Kenyataan Media 20 Mei 2012
Dalil-dalil lemahnya BN Gopeng
UMNO Gopeng kelihatan terdesak
untuk meraih sokongan kaum melayu walaupun terpaksa melanggar polisi kempen 1
malaysia dengan membawa idea-idea perkauman dalam setiap ceramah bersiri mereka
hari ini.
Sebagai contoh dalam siri
Ceramah Nizar Pembohong Bersiri di kawasan Parlimen Gopeng dan DUN Sg Rapat
khususnya, mereka tidak dapat lari daripada memperlekeh kaum Cina semasa mereka
mengaitkan Nizar sebagai boneka DAP.
UMNO sedari dulu tidak pernah meletak imej DAP sebagai parti multiracial
berkelai-kali mengingatkan ancaman Cina memperguna melayu apabila PAS berkawan
rapat dengan DAP. UMNO Gopeng terlupa bahawa setiap patah isi ceramah mereka
turut sampai ke telinga-telinga kaum Cina di kawasan itu.
Lebih malang mereka kelihatan
seperti kanak-kanak kecil. Mendirikan khemah di mana sahaja adanya ceramah
Pakatan Rakyat. Jika khemah diubah mereka juga akan mengerahkan anak muda UMNO
mengubah khemah untuk berceramah disebelah tapak ceramah Pakatan Rakyat.
Adakah UMNO telah sedar bahawa
ceramah merupakan metod paling ampuh member penerangan? Adakah mereka mulai
curiga dengan keberkesanan propaganda melalui media massa yang mereka kuasai?
Jawapannya tidak!
Mereka langsung tidak optimis
dan percaya ceramah umum dapat mengubah persepsi rakyat teerhadap UMNO. Mereka
hanya ingin mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Buktinya?
Pertama, mereka langsung tidak
kisah penduduk tempatan yang mungkin tidak hadir (atau peratusan kehadiran yang
kecil) ke ceramah mereka. Lantaran itu mereka sanggup berceramah di hadapan
pengikut mereka tegar mereka yang diangkut dengan bas-bas persiaran dan
semestinya makcik-makcik berkenaan bukan penduduk tempatan. Ini menunjukkan
polisi mereka adalah ‘janji ada orang depan pentas’ tanpa mengira keberkesanan
ceramah. Tidak seperti KPI ceramah Pakatan Rakyat yang menitik berat kehadiran
penduduk tempatan. Jelas UMNO hanya ingin mengganggu ceramah pihak lain.
Kedua, speker yang mereka
pasang dihalakan kearah tapak ceramah Pakatan Rakyat. Bukankah kelihatan bodoh jika berceramah di
hadapan audien tetapi spekernya dihalakan ke satu hala tertentu sahaja?
Ketiga, dalam isi ceramah
UMNO, si penceramah akan berucap seolah-olah mencabar dan menyindiri penceramah
Pakatan Rakyat disebelah. Jika benar berceramah mereka patut bersedia bercakap
dengan hadirin di hadapa sahaja bukannya bercakap dengan audien di ceramah
sebelah!
Lebih melucukan UMNO adalah
parti yang paling penakut untuk berdebat tetapi cukup garang dalam majlis
ceramah mereka sahaja.
Pada pandangan kami jentera
Pilihanraya PAS Gopeng, Barisan Nasional sudah tidak memberi erti bagi rakyat
Gopeng. Buktinya, BN hanya terdiri daripada UNIO sahaja di Gopeng. Tiada aura
atau bahang dari MCA dan MIC.
UMNO Gopeng memang gentar hari
ini kerana mereka terpaksa berhadapan dengan kombinasi PAS, PKR di Gopeng
berbanding mereka yang hanya mampu mengadakan ceramah UMNO sahaja dengan tema
perkauman. Lebih memeningkan mereka, sahabat-sahabat DAP daripada Batu Gajah
dan Ipoh Timur juga kerap bertandang ke Parlimen Gopeng untuk memberi
peneranagn kepada rakyat.
Jika benar BN itu hebat, sila
adakan ceramah BN yang sejati. Di mana MCA dan MIC anda jika benar anda memerintah
negara ini dengan kerjasama 3 kaum utama? Di mana elemen 1 Malaysia yang
Presiden anda kumandangkan?
Jelas UMNO Gopeng yang
ditunjangi oleh YB hamidah Osman tidak
akan mampu menjawab persoalan ini kerana UMNO Gopeng kini kian tenat, resah dan
nyanyuk untuk menhadapati kemaraan gelombang perubahan fikrah dan tekad pengundi
bagi Pilihanraya UMUM- ke13 akan datang.
Radzi
Zainon
Timbalan
YDP PAS Kawasan Gopeng, merangkap Penyelia Pusat Khidmat DUN Sg Rapat
No comments:
Post a Comment