Thursday, January 22, 2015

KENYATAAN MEDIA- TINDAKAN CHARLIE HEBDO MENGHINA NABI ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA SUATU KONSPIRASI BESAR MEROSAKAN IMEJ ISLAM



 KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
20 JANUARI 2015

TINDAKAN CHARLIE HEBDO MENGHINA NABI ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA SUATU KONSPIRASI BESAR MEROSAKAN IMEJ ISLAM

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyedari status Perancis sebagai sebuah negara sekular yang telah menampilkan sikap sekular dan musawah secara borong sejak Revolusi Perancis 1790an telah mengakibatkan lahirnya penerbitan satira seperti Charlie Hebdo.

Di Eropah kini bukan sebuah malah ratusan majalah, digest dan akhbar di Eropah yang mengambil peluang menghina Islam melalui karikatur, penulisan dan komik.

Hal ini jelas bahawa Charlie Hebdo tidak bersendirian membina jaringan menghina Islam dan Nabi Muhammad atas nama kebebasan bersuara dan intelektual walaupunya dikatakan Charlie Hebdo bukan suara majoriti rakyat Perancis, ianya suara kaum kiri yang melakukan kritikan melulu serta memiliki penyokong terhad.

Rentetan penyiaran karikatur yang menghina susuk tubuh Rasulullah SAW, majalah yang berjaya terjual sebanyak 1.9 juta naskah melalui edisi khas menghina Nabi ini telah mengundang tragedi serangan pengganas terhadap pejabat Charlie Hebdo di Paris, Perancis pada 7 Januari, yang meragut 12 nyawa.

Pihak kami berpandangan serangan ini yang dilakukan oleh pihak yang masih kabur identiti dan motifnya ini telah menjadi ‘bola tanggung’ pihak Barat yang anti Islam untuk mengganas terhadap komuniti Islam di Eropah yang kian bercambah bilangan penganutnya.

Masjid dan surau menjadi sasaran pihak yang tidak berpuashati dengan kejadian serangan bersenjata terhadap syarikat akhbar. Menurut laporan AFP, tiga bom dilontar ke sebuah masjid di bandar Le Mans, barat Paris.


Kami menggesa kerajaan malaysia buka sekadar meriuh rendahkan istilah wasatiyyah semata mata dengan hanya menyelar serangan pengganas di pejabat majalah berkenaan sebaliknya juga perlu tegas menyatakan sebab musabab keganasan adalah apabila Junjungan besar Muhammad SAW dihina dengan pelbagai cara. Itulah isu pokok yang perlu ditegaskan oleh kerajaan Malaysia dan bukan hanya mengiyakan lidah Amerika yang mengangkat isu serangan keganasan semata-mata.

Pihak kami bersetuju apabila Timbalan Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) mendakwa serangan maut di Charlie Hebdo pada 7 Januari lalu adalah dirancang seperti adegan yang terdapat dalam filem. Malah pengarang dan Pakar Pengajian Islam, Dr Kevin Barrett mendakwa tentera Zionis dalam kerajaan Perancis mungkin terlibat dalam serangan tersebut manakala Said dan Cherif Kouachi mungkin dijadikan sebagai kambing hitam dengan tujuan untuk memburukkan imej Islam.

Sementara itu, bekas Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Ron Paul turut sependapat dengan Barrett dengan mendakwa kejadian tersebut adalah operasi false flag yang menggunakan taktik sama seperti insiden serangan 9/11 yang telah banyak dikupas penipuannya.

Kini hak kebebasan bersuara seolah menjadi tuhan di banyak negara sekular. Walaupun Charlie Hebdo memiliki track record sebagai majalah pengkritik isu politik Perancis dan antarabangsa, atas nama kebebasan bersuara juga mereka kebanyakannya menghalakan senjata menembak umat Islam dengan siri penyiaran penulisan dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad dan sistem syariah Islam. Mengapa hanya menghina agama Islam? Kami juga menolak sebarang penyiaran media yang mengina mana-mana agama kerana ia dilarang oleh agama Islam.

Jelasnya ia suatu perencanaan bukan sekadar menjentik emosi umat Islam, ia juga berhasrat menjadikan kemarahan umat Islam sebagai bahan api membakar umat islam atas nama memerangi pengganas dan inilah yang sedang berlaku.

Rakyat Malaysia jangan hanya ghairah menunjuk cinta kepada Nabi dengan hanya berselawat dan berqasidah semata-mata, sebaliknya kami menyeru agar diadakan solat hajat perdana di setiap kawasan Parlimen. Rakyat juga digesa menganjurkan himpunan aman di serata kawasan masjid pada hari Jumaat ini 25 Januari 2015 untuk menyatakan bantahan konspirasi Barat yang memalitkan muka umat Islam dengan labelan pengganas dengan sebab musabab yang jelas suatu konspirasi.

Nabi Muhammad adalah ikutan,kecintaan dan mempertahankan nabi saw adalah tuntutan terbesar dalam hidup muslim.

Umat Islam perlu menolak agenda keganasan namun ia bukan alasan untuk sesiapa menghina Nabi saw dan sistem serta institusi Islam yang dianuti lebih 1.7 billion manusia pada ketika ini.

Islam tidak pernah membenarkan keganasan, dan tidak pernah mengiyakannya. Lahirnya Islam adalah menjadi musuh kepada keganasan. Malah sebenarnya keganasan global hari ini sebahagiannya ditaja dan dilakukan oleh kerajaan kuasa besar misalnya di Palestin, Syria, Burma, dan di Center Republik Africa serta lain-lain negara umat Islam tertindas.

AHMAD TARMIZI SULAIMAN

Ketua Penerangan DPPN Kedah

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)