Tuesday, November 05, 2013

Melayu Sokong GST Melayu Tempah Malang

Melayu Sokong GST Melayu Tempah Malang

Hikayat malang kaum Melayu akan semakin memuncak apabila sebahagian besar kaum ini bersetuju dengan GST apabila mengundi BN dalam PRU ke-13 yang lalu. 63 peratus pengundi melayu yang memilih BN sebenarnya alpa dengan isu-isu seperti kalimah Allah (sedangkan KDN yang beri permit cetak bible bahasa melayu), isu ketuanan Melayu, Perdana Menteri Cina serta beberapa isu perkauman yang lain sehingga mereka lupa mereka semakin hampir dengan kondisi ‘makan pasir’.



Istilah Najibnomic bolehlah diertikan sebagai usaha menghisap kebahagiaan rakyat. Buktinya, kaum melayu yang selama ini terlalu kurang membayar cukai terutama cukai pendapatan kini terpaksa menghadapi gergasi cukai wajib yang bernama GST.

Menurut Dr.Mahathir Mohamad,masyarakat Cina ialah pembayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara. Kaum Cina  membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga kini, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus (tahun 2004)  jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan kaum Cina a berada di RM 4437 ringgit. Akibatnya kaum Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan. Ini fakta.

Kaum melayu majoritinya tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana tidak cukup ‘haul’. Dengan pendapatan sederhana ditambah dengan banyak rebat dan tanggungan, kaum melayu hanya membayar cukai jalan, serta cukai SST yang terlalu sedikit.

Kaum Cina selama ini yang membayar banyak cukai pendapatan lantaran taraf ekonomi mereka. Dan itu adalah tanggungjawab mereka.

Kini apabila kerajaan berhasrat membuat GST yang sebenarnya telah dihebah sebelum pilihanraya lagi (majoriti kaum melayu tidak faham ekonomi), kaum melayu yang berada di taraf rendah ekonomi ini terpaksa pula membayar sebahagian besar cukai dalam barangan harian. Kalaupun barang itu tidak dkenakan GST, harga akan tetap melambung kerana penarikan subsidi atau akibat GST yang menaikkan kos pengilangan barang itu.


Kerajaan BN sedang  mengelirukan rakyat apabila mendakwa melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) harga barangan keperluan akan jauh lebih murah berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Kata laman penerangan kerajaan pula,  GST boleh mengatasi berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada.  Katanya antara kelemahan-kelemahan yang ketara yang tidak boleh diatasi di bawah sistem cukai sedia ada adalah seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat, isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dan sebagainya. 

Soalnya disini rakyat tidak mahu tahu cukai bertindih atau pengurusan cukai yang cekap. Yang mereka perlu tahu adaah kesan terhadap harga dan kemampuan mereka untuk membeli.



Sebenarnya antara perkara yang tidak dikenakan cukai di bawah SST tetapi akan dicukaikan melalui GST termasuk  susu, kopi, teh, air mineral, buah dalam tin, akhbar, alat tulis, beg sekolah dan lain-lain lagi keperluan rakyat bawahan.

Malah pengguna elektrik melebihi 200 KWH atau melebihi RM50 (yang menggunakan air cond misalnya) juga akan dikenakan cukai GST. 

SST (cukai lama) cuma terhad kepada restoran tertentu dan perkhidmatan profesional yang diberikan oleh akauntan, arkitek, perkhidmatan kenderaan bermotor dan pusat pembaikan, perkhidmatan telekomunikasi, keselamatan dan ejen hartanah. 

Mari kita perhatikan putar belit GST dalam hal hartanah. Kerajaan berkata  harta kediaman tidak akan dikenakan GST tetapi bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan hartanah kediaman terkena GST.

Perdana Menteri juga cuba mengusutkan minda rakyat apabila  mengumumkan bahawa bukan semua perkara dikenakan GST.

Katanya barang penting seperti Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan tidak dikenakan GST.

Dengan kenaikan bahan mentah untuk memproduksi barangan di atas, adakah harga baragan itu tidak naik. Misalnya tarif elektrik industri, serta penyelenggaraan kilang. Tambah-tambah subsidi juga semakin ditarik balik menyebabkan harga barang tetap melambung.

GST ini akan menggantikan cukai jualan (umumnya 10 peratus) dan cukai perkhidmatan (enam peratus) yang bermula masing-masing pada tahun 1972 dan 1975 lagi.

Sebenarnya GST  juga dilaksana kerana kerajaan BN gagal mendapat kutipan cukai pendapatan secara menyeluruh dari pembayar yang cukup ‘haul’  menyebabkan pendapatan negara bocor.

Logiknya pencarum aktif KWSP sehingga tahun 2012 adalah sekitar 13  juta. Sebalik menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan daripada kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya 1 juta rakyat diklasifikasikan sebagai pembayar cukai. 

Sama ada tidak membayar cukai atau melakukan pelbagai cara untuk mengelak cukai. Akibatnya kerajaan mencari poket rakyat bawahan untuk dirobek.

Perdana Menteri kita yang anti DAP dan PAP ini juga menegaskan bahawa Singapura mampu melaksanakan GST dan Malaysia wajar mengikuti langkah itu. 

Tetapi menurut mantan Timbalan Gabenor Negara Dr Rosli Yakob, di Singapura, cukai korporat dan cukai peribadi jauh lebih rendah antara 16 hingga 17 peratus sahaja. Ya memang Kerajaan BN  umumkan penurunan satu hingga dua peratus tetapi kadar dua cukai itu masih tinggi antara 23 hingga 24 peratus. Sekali lagi Perdana Menteri kita berbuat jenaka kepada rakyat bawahan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, GST boleh dilaksanakan apabila pendapatan minimum isi rumah mencapai satu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli cukai tersebut. Masalahnya pendapatan minmum isi rumah kaum melayu paling meleset. 

Malah FOMCA sendiri mengatakan 60 peratus pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membayar hutang. Jadi bolehkah kerajaan menaikkan pendapatan isi rumah dahulu sebelum melaksana GST untuk mencapai win-win situation? Jawapannya situasi win-win situation adalah kempen haprak kerajaan BN yang semestinya tidak akan dilaksanakan.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Lajnah Penerangan PAS Perak
AJK DPPK Gopeng

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)