PEMUDA
PAS KEDAH BERHIMPUN BANTAH CHARLIE HEBDO HINA ISLAM
Oleh :
Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI
LAYAR - 23 Jan 2015
Rentetan
kebiadaban majalah satira keluaran negara Perancis Charlie Hebdo yang
mengeluar beberapa siri karikatur, ilustrasi dan rencana memperlekeh
Nabi Muhammad SAW dan syariah Islam, Pemuda PAS Kedah telah mengambil
inisiatif untuk berhimpun di perkarangan Masjid Penghulu Him Sungai
Layar untuk menyatakan bantahan kepada pihak penerbitan tersebut.
Melalui
beberapa wakil media yang hadir, deklarasi Pemuda Pas Kedah membantah
tindakan Charlie Hebdo telah diserahkan untuk dihebahkan.
Sekitar
300 anak muda berjaya dihimpunkan dari segenap negeri Kedah bersama
playcard dan sepanduk menyatakan bantahan terhadap majalah
kontroversi berkenaan.
Mohd
Nasir Zakaria selaku Ketua Pemuda PAS Kedah menyatakan perinsip
Pemuda PAS jelas iaitu tidak sesekali berkomprami dengan tindakan
menghina mana-mana agama. PAS buka sekadar berjuang mempertahan susuk
tubuh Nabi Muhammad SAW serta syariah islam, malah Islam sebagai
agama ‘rahmaan lil alamin’ tetap berpandangan tindakan sinikal
memperlekeh mana-mana agama adalah bertentangan dengan Islam.
DEKLARASI
DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
ISU
PENGHINAAN ISLAM OLEH MAJALAH SATIRA CHARLIE HEBDO
23
Januari 2013
- Kami Pemuda Islam berhimpun pada hari mulia ini demi menyatakan asa kasih dan cinta kami kepada Junjungan Besar kami Nabi Muhammad SAW yang telah beberapa kali diperolok oleh Majalah Satira Charlie Hebdo yang berpankalan di Perancis.
- Kami juga berhimpun kerana mempertahan syariah dan perundangan Islam daripada diperolok melalui lukisan karikatur dan sinikal yang bertujuan menghina dan menjatuhkan maruah umat Islam.
- Walaupun Majalah ini hanya dikatakan terjual 20 000 naskah setiap bulan dan hanya mewakili manoriti kelompok haluan kiri Perancis namun ia juga tersebar serata Eropah dan naskhah menghina Nabi Muhammad dijual jutaan naskhah.
- Kami ingin menegaskan bahawa
- tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menggambarkan susuk tubuh Nabi Muhammad SAW.
- Melukis kartun menghina syariah Islam bukan suatu bentuk perhubungan inter agama yang baik dan sihat sebaliknya hanya mengundang kebencian, kemarahan dan ketidakselesaan sesama warga dunia.
- Islam melarang keras sebarang aktiviti menghina sesama agama yang lain.
- Charlie Hebdo tidak memiliki sebarang hak atas nama kebebasan bersuara untuk melukis karikatur memperlekeh Nabi Muhammad.
- Walaupun Charlie Hebdo menyatakan mereka mengkritik smeua pihak pada pengamatan kami hanya agama ISLAM dan NABI Muhammad sahaja yang menjadi sasaran kritikan, penghinaan daripada pihak mereka.
- Para ahli politik, penggiat media, para pendidik, pemimpin masyarakat, artis atau sesiapa sahaja perlu menyapaikan mesej bahawa Nabi Muhammad perlu dipelihara bukan sahaja namanya malah syariat dan sunnah besarnya juga perlu dipertahankan.