Monday, January 28, 2013

Rakyat Perak akan bangkit menolak BN dalam PRU 13

Rakyat Perak akan bangkit menolak BN dalam PRU 13
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Penerangan PAS Perak

Rakyat negeri Perak kini menunggu masa untuk membalas kezaliman BN mengguling kerajaan yang mereka pilih apabila konspirasi menukar pendirian beberapa ADUN Pakatan Rakyat pada awal 2009 lalu.
Dengan peningkatan pengundi di Perak seramai 96 710 sepanjang tahun 2008 hingga 2011, ia bukan alasan untuk BN mengatakan majoriti mereka bakal bertambah untuk menguasai Bangunan Perak secara selesa. Dalam persidangan Dewan Negara 25 April 2012 lalu, kita juga maklum bahawa seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu pemilih baru tertinggi di seluruh negara.

BN cukup gelabah dan takut dengan kebangkitan rakyat.
Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak yang diadakan di Seri Iskandar baru-baru ini, dikatakan para HEP beberapa kampus berdekatan Ipoh dan Seri Iskandar melarang mahasiswa mereka untuk hadir malah ada yang diberi amaran lisan. Namun mereka gagal menyekat mata mahasiswa menyaksikan dan menyertai himpunan secara maya kerana mereka memang gagal menyekat media sosial daripada bertindak memberi maklumat kepada anak muda di kampus.

UMCEDEL-4



Cukup meresahkan Zambry dan jenteranya apabila kehadiran di himpunan  tersebut mencecah 20 ribu orang sejak waktu petang lagi. Walaupun hujan turun agak lebat pada sekitar pukul 9 malam kehadiran semakin mampat dan padat!

BN takutkan rakyat yang bijak inginkan perubahan ke arah kebaikan. Di Selangor PM kita berkempen agar membuat perubahan dan meninggalkan Pakatan rakyat. Di Pekan Pahang lain pula bunyinya. Perdana Menteri memberi ‘nasihat’ agar rakyat jangan terburu-buru membuat perubahan yang dikatakan beliau  belum tentu ada kebaikan.

Dalam laporan peraktoday ( http://peraktoday.com/wp/?p=82271 ) pada tarikh 26 Ogos  2012
Perdana Menteri berucap  di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isterinya yang tercinta di Taman Tasik Sultan Abu Bakar.
Kata beliau ada juga perubahan yang dilakukan membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini.

Pelik apabila beliau berkata :
·         “Kita dalam Barisan Nasional bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.
·         “Justeru saya meminta rakyat supaya tidak membuat ‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka,” katanya.

Ini isyarat bahawa BN tidak akan mereformasi akhlak pemimpin, tidak akan berkeras dengan rasuah dan korupsi dan tidak akan berusaha memartabat agama sendiri secara kaffah kerana ia smemangnya bukan teras persefahaman perjuangan BN sebuah kolaborasi parti komunalisme dan perkauman.
Kehadiran puluhan ribu golongan anak muda ke Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) pada 12 Januari lalu di Stadiuam Merdeka dan kawasan sekitarnya telah memberi gambaran jelas dan tepat bahawa anak muda  kini mahukan perubahan pentadbiran dan pemerintahan negara ini.

Walaupun ramai beranggapan dalam beberapa kajian bahawa terdapat penurunan  sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri, namun isu rasuah, salah guna wang dan tender tidak telus, projek membazir, isu tanah rezab tergadai, retorik AmanJaya yang tidak memberi impak kepada anak muda menyebabkan anak muda Perak bakal menunjukkan kuasa undi mereka yang pasti mengejutkan BN.
Kajian oleh Zentrum Future Studies mengenai perkembangan politik di Perak mendapati menteri besar yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebenarnya  terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak malah amat disanjungi oleh anak muda. Wujudnya persefahaman kuat dalam Pakatan untuk menobatkan Nizar sebagai MB cukup meyakinkan rakyat untuk memberi mandat kepada Pakatan Rakyat sekali lagi.

Lebih membanggakan daripada kajian yang dijalankan oleh Zentrum di Perak jelas menunjukkan orang-orang Cina tetap tidak berganjak daripada terus menyokong Pakatan Rakyat. Ini sememangnya satu petunjuk yang cukup baik kepada Pakatan Rakyat.

