NGO kini senjata menakutkan regim UMNO
Fenomena
menghimpun rakyat seramai 250 000 orang tanpa sebarang bayaran dan umpan
duniawi baru-baru ini cukup memberi tamparan hebat kepada BN dan medianya
sehingga perkara picisan seperti pekikan Allahuakhbar dan Reformasi
dipertikaikan tidak sepatutnya dilaung sepanjang himpunan rakyat tersebut berlaku.
Chandra Muzaffar | |
Chandra Muzaffar |
|
Presiden JUST
|
Media pro
BN, media sosial dan blogger BN sibuk mengaitkan NGO-NGO yang membangunkan
BERSIH 3.0 sebagai neo-kolonial negara asing walaupun tuduhan itu langsung
tidak berasas dan bernada paranoid dengan bayang-bayang dosa korupsi sendiri.
Tuduhan terhadap NGO yang giat mempertahan keadilan dan menjalankan agenda bongkar dan dedah secara konsisten beberapa tahun kebelakangan ini telah cukup mencemaskan pemimpin UMNO –BN. Lebih terdesak, mereka terpaksa menggunakan Dr Chandra Muzaffar sebagai lidah alternatif mereka untuk menghentam NGO-NGO yang ‘istiqamah’ tersebut dengan nama Dr Chandra sendiri selaku Presiden NGO JUST.

Sebelum
ini Dr Chandra telah mengeluar kenyataan tanpa fakta tersebut dalam Berita
Harian bertarikh 15 April 2012 yang disokong juga oleh seorang bekas pemimpin
PKR yang dibeli oleh UMNO iaitu bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang
mengatakan siasatan wajib dilakukan untuk mendedah mana parti politik atau NGO
angg menerima dana asing untuk menumbangkan politik kerajaan yang sah.
Cakap-cakap
murahan tanpa fakta ini tidak sepatutnya keluar dari lidah profesional dan cendekiawan
seperti Dr Chandra Muzaffar yang mengaku memperjuangkan keadilan di peringkat
antarabangsa.
Ramai menyedari
paranoid ini berdegar-degar bukan sekadar akibat meletusnya kebangkitan rakyat
pada 28 April yang lalu, tetapi kerana sikap konsisten SUARAM yang sedang
berusaha mengheret Perdana Menteri ke muka pengadulan Perancis atas skandal
komisyen kapal selam Scorpene yang berkaitan dengan Perdana Menteri semasa
beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan sebelum ini.
Sikap media
UMNO mencari-cari alasan dana asing yang konon disalur melalui NGO-NGO jelas
cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada sebab musabab utama mengapa BERSIH
terpaksa dilaksanakan sehingga 3 kali.
Rakyat cuba dibutakan daripada fakta penipuan SPR, rakyat digelabkan hati daripada menyedari bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO! Rakyat hanya diheret kepada rasa takut dan gentar terhadap penjajahan negara luar tanpa ada asas dan fakta. Tetapi percayalah, rakyat kini tidak lagi terkesan dengan ‘manderem’ UMNO dan medianya secara membuta tuli lagi. Rakyat juga boleh menilai nilai NGO-NGO yang ada di negara ini, dan tahu betapa tingginya jurang NGO-NGO perkauman emosional yang melukut ditepian gantang seperti PERKASA dan JATI berbanding SUARAM dan seangkatan dengannya.

Muhammad Nuruddin Bashah
UNIT PENERANGAN MTD SG RAPAT
No comments:
Post a Comment