SALIMAH KEDAH ANJUR PROGRAM PEMULIHAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK
MANGSA BANJIR DI KELANTAN
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI- 3 Jan 2015
Suau majlis perlancaran Program Pemulihan Pendidikan Kanak-Kanak
Mangsa Banjir Kelantan telah diadakan di tingkat 4 SP Plaza bermula
jam 3 petang tadi.
Majlis yang dianjur oleh NGO SALIMAH cawangan Kedah dengan kerjasama
NGO MAPIM Utara bertujuan khusu untuk membangun rasarana pendidikan
awal kanak-kanak yang bukan seliaan kerajaan.
“ Terlalu banyak premis tadika dan sekolah rendah islam yang dibina
oleh pihak swasta tertentu dan kini semuanya musnah terutama di
wilayah Kuala Krai, adalah menjadi tanggungjawab kita di
negeri-negeri selamat untuk menyalurkan bantuan seperti pakaian
seragam percuma, alatan tulis, buku-buku serta prasarana yang
musnah”, jelas Ustazah Rubiyah bt Haron selaku Pengerusi Salimah
Kedah yang telah enitiskan air mata sepanjang menceritakan kemusnahan
prasarana pendidikan kanak-kanak di Kelantan.
Majlis ini diserikana dengan gimik Ikrar Kanak-Kanak islam oleh
pelajar PASTI Sungai Petani, penyerahan contoh pakaian seragam PASTI
oleh adik Syahmil Hakim Bin Shahrul Mukhtar kepada Ustazah Rubiyah
sendiri.
SALIMAH sebenarnya adalah NGO yang dibangunkan oleh bekas-bekas guru
yang berkesedaran membangunkan ummah dan membenteras gejala sosial
melalui solusi Islamik. Lantaran itu kemusnahan dan kepayahan
anak-anak di kelantan amat dirasai oleh para veteran guru ini.
Majlis ini juga disuntik semangat oleh Presiden MAPIM Cikgu Haji Mohd
Azmi Bin Abd Hamid yang mengambarkan semnagat dan tekad MAPIM untuk
terus membantu SALIMAH menyediakan bantuan berharga ini. MAPIM juga
merupakan NGO ‘pioneer’ dalam misi kemanusiaan di Kelantan selain
Jabatan Amal dan Ngo-NGO lain.
Ustaz Azahan bekas Juara Akademi Nasyid telah menyampaikan ucapan
bersemangat pengalaman beliau mambantu membersih kawssan yang musnah
walaupun penglihatan beliau amat terbatas.
Kepada masyarakat awam yang ingin menyumbang wang untuk dana
peralatan pra sekolah boleh menyalurkan ke akaun Persatuan
Persaudaraan Muslimah Malaysia ( 02020002665718) Bank Muamalat.