KENYATAAN MEDIA 24 APRIL 2012
DI MANA JANJI DATUK
HAMIDAH BANTU PENIAGA GERAI MAKAN MELAYU PENGKALAN PEGOH?
Isu perobohan gerai Tomyam di
Jalan Pengkalan Pegoh 24 April 2012 adalah satu insiden besar dan jangan hanya dipandang dari aspek perundangan
akta semata-mata sehingga kita melupakan implikasi dan kesan besar kepada masa
depan peniaga melayu di kawasan Pengkalan Pegoh.
Adakah rakyat sedar bahawa
mangsa perobohan gerai milik Puan Zam binti Jabar itu sebenarnya pernah
mendapat perhatian Toh Muda OKK Panglima Kinta Seri Amar Seri Amar Bangsa
DiRaja Dato’ Abd Wahab Bin Dato’Seri Azizul Hassan Orang Besar jajahan Manjung
sehingga Y Bhg Dato’ pernah memberi surat sokongan terhadap rayuan Puan Zam kepada Dato’
Haji Roshidi bin Haji Hashim Datuk Bandar Ipoh.
Malah Puan Zam juga pernah
memberi surat rayuan kepada YB Datuk Hamidah sendiri berkenaan isu ini. Rayuan
terhadap Datuk hamidah sebenarnya tepat memandangkan Datuk hamidah sendiri
pernah menjanjikan dalam cadangan beliau yang disiarkan dalam Sinar Harian
bertarikh 17 Oktober 2012 bahawa beliau
akan berusaha mendapatkan tanah seluas 0.8 hektar yang masih berpaya untuk
dijadikan kawasan pemindahan peniaga gerai makan di sepanjang jalan berkenaan.
Beliau juga pernah menyatakan
bahawa pihak beliau memang bercadang untuk memindahkan kesemua peniaga melayu
berkenaan di tempat yang sewajarnya malah bertujuan untuk memberi keselesaan
kepada pengunjung.
Kini selepas 19 bulan di mana
janji Datuk Hamidah? Adakah beliau hanya bereaksi dan turun padang selepas
penduduk membuat kenyataan akhbar pada 14 oktober 2010? Menurut Datuk Hamidah juga gerai yang
sepatutnya telah runtuh pada tahun 2010 itu hanya selamat untuk seketika, disebabkan
peruntukan melebar jalan belum diperolehi. Adakah janji sebegini layak dikeluarkan oleh
seorang ADUN? Apa pula nasib gerai-gerai lain yang ‘sebangsa’ dengan gerai Puan
Zam selepas peruntukan diluluskan? Sebagai wakil rakyat beliau harus menunaikan
janji malah berusaha memberi tapak baru untuk gerai-gerai berkenaan meneruskan
kehidupan mencari rezeki di kawasan berkenaan.
Berdasarkan beberapa ‘trend’ yang mampu dinilai rakyat, YB Datuk Hamidah
kelihatannya masih tidak menjalankan tugasnya untuk turun menyelesaikan masalah
rakyat sehingga selesai. Sikap beliau kelihatan masih banyak bergantung kepada
para pembantu yang diutuskan untuk
meninjau kawasan rakyat tanpa menapak kaki sendiri manilai, memperhalusi keadaan
sosio-kehidupan rakyat yang bernaung di kawasan DUNnya sendiri. Pemimpin UMNO seperti beliau seharusnya lebih
cakna dan sensitif dengan kesusahan rakyat bukan sekadar beretorik dalam
ceramah-ceramah UMNO sahaja.
Radzi
Zainon
Penyelia
Pusat Khidmat Masyarakat (PAS)
DUN
Sungai Rapat
Surat Pemberitahuan kesalahan pembinaan gerai di Rezan jalan
Janji-janji Hamidah
Surat Sokongan Orang Besar Jajahan Manjung Dato' Abd Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan kepada Dato' Haji Roshidi Datuk bandar Ipoh
Surat Rayuan Puan Zam Binti Jabar kepada YB Datuk Hamidah
No comments:
Post a Comment