Kebodohan dan petanda kemusnahan UMNO terserlah apabila juak-juak pengampu UMNO sanggup menggadai maruah beraksi buruk di rumah seorang yang bukan beragama Islam. Adakah ini akhlak melayu yang UMNO ajarkan?
Kes kek bentuk tahi..hadiah seluar dalam kepada Ketua Menteri P.Pinang..jelas UMNO krisis Akhlak yang amat dahsyat
Muhammad Nuruddin Bashah
Askar Veteran adakan senaman punggung untuk Ambiga
May 15, 2012
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Kira-kira 10 askar bersara membuat
senaman punggung pagi tadi dalam protes kedua yang dilakukan di luar
rumah Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara untuk membantah
perhimpunan Bersih pada 28 April yang lalu.Ahli-ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) melakukan senaman punggung itu sebagai protes terhadap pengerusi Bersih yang mereka dakwa adalah “musuh” negara.
“Kami tentera veteran ada hak untuk membantah ‘musuh’ yang cuba cemarkan nama negara,” presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom berkata.
Apabila Ambiga (gambar) berjumpa dengan veteran askar di luar rumahnya, mereka memberikan poster yang ditulis “tolak Ambiga Anwar” kepadanya, yang merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di poster itu juga terdapat lukisan seorang lelaki berpakaian kuning, iaitu warna rasmi Bersih, dengan seluarnya terbuka dan punggungnya terdedah di bawah perkataan “perusuh haram Bersih 3.0”.
Protes yang diadakan pada pukul 8.30 pagi itu merupakan demonstrasi kedua di hadapan rumah bekas presiden Majlis Peguam dalam kurang daripada seminggu.
Pada hari Khamis, ahli-ahli Ikhlas telah adakan “protes burger” di luar rumah Ambiga selepas mendakwa mendapat kerugian sebanyak RM200,000 disebabkan perhimpunan di ibu kota negara yang melibatkan berpuluh ribu orang.
Kira-kira 10 peniaga dan individual berpakaian seragam Barisan Nasional (BN) memasak 200 burger sewaktu protes selama satu jam itu.
Malah mereka juga menawarkan burger kepada Ambiga, yang merupakan vegetarian, serta wartawan di sana.
Namun Ambiga meminta peniaga memfailkan semua tuntutan rugi mereka di mahkamah, dan bukan adakan protes di luar rumahnya.
“Adakah perbuatan menganggu privasi seorang individual itu betul, di mana privasi sudah tiada maksud? Saya bukan berkata mereka tiada tuntutan, tapi mereka tiada hak untuk datang ke rumah saya dan berkelakuan sebegini.
“Saya terpaksa buat laporan polis kerana... ini bukan sahaja melibatkan saya tapi juga jiran-jiran dan keluarga saya,” bekas presiden Majlis Peguam itu berkata.
Kini Ikhlas merancang untuk adakan protes yang lebih besar dengan melibatkan 500 peniaga pada Mei 24 kerana mereka inginkan “penganjur perhimpunan bertanggung jawab ke atas tindakan mereka dan memberi pampasan kepada peniaga”.
Pihak polis telah berkata yang mereka tidak akan mengambil tindakan ke atas para peniaga kerana perbuatan “duduk di luar rumahnya tanpa menganggu orang lain” tidak salah.
“Mereka tidak memasuki rumahnya, mereka berada di kawasan awam,” timbalan ketua polis Datuk Khalid Abu Bakar berkata semalam.
Beliau juga berkata bahawa semua pihak boleh berhimpun secara aman di bawah Akta Perhimpunan Aman yang dilaksanakan baru-baru ini.
Protes Ikhlas ini diadakan selepas kekecohan April 28 yang berlaku apabila penyokong Bersih melanggar penghalang yang dipasang pihak polis di sekeliling Dataran Merdeka selepas polis mendapat arahan mahkamah untuk menghalang orang ramai dari memasuki kawasan bersejarah itu.
Dataran Merdeka biasanya dibuka untuk orang awam dan disewa ke agensi kerajaan serta badan korporat untuk adakan majlis-masjlis yang besar.
Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam lokasi berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada mulanya aman bertukar ganas apabila Ambiga mengarahkan peserta untuk bersurai.
Namun arahan pengerusi Bersih itu tidak diendahkan pengikutnya yang berkumpul di sekitar dataran yang dikawal dan dipagar ketat pihak berkuasa.
Sejurus sebelum 3 petang, sebahagian perusuh merempuh halangan tersebut dan memaksa polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.
Polis kemudiannya terus mengejar perusuh ke beberapa jalan dan suasana tegang dan kecoh menyaksikan keganasan dari kedua-dua belah pihak berlangsung hampir empat jam.
Beberapa perusuh mendakwa dibelasah pihak polis dalam lingkungan 10 orang dalam satu-satu masa dan video membuktikan dakwaan mereka, namun pihak polis menafikan perkara itu, dan mengatakan perusuh juga melakukan keganasan terhadap pihak berkuasa terbabit.
Kereta polis turut rosak, malah diterbalikkan oleh perusuh.
Kelab pesara tentera pun tolak 'senaman punggung' ini!!!
No comments:
Post a Comment