB diperingkat akar umbi kelihatan mulai
resah tambahan pula YB Datuk Hamidah kedengarannya bukan calon pilihan di DUN
Sungai Rapat.
Gambar ihsan : Sungai Rapat Online |
Pada 25 Januari yang lalu penganjur Ceramah Sambutan Maulidurrasul
1434H di Surau An-Naim Kampung Seri Rahmat Batu Gajah dimaklumkan oleh pihak
penyokong UMNO bahawa YB Datuk hamidah akan hadir ke ceramah berkenaan.
Adalah difahamkan beliau cuba
meminta penganjur untuk member ucapan sepatah dua kata tetapi tidak dibenarkan
oleh penganjur kerana faham benar apakah bentuk ucapan yang bakal beliau
lontarkan.
“ kami anjur bukan dengan
kerjasama UMNO kenapa perlu hadir dengan kereta-kereta UMNO skuad Kasih saysng dan
sebagainya adakah beliau ingin menunjukkan program itu atas dana UMNO?” lontar saah
seorang warga emas di Kampung berkenaan selain meminta nama beliau dirahsiakan.
Ada pihak meminta agar Radzi
Zainon turut hadir agar kedua pihak yang pernah bertarung di gelanggang
demokrasi tahun 2008 itu bertemu dan beramah mesra namun Radzi memaklumkan agar
jangan diganggu kehadiran YB Datuk Hamidah.
“Walaupun beliau pernah
menghalau pemimpin rakyat (YB Dr Lee Bon
Chye dan Radzi Zainon) di majlis Dialog bersama Penduduk Taman Pegoh
Aman, tunjukkan bahawa rakyat yang tidak menyukai beliau juga ada adat dan
akhlak Islam. Jangan bersikap buruk sepertimana sikap beliau kepada pihak lain”,
ulas Radzi lagi bila ditanya pandangan beliau.
“Saya berharap beliau lebih
proaktif dan turun bertemu kesusahan rakyat lebih kerap bukan sekadar apabila
ada majlis tertentu untuk menunjuk muka. Terlalu banyak isu kebajikan di Batu Gajah yang belum beliau selesaikan malah hanya bereaksi selepas kehadiran Pusat
Khidmat PAS Sungai Rapat” tambah beliau.
Memetik ayat blogger UMNO
Sungai Rapat online ”Saya agak tertarik kerana YB Dato Hamidah Osman Adun
Sungai Rapat, Ketua Kampung Seri Rahmat dan Ketua Umno Cawangan Kampung Seri
Rahmat turut hadir bersama-sama penyokong Pas yang lain dan mampu duduk sebari
dengan mereka. Sudah lama saya terlalu teringin melihat kerjasama sedemikian
kerana siapa lagi yang akan mempertahankan Agama Islam, jikalau bukan umat
Islam sendiri. Bangsa lain hanya mahukan umat Islam berpecah-belah supaya
senang mereka menakluki negara Malaysia dimana Agama Rasminya adalah Agama
Islam”. (http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2013/01/ketepikan-fahaman-politik-demi-agama.html)
Perlunya nasihat ini diberikan
kepada pemimpin UMNO agar selalu menghadiri majlis ilmu di surau-surau atau di
masjid-masjid dan bukan sekadar menghadiri majlis anjuran pihak lain jika
ikhlas dalam isu persefahaman dan ingin duduk 'sebaris' atas nama Islam.
Namun jika benar YB Datuk
Hamidah ikhlas untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Sheikh
Mohamad Nor Bin Mansor Al-Hafiz malam itu, kita doakan agar beliau mendapat
hidayah dan kekal menghampiri majlis ilmu Allah.
Muhammad
Nuruddin Bashah
Ketua
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat
No comments:
Post a Comment