‘Negara Islam’ Hukum Fauzi Ghazali
Muktamar
Pemuda Negeri Perak yang diadakan pada 29 April 2012 baru-baru ini telah
dimeriahkan dengan kehadiran tetamu khas Pemuda iaitu Saudara Fauzi Ghazali
pemain sepaktakraw tersohor tanahair.
Beliau
telah terpilih sebagai Ikon Anak Muda PAS oleh barisan kempimpinan Pemuda PAS
Perak.
Menyorot
kepada sejarah kegiatan beliau dalam sepak takraw, sikap beliau yang tegas serta
istiqamah dalam pendirian memakai seluar panjang dalam perlawanan sepaktakraw
sehingga sanggup menerima kad merah tanpa sebarang rasa kesal cukup
mengkagumkan.
Ikon sebeginilah yang wajar dijadikan rujukan
dan perhatian oleh para remaja yang masih kabur berkenaan bagaimanakah identiti tokoh yang perlu mereka sanjungi.
Kekecohan
telah berlaku pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Liga Siri Super 2011 di
Dewan 2020, Kangar, Perlis selepas berlaku pertikaian seluar panjang Fauzi sebagai pemain
pasukan Perak dalam perlawanan tersebut.
Walaupun Perak telah menang 2-1, keputusan perlawanan
itu diubah menyebelahi Kedah ekoran bantahan terhadap pemakaian seluar panjang
'sut trek' yang didakwa tidak menepati peraturan permainan yang ditetapkan PSM
mahupun Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).
Bekas
tekong Sukan Asia Busan 2002 itu juga dikenakan kad merah dan dibuang daripada
kejohanan oleh pengadil apabila masih berkeras memakainya sebelum menentang
Universiti
Teknologi
Mara (UiTM) dan digantung daripada sebarang kejohanan anjuran PSM sehingga
kesnya dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib.
Sebagai
sebuah negara yang digelar negara Islam, malah Perdana Menteri sendiri ghairah
memperomosi konsep Islam wasatiyyah, Malaysia sepatutnya mampu menggaris atau
meminda sebarang peruntukan undang-undang perlawanan sepaktakraw bergantung
kepada keseriusan kerajaan untuk mengislamisasikan industri sukan negara kita.
Sebelum ini rakyat Malaysia yang prihatin mungkin sedih dan kesal dengan keputusan FIFA menolak penyertaan pasukan bola sepak wanita Iran. Pasukan bola sepak wanita Iran dikatakan tidak mematuhi panduan pakaian yang ditetapkan oleh undang-undang walaupun sebelumnya Persatuan Bola Sepak Iran menyuarakan protes terhadap larangan bertanding yang dikeluarkan terhadap pasukan bola sepak remaja mereka di Sukan Olimpik Remaja 2012 yang akan diadakan di Singapura Ogos ini. Larangan itu berikutan pasukan bola sepak remajanya memakai tudung ketika beraksi di padang.

Semoga
semangat menegak syariat seperti pelari wanita bahrain, pasukan bola sepak
wanita Iran dan Fauzi Ghazali akan membakar semangat anak muda agar sedar
kebangkitan Islam bakal berlaku melalui jalan-jalan sukar seperti sukan,
perfileman dan hiburan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng
No comments:
Post a Comment