Tuesday, November 05, 2013

Nota Mudah Faham- GST BAHAM RAKYAT BAWAHAN


Nota Mudah Faham- GST BAHAM RAKYAT BAWAHAN
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah

Sebelum GST (Goods and Services Tax)


  1. Orang Cina ialah pembayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara. 
  2. Kaum Cina  membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. 
  3. Hingga kini, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus (tahun 2004)  
  4. Kaum Melayu majoriti tidak terkena cukai pendapatan hanya cukai tidak langsung seperti SST (Sales Tax and Services Tax).
  5. Selepas GST, Melayu susah pun terpaksa bayar cukai.


Beza GST dan SST


  1. GST  atau CBP (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) akan dilaksanakan di negara ini. Kadar asal yang diumumkan sebelum ini ialah 4%. 
  2. Ia adalah lebih rendah dari Sales tax (6%) dan Services tax (10%) yang memang telah dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan terpilih (barang mewah/bukan keperluan) cth bil telekomunikasi, langganan ASTRO, Pizzahut, KFC, Tesco, Parking, tiket wayang dsbnya. 
  3. GST  akan dikenakan kepada semua barangan tanpa kecuali. Ini termasuklah pakaian, susu, tepung, beras, semua barang keperluan, tiket bas, LRT, ubat-ubatan dan seterusnya walaupun kerajaan nafi kenakan kepada beberapa barang makanan. Namun kesan pengeluaran yang naik harga akibat GST akan  menghasilkan barang makanan itu naik juga.
  4. SST ditanggung oleh mereka yang mewah dan golongan pertengahan jika mereka membeli barang-barang dan melanggan perkhidmatan yang diketegorikan sebagai 'mewah'. 
  5. GST pula akan ditanggung oleh semua rakyat kerana semua barangan dan perkhidmatan yang kurang perlu (mewah) dan perlu akan dikenakan GST. Namun kadarnya lebih rendah iaitu 4% berbanding 6% bagi cukai jualan dan 10% bagi cukai perkhidmatan. 
  6. Kadar yang lebih rendah ini mungkin menguntungkan orang yang mampu berbelanja namun bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah akan menanggung GST yang sebelumnya tidak ditanggung oleh mereka 


Alasan kerajaan ingin GST


  1. GST boleh mengatasi berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada.  
  2. Antara kelemahan-kelemahan yang ketara yang tidak boleh diatasi di bawah sistem cukai sedia ada adalah seperti 
    1. kesan cukai bertindih, 
    2. cukai berganda dan cukai bertingkat, 
    3. isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dan sebagainya. 
  3. GST yang sudah dilaksanakan di lebih 140 negara dikatakan BN  hanya akan memberi faedah kepada golongan berpendapatan rendah, malah seluruh rakyat selain meningkatkan hasil cukai kerajaan serta mengelakkan ketirisan dalam menjana pendapatan negara. (Soalnya ketirisan RM 20 bilion adalah akibat rasuah, salah urus kementerian/agensi kerajaan - rujuk laporan Audit Negara 2012)



Sebenarnya kenapa kerajaan ingin GST?


  1. Sebenarnya GST   dilaksana kerana kerajaan gagal mendapat kutipan cukai pendapatan secara menyeluruh dari pembayar yang cukup ‘haul’  menyebabkan pendapatan negara bocor.
  2. Logiknya pencarum aktif KWSP sehingga tahun 2012 adalah sekitar 13  juta. Sebalik menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan daripada kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya 1 juta rakyat diklasifikasikan sebagai pembayar cukai. 
  3. Kerajaan ingin dapat pendapatan RM27 bilion setelah membazir RM 20 bilion 2012. (Laporan Audit Negara 2012)


Kesan GST (selepas dilaksana 1 April 2015)


  1. Tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan.
  2. Kalaupun barang itu tidak dkenakan GST, harga akan tetap melambung kerana penarikan subsidi atau akibat GST yang menaikkan kos pengilangan barang itu.
  3. Konsep win-win situation yang BN hebahkan- 70 peratus Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dijangka menikmati pengecualian GST, manakala syarikat besar pula akan dikecualikan daripada membayar cukai bagi beberapa yuran profesional. 
  4. Hakikatnya peralatan, servis dan bahan mentah perusahaan kecil itu akan terkena GST juga dan perusahaan kecil tetap terpaksa berhadapan tekanan ekonomi.
  5. Hartanah kediaman tidak akan dikenakan GST tetapi bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan hartanah kediaman terkena GST.
  6. Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan tidak dikenakan GST.
  7. Dengan kenaikan bahan mentah/bahan maintenence  untuk memproduksi barangan di atas, adakah harga baragan itu tidak naik. Misalnya tarif elektrik industri, serta penyelenggaraan kilang. Tambah-tambah subsidi juga semakin ditarik balik menyebabkan harga barang tetap melambung.
Perhatikan rajah di bawah:-




  1. Sifir di atas memang menonjolkan harga yang dibayar pengguna kekal sama cuma yang membezakan ialah SST cukai hanya kerajaan dapat dari pengeluar sebaliknya GST kerajaan dapat ambil wang bagi setiap lapisan pemborong.
  2. Cuma adakah ada jaminan setiap lapisan tadi tidak menaikkan lagi harga untuk melindungi kerugian akibat membayar GST? Akibatnya pengguna akan terkena harga yang terakhir iaituakibat kenaikan dari pengeluar, kenaikan oleh pemborong dan kenaikan oleh peruncit.




GST boleh dilaksanakan tetapi...


  1. Di negara maju, falsafah perlaksanaan GST bukanlah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan bagi negara tetapi untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh.
  2. Najib kata Singapura buat GST.
  3. Singapura, cukai korporat dan cukai peribadi jauh lebih rendah antara 16 hingga 17 peratus.
  4. Malaysia walaupun diumum turun satu hingga dua peratus tetapi kadar dua cukai itu masih tinggi antara 23 hingga 24 peratus.
  5. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, GST boleh dilaksanakan apabila pendapatan minimum isi rumah mencapai satu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli cukai tersebut. Masalahnya pendapatan minmum isi rumah kaum melayu paling meleset. (rujuk Ucapan Ketua Pembangkang dalam  Bajet 2014 Parlimen)
  6. Lebih 40% rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500 sebulan; 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)