Kajian pada 2010 mendapati sokongan orang Cina terhadap Pakatan Rakyat di Perak terus kekal sebanyak 40 peratus.

Pakatan Rakyat hanya perlu menarik sokongan 20 peratus sahaja dari orang Melayu bagi membolehkan Pakatan Rakyat memerintah di Perak, manakala angka sekecil itu bukanlah sesuatu yang sukar dicapai jika usaha yang dilakukan itu berjaya menarik perhatian orang Melayu.

Rakyat Perak bukan rakyat bodoh dan tengin! Mereka juga membaca, berdiskusi malah cakna dengan isu-isu semasa terutama yang meibatkan suvival bangsa melayu dan agama Islam bagi kaum Melayu, manakala isu berkenaan keadilan hak bagi kaum bukan Melayu.



Menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam pembentangan kajian mengenai pengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 menekankan isu integriti dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) antara punca utama akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Pendedahan ini menyebabkan media sosial UMNO dan BN menggelarkan pengarah UMCEDEL sebagai alat kepada Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, juga menulis dalam blog beliau menggesa supaya semua rakyat Malaysia melihat isu yang timbul sekarang sebagai sebab untuk menolak kerajaan yang dipimpin BN dan menukar kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat bukan statik tanpa respon terhadap hak sendiri.
Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata  hasil penemuan terkini daripada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati masyarakat masih lagi peka dan mengambil tahu tentang skandal melibatkan pemimpin BN.

Mereka juga mendapati majoriti 95% masyarakat kaum Cina mengatakan isu integriti dan salahguna kuasa akan menyebabkan sokongan kepada kerajaan BN akan merosot, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka. Walaupun selantang mana amanat Muhyidin Yasin kepada jentera BN serata Malaysia, soalnya isu-isu skandal masih dituntut pejelasan oleh rakyat.
Sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011),

 Pakatan 21%, BN 49% (April 2012)

 Pakatan 30%, BN 44% (September 2012)

Terkini Pakatan  37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar. (Januari 2013)
Golongan atas pagar  masih menjadi penentu iaitu sebanyak  21% tersebut. Siapa yang tergolong dalam kelompok 21% ini? Jika dipecah kepada pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53%.
Bukti rakyat Perak akan bangkit dalam PRU 13 jelas apabila kajian mendapati kedudukan Zambry tidak  selamat kerana yang mengatakan pentadbiran beliau buruk sebanyak 33% berbanding dengan hanya 14% yang mengatakan baik.

Di Perak 56% kaum Melayu masih menyokong BN, manakala hanya 12% sokong PR dan 32% tidak pasti.Melayu yang masih ‘tidak pasti’ ini akan mencetus fenomena di saat akhir pengundian.
UMNO kerap berkempen di Perak bahawa hak melayu akan hilang jika PAS yang difitnah diperkuda DAP memerintah. Hakikatnya 54% kaum Melayu kini percaya PAS mampu menjaga kepentingan Melayu Perak, manakala hanya  19% sahaja yang tidak percaya.

Lebih tenat, kini 45% daripada rakyat Perak sudah hilang  percaya kepada BN. Hal ini yang tidak mampu diterima oleh BN Perak. Masih ada 38% rakyat Perak pelbagai kaum percaya jasa BN dan selebihnya tidak pasti.

UMNO suka mendewakan calon tempatan, yang ada hubungan adik beradik, yang kerap membantu keluarga dan kampunmg sendiri sebagai ‘advantage’ menang dalam saban pilihanraya. BN juga kerap mengkritik pembangkang yang meletak calon bukan anak tempatan.

Ironinya kini 52% rakyat Perak ingin mengundi kerana Parti, manakala hanya 43% sahaja yang masih mahu menilai calon. Bermakna, rakyat Perak sudah boleh membezakan dasar perjuangan sesuatu Parti yang memberi impak kepada pentadbiran sama ada baik atau tidak berbanding hanya melihat siapa calon.
Lebih menarik lebih 86% rakyat Perak sudah membuat keputusan untuk memilih parti yang diidamkan  manakala selebihnya masih mennti-nanti ilham.


No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